wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Soalan Rumusan Slot 2

Total questions: 10

Worksheet time: 9mins

Name
Class
Date
1.

Salah satu tugas Biro Kebajikan adalah:

a)

Membantu guru menyediakan tag nama untuk pengawas baru

b)

Menyediakan laporan bulanan akademik untuk pengawas

c)

Mengawasi aset pengawas seperti barang jualan, hadiah

d)

Membantu dalam penyusunan kerusi perhimpunan

2.

Siapa yang bertanggungjawab untuk menyediakan jadual tugasan bagi mengibarkan bendera?

a)

Biro Kebajikan

b)

Biro Akademik dan Sukan

c)

Biro Tugas Khas

d)

Biro Kecantikan

3.

Biro Multimedia bertanggungjawab untuk perkara berikut KECUALI:

a)

Menghasilkan video montaj

b)

Menyiapkan teks pengerusi

c)

Menguruskan sistem sistem siar raya majlis rasmi dan perhimpunan

d)

Menyelia emel dan akaun media sosial

4.

Apakah elemen utama dalam menguruskan program tahunan?

a)

Perancangan awal, masa, tenaga kerja, kewangan

b)

Perancangan awal, masa, disiplin, dokumentasi

c)

Perancangan awal, dokumentasi, mesyuarat mingguan, kewangan

d)

Perancangan awal, disiplin, tenaga kerja, kewangan

5.

Apakah tempoh minimum untuk melaksanakan perancangan awal bagi program tahunan atau acara rasmi?

a)

1 bulan sebelum program berlangsung

b)

2 bulan sebelum program berlangsung

c)

3 bulan sebelum program berlangsung

d)

6 bulan sebelum program berlangsung

6.

Seorang pemantau menghadapi isu disiplin, tetapi laporan salah laku beliau tidak direkodkan dengan betul. Apakah kesan terhadap organisasi pemantau dan bagaimana Biro Disiplin dapat mengatasinya?

a)

Pengawas lain akan lebih berhati-hati; Biro Disiplin perlu memberikan amaran lisan.

b)

Salah laku akan berulang tanpa tindakan tegas; Biro Disiplin perlu menyemak rekod disiplin dengan lebih sistematik

c)

Guru disiplin akan mengambil alih tugas sepenuhnya; Biro Disiplin boleh menyerahkan kes itu kepada guru

d)

Biro Disiplin tidak mempunyai peranan penting; tugas itu harus diserahkan kepada pentadbiran sekolah

7.

Semasa mesyuarat penting, terdapat perselisihan antara Biro Kebajikan dan Biro Tugas Khas mengenai pembahagian tanggungjawab semasa acara rasmi. Apakah langkah terbaik untuk menyelesaikan konflik ini?

a)

Memberikan kuasa penuh kepada salah satu biro supaya masalah dapat diselesaikan dengan lebih cepat.

b)

Mengabaikan pertikaian dan teruskan majlis mengikut keputusan individu yang lebih dominan.

c)

Mengadakan perbincangan dengan Exco dan guru pengawas untuk menetapkan garis panduan yang jelas bagi setiap biro.

d)

Biarkan setiap biro menyelesaikan konflik dengan cara mereka sendiri tanpa campur tangan dari pihak lain.

8.

Bagaimana Exco dapat memastikan bahawa setiap biro melaksanakan tugas mereka dengan berkesan sebelum program berlangsung?

a)

Menetapkan semua tanggungjawab kepada biro masing-masing tanpa perlu pemantauan yang kerap.

b)

Mengadakan mesyuarat secara berkala dan menetapkan tarikh akhir untuk tugasan bagi setiap jawatankuasa dan memastikan tindakan susulan diambil.

c)

Memberikan semua pemantauan kepada guru pengawas kerana mereka lebih berpengalaman dalam menguruskan program.

d)

Membenarkan setiap biro menguruskan kerja mereka dengan cara mereka sendiri tanpa sebarang campur tangan dari Exco.

9.

Apakah strategi terbaik untuk memastikan bajet program tahunan mencukupi jika dana yang diperuntukkan tidak mencukupi?

a)

Kurangkan kos dengan membatalkan beberapa elemen penting program untuk menjimatkan perbelanjaan.

b)

Memohon dana tambahan daripada alumni, pihak luar, atau menjalankan aktiviti pengumpulan dana dengan kelulusan guru penyelia.

c)

Gunakan dana yang diperuntukkan untuk program lain

d)

Harap sumbangan daripada individu tertentu tanpa mengumpul dana secara rasmi.

10.

Dalam menguruskan program tahunan, apakah kesan utama jika tarikh akhir untuk setiap tugasan jawatankuasa tidak ditetapkan dengan jelas?

a)

Semua tugas masih boleh diselesaikan tepat pada masanya kerana ahli jawatankuasa memahami peranan mereka.

b)

Exco terpaksa mengambil alih sebahagian besar tugas kerana beberapa biro mungkin tidak menyelesaikan tugasan mereka.

c)

Program boleh berjalan dengan lancar seperti biasa kerana isu kecil boleh diselesaikan pada saat akhir.

d)

Setiap biro akan lebih fleksibel dalam melaksanakan tugas tanpa terikat kepada jadual kerja yang ketat.