Font size
WorksheetsMIB Trail Test UB1
Total questions: 34
Worksheet time: 43mins
Seluruh rakyat dan penduduk di Negara Brunei Darussalam berpegang dengan falsafah _______________.
Melayu Islam Berdaulat
Melayu Islam Berkerajaan
Melayu Islam Bersultan
Melayu Islam Beraja
Melayu Islam Beraja mempunyai satu konsep yang dikenali sebagai integral yang bermaksud _______________.
lengkap, sempurna dan boleh dipisahkan
sebahagian lengkap, sempurna dan tidak boleh dipisahkan
tidak lengkap, tidak sempurna dan boleh dipisahkan
lengkap, sempurna dan tidak boleh dipisahkan
Pengisytiharan Melayu Islam Beraja adalah bersempena dengan Pemasyhuran _______________.
Kemerdekaan 1981
Kemerdekaan 1982
Kemerdekaan 1983
Kemerdekaan 1984
Pemasyhuran kemerdekaan dirasmikan dengan laungan kalimah Allah iaitu Allahu Akbar, sebanyak 3 kali dan dilaungkan oleh _______________.
Sultan Omar Ali Saifuddin II
Sultan Haji Hassanal Bolkiah
Sultan Omar Ali Saifuddien III
Sultan Omar Ali Saifuddien I
‘‘Negara Brunei Darussalam adalah dengan izin serta limpah Kurnia Allah Subhanahu Wata’ala, akan untuk selama-lamanya kekal menjadi sebuah Negara Melayu Islam Beraja yang Merdeka, Berdaulat dan Demokratik bersendikan kepada ajaran-ajaran Ugama Islam.’ Menurut Ahli Sunnah Waljamaah...”
Titah sultan di atas adalah merupakan titah bersempena dengan Pemasyhuran Kemerdekaan Negara Brunei Darussalam bertempat di _______________.
Stadium Negara Hassanal Bolkiah
Taman Haji Sir Muda Omar Ali Saifuddien
Lapau
Taman Mahkota Jubli Emas
Konsep Melayu Islam Beraja sudah lama wujud, sejak abad ___________ iaitu semasa pemerintahan sultan pertama, Sultan Muhammad Shah.
ke-15
ke-14
ke-13
ke-16
Melayu merupakan bahasa rasmi negara sepertimana yang termaktub di dalam Perlembagaan Negeri Brunei 1959 dalam bab _____________.
84 (1)
83 (1)
82 (1)
81 (1)
Melayu mempunyai 7 puak jati Brunei, sepertimana yang termaktub dalam ____________.
Undang-Undang Taraf Kebangsaan 1984
Undang-Undang Taraf Kebangsaan 1959
Perlembagaan Negeri Brunei Bab 82 (1)
Undang-Undang Taraf Kebangsaan 1961
Di bawah adalah merupakan 7 puak jati Brunei kecuali ____________.
Bisaya
Dusun
Murut
Iban
Islam ialah agama rasmi negara sepertimana yang termaktub dalam ____________.
Perlembagaan Negeri Brunei 1959 dalam Bab 92 (1)
Perlembagaan Negeri Brunei 1959 dalam Bab 82 (1)
Perlembagaan Negeri Brunei 1959 dalam Bab 3 (1)
Perlembagaan Negeri Brunei 1959 dalam Bab 4 (1)
Agama Islam di Negara Brunei Darussalam berpegang kepada ajaran ____________.
Ahli Muktzailah, mengikut Mazhab Hanafi
Ahli Sunnah Wal-Jama’ah, mengikut Mazhab Syafie
Ahli Khawarij, mengikut Mazhab Hambali
Ahli Syiah, mengikut Mazhab Maliki
Agama Islam di Negara Brunei Darussalam berpandukan kepada ___________.
Al-Quran dan Hadith
Al-Quran
Hadith
Mufti kerajaan
Sistem pemerintahan di Negara Brunei Darussalam menggunakan sistem beraja atau ____________.
demokrasi
monarki
berpresiden
teokrasi
Sistem beraja membawa maksud sultan sebagai pemerintah tertinggi yang berkuasa dalam memerintah negara seperti yang termaktub dalam ____________.
Perlembagaan Negeri Brunei 1959 dalam Bab 3 (1)
Perlembagaan Negeri Brunei 1959 dalam Bab 82 (1)
Perlembagaan Negeri Brunei 1959 dalam Bab 4 (1)
Perlembagaan Negeri Brunei 1959 dalam Bab 5 (1)
Perlembagaan Negeri Brunei tahun 1959 diadakan pada ____________.
29 September 1959
23 September 1959
1 Januari 1959
23 Februari 1959
Perlembagaan Negeri Brunei tahun 1959 merupakan perjanjian di antara __________.
Brunei (Sultan Omar Ali Saifuddien III) dan British (James Brooke)
Brunei (Sultan Omar Ali Saifuddien III) dan British (Sir Robert Scott)
Brunei (Sultan Haji Hassanal Bolkiah) dan British (Sir Robert Scott)
Brunei (Sultan Omar Ali Saifuddien III) dan British (Sir Nigel Poett)
Melayu adalah terdiri 7 puak jati bangsa Melayu, berdasarkan Undang Undang Taraf Kebangsaan negara Brunei dalam ____________..
Fasal 3 (1)
Fasal 2 (1)
Fasal 4 (1)
Fasal 1 (1)
Puak Dusun berpegang kepada kepercayaan ____________ yang diwarisi dari nenek moyang mereka.
Anim
Animeisme
Anime
Animisme
Pakaian kebangsaan bagi kaum lelaki dan perempuan sepertimana yang diajarkan di dalam Melayu Islam Beraja ialah ____________.
lelaki memakai baju jubah dan berkupiah dan perempuan memakai gamis
lelaki memakai baju cara Melayu dan perempuan memakai baju kurung
lelaki memakai baju cara Melayu, bersinjang serta bersongkok dan perempuan memakai baju kurung serta bertudung
lelaki memakai baju kurta serta bersongkok dan perempuan memakai baju jubah
Adat resam bagi Puak Belait ialah ____________.
berambil-ambilan
menuang beras Rujut
basuh kaki
makan tahun
Berikut merupakan kuih-muih kering kecuali ____________.
madu kasirat
cacah
ardam
jala
Berikut merupakan kuih-muih basah kecuali ____________.
bingka
penyaram
ardam
madu kasirat
Berikut adalah masakan tempatan orang Brunei kecuali ____________.
ikan goreng
pais
ampap
liking
Salah satu seni bela diri yang terdapat di Negara Brunei Darussalam ialah ____________.
silat kuntau
silat kantau
karate
tai chi
Berikut adalah merupakan permainan tradisi di Negara Brunei Darussalam kecuali ____________.
main carah
main dam
main guli
main datu harimau
Di dalam panji-panji negara Brunei Darussalam iaitu pada bentuk bulan, ada mengandungi perkataan bahasa Arab ‘Addaa imuna al-muhsinuna bil huda’’ yang bermaksud ___________.
sentiasa membuat kebaikan dengan petunjuk Allah
sentiasa membuat kesejahteraan dengan petunjuk Allah
sentiasa membuat kebajikan dengan petunjuk Allah
sentiasa membuat keharmonian dengan petunjuk Allah
Negara Brunei Darussalam dirasmikan sebagai sebuah Negara Zikir pada tahun ___________.
2005
2006
2007
2008
Berikut merupakan kedudukan raja dalam konteks Melayu Islam Beraja kecuali ___________.
Ketua Negara
Ketua Agama Islam
Perdana Menteri
Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri
Gelaran bagi sultan Brunei yang kelima ialah ____________.
Sultan Berkat
Arkitek Brunei Moden
Nakhoda Ragam
Raja Pemedulian
Terasul untuk Sultan dan Raja Isteri adalah ____________.
Yang Teramat Mulia Paduka Seri
Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda
Yang Teramat Mulia
“Juga perlu diingat oleh para pelajar, manakala jauh diperantauan, maka janganlah lupa akan budaya keBruneian, sekalipun di mana kita berada. Sebaliknya pupuklah nilai-nilai kerohanian yang tinggi yang bersendikan akidah Ahli Sunnah Waljama'ah untuk keselamatan kita di dunia dan di akhirat.”.
(Petikan titah KDYMM di Majlis Bersama Penuntut, Pegawai-Pegawai Kerajaan, Rakyat dan Penduduk Negara Brunei Darussalam yang berada di Australia dan New Zealand, Tahun 2024M)
Nyatakan nama bagi sultan yang bertitah di atas.
Tuliskan lirik lagu kebangsaan Negara Brunei Darussalam dengan betul.
Nyatakan lima (5) cara menangani masalah gejala sosial yang berlaku di dalam kehidupan masyarakat?
Nyatakan lima (5) sahaja Adat Resam puak Melayu yang terdapat di Negara Brunei Darussalam?
