NEW
Font size
WorksheetsSoalan Burung Walit
Total questions: 15
Worksheet time: 23mins
Malaysia merupakan pembekal sarang burung walit yang ke berapa di dunia?
Pertama
Kedua
Ketiga
Keempat
Apakah faktor utama yang menentukan kesesuaian lokasi untuk membina rumah burung walit?
Jarak kurang dari 50 meter dari kawasan kediaman
Keberadaan serangga dan persekitaran yang lembap
Keupayaan burung walit untuk menyesuaikan diri dengan sebarang persekitaran
Kepadatan penduduk yang tinggi
Mengapakah sistem audio digunakan dalam rumah burung walit?
Mengelakkan burung walit daripada keluar rumah
Menarik perhatian burung walit dan mengarahkannya ke dalam rumah
Menghalau pemangsa seperti helang dan burung hantu
Memastikan kelembapan dalam rumah walit kekal stabil
Antara berikut, yang manakah merupakan perbezaan utama antara burung walit dan burung layang-layang?
Burung walit mempunyai bulu lebih terang berbanding burung layang-layang
Burung walit menggunakan rembesan liur untuk membina sarang
Burung walit mempunyai kaki yang lebih panjang dan kuat
Burung layang-layang membina sarang dari rembesan liur
Apakah kesan utama penggunaan teknik pungutan hasil rampasan terhadap populasi burung walit?
Meningkatkan kadar pembiakan burung walit
Menyebabkan burung walit berhijrah ke lokasi lain
Mengurangkan kualiti sarang burung walit dalam jangka panjang
Menghasilkan sarang yang lebih tebal dan berkualiti
Apakah kelebihan utama sarang burung walit dari rumah berbanding dari gua?
Mempunyai tekstur yang lebih berserat dan tebal
Lebih bersih dan kurang bercampur dengan bulu burung
Mempunyai kandungan protein yang lebih tinggi
Tidak memerlukan proses pembersihan sebelum dipasarkan
Mengapakah burung walit memilih lokasi yang gelap dan lembap untuk bersarang?
Untuk mengelakkan persaingan dengan burung lain
Mengurangkan gangguan daripada pemangsa
Menggalakkan pengeluaran air liur untuk pembinaan sarang
Menyediakan keadaan yang lebih selesa untuk anak burung
Berdasarkan peringkat hidup burung walit, pada usia berapakah bulu dewasa mula tumbuh sepenuhnya?
20 hari
35 - 56 hari
2 tahun
6 bulan
Apakah kesan utama kelembapan yang kurang daripada 80% dalam rumah burung walit?
Menyebabkan burung walit membina sarang lebih cepat
Menyebabkan burung walit kurang selesa dan tidak bersarang
Meningkatkan kadar pembiakan burung walit
Mempercepatkan pengeluaran sarang darah
Mengapakah kelulusan pihak berkuasa tempatan diperlukan sebelum membina rumah burung walit?
Mengawal populasi burung walit di kawasan bandar
Memastikan pemilik mempunyai lesen pemburuan burung walit
Mengelakkan gangguan bunyi dan pencemaran kepada penduduk sekitar
Menentukan lokasi pembinaan sesuai dengan spesifikasi perundangan
Apakah kesan pemungutan sarang burung walit secara berlebihan terhadap ekosistem?
Meningkatkan harga pasaran sarang burung
Menyebabkan kepupusan spesies burung walit
Meningkatkan daya ketahanan burung walit terhadap perubahan persekitaran
Memastikan kualiti sarang burung walit lebih terjaga
Manakah antara berikut merupakan huraian betul mengenai burung walit?
Mengambil masa 30 hari untuk siapkan sarang.
Akan bertelur satu minggu selepas mengawan.
Anak burung dapat melihat 30 hari selepas menetas.
Anak burung mula keluar dari sarang semasa umur 60 hari.
Apakah ruang yang membolehkan burung walit berputar-putar mengikut putaran jam sebelum menuju ke sarangnya?
Resting room
Clocking room
Chasing room
Roving room
Manakah antara berikut merupakan perkara yang betul dalam menentukan lokasi sesuai untuk pembinaan rumah burung walit?
i. Dataran tinggi dengan ketinggian minimum 1000 m dari aras laut.
ii. Kawasan yang berdekatan dari pengaruh kemajuan teknologi dan perkembangan masyarakat
iii. Kawasan yang jauh dari gangguan burung-burung buas pemakan daging
iv. Lokasi yang tepat seperti padang rumput, hutan terbuka, pantai, danau
i dan ii
i dan iv
ii dan iii
iii dan iv
· Sarang dipungut sebelum burung walit bertelur.
· Pengusaha kecil yang sering menggunakan teknik tersebut.
Apakah kelemahan sekiranya pengusaha melaksanakan teknik ini?
Populasi burung walit terbantut.
Jarak waktu pungutan agak lambat
Sarang mudah rosak dan mudah dicemari
Burung walit tidak sempat menetaskan telur
