wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Aktiviti Tutorial MCQ 3-4

Total questions: 14

Worksheet time: 7mins

Name
Class
Date
1.

Apakah maksud produk pengguna.

a)

Produk yang dibeli oleh perniagaan untuk tujuan pengeluaran

b)

Produk yang dibeli oleh individu atau isi rumah untuk kegunaan sendiri atau keluarga

c)

Produk yang digunakan dalam industri pembuatan sahaja

d)

Produk yang hanya boleh digunakan oleh syarikat besar

2.

Manakah antara berikut merupakan contoh produk pengguna.

a)

Minyak masak yang dibeli oleh restoran untuk memasak makanan kepada pelanggan

b)

Mesin industri yang digunakan untuk menghasilkan barangan di kilang

c)

Minyak masak yang dibeli oleh Puann Najwa untuk memasak makanan bagi keluarganya

d)

Bahan mentah yang digunakan dalam operasi pembuatan

3.

Apakah perbezaan utama antara produk pengguna dan produk industri.

a)

Produk pengguna digunakan untuk tujuan perniagaan manakala produk industri digunakan untuk kegunaan sendiri

b)

Produk pengguna dibeli oleh individu atau isi rumah manakala produk industri dibeli oleh perniagaan untuk tujuan operasi atau pengeluaran

c)

Produk pengguna hanya dijual di pasar raya manakala produk industri hanya dijual di kilang

d)

Produk pengguna dan produk industri tidak mempunyai sebarang perbezaan

4.

Bagaimanakah minyak masak boleh diklasifikasikan sebagai produk industri.

a)

Apabila minyak masak dibeli oleh restoran untuk memasak makanan kepada pelanggan

b)

Apabila minyak masak hanya digunakan dalam rumah

c)

Apabila minyak masak tidak dijual kepada orang ramai

d)

Apabila minyak masak hanya digunakan oleh individu tertentu

5.

Apakah ciri utama produk mudah beli.

a)

Produk yang jarang dibeli dan memerlukan perbandingan sebelum dibeli

b)

Produk yang selalu dibeli dan merupakan keperluan harian

c)

Produk yang mempunyai ciri unik dan eksklusif

d)

Produk yang memerlukan usaha pemasaran yang luas

6.

Manakah antara berikut adalah contoh produk gerak hati?

a)

Coklat dan makanan ringan

b)

Beg Gucci dan Jam Rolex

c)

Insurans dan kad kredit

d)

Pakaian dan perabot

7.

Produk kecemasan dibeli apabila.

a)

Pengguna merancang pembelian lebih awal.

b)

Ada keperluan yang mendesak.

c)

Produk mempunyai nilai eksklusif yang tinggi.

d)

Pembelian dilakukan secara tidak sedar.

8.

Apakah perbezaan utama antara produk beli belah dan produk mudah beli?

a)

Produk beli belah mudah didapati sementara produk mudah beli jarang dijumpai.

b)

Produk beli belah jarang dibeli dan memerlukan perbandingan sebelum dibeli, manakala produk mudah beli sering dibeli tanpa banyak usaha.

c)

Produk mudah beli mempunyai harga yang lebih mahal berbanding produk beli belah.

d)

Produk beli belah tidak memerlukan keputusan pembelian yang besar.

9.

Manakah antara berikut yang merupakan contoh produk istimewa?

a)

Pakaian dan perabot.

b)

Payung dan Panadol.

c)

Beg Gucci dan Jam Rolex.

d)

Insurans dan kad kredit.

10.

Produk tidak dicari merujuk kepada.

a)

Produk yang memerlukan usaha pemasaran untuk meningkatkan kesedaran pengguna.

b)

Produk yang mudah didapati dan sering dibeli oleh pengguna.

c)

Produk yang hanya dibeli dalam keadaan terdesak.

d)

Produk yang eksklusif dan mempunyai harga yang tinggi.

11.

Apakah yang termasuk dalam kategori bahan-bahan dan bahagian ganti?

a)

A. Lif dan generator.

b)

B. Insurans dan kad kredit.

c)

C. Simen, benang, dan besi.

d)

D. Beg Gucci dan Jam Rolex.

12.

Manakah antara berikut yang merupakan contoh item-item modal?

a)

Minyak pelincir.

b)

Bangunan dan kelengkapan seperti lif.

c)

Coklat dan makanan ringan.

d)

Payung ketika hujan.

13.

Bekalan dalam industri merujuk kepada:

a)

Produk mudah beli bagi industri untuk menghasilkan produk siap.

b)

Produk yang mempunyai jenama unik dan eksklusif.

c)

Produk yang berada di pasaran tetapi pengguna tidak menyedarinya.

d)

Produk yang dibeli tanpa perancangan awal.

14.

Perkhidmatan dalam kategori bekalan dan perkhidmatan merangkumi:

a)

Jualan barang kemas.

b)

Penyelenggaraan dan pembaikan.

c)

Perbandingan spesifikasi produk.

d)

Pengeluaran produk serupa dan seragam.