wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BAB 3 (KARYA HADITH ABAD KETIGA HIJRAH)

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Apakah metode yang digunakan oleh Imam Ahmad dalam musnadnya?

a)

الكلمة الغريب

b)

رؤي الأعلى

c)

كلمة من اول المتان

d)

الموضوع

2.

Antara berikut, yang mana bukan matlamat utama Imam Ahmad menyusun kitab musnadnya?

a)

Bimbang tentang Hadith-Hadith Nabi dengan kematian para huffaz.

b)

Menjadi penyelesai dan pendamai terhadap pertelingkahan tentang sunnah Nabi.

c)

Mengambil manfaat yang maksimum dari segi kelebihan amal.

d)

Perintah dari kerajaan Abbasiyyah supaya dibukukan Hadith-Hadith Nabi.

3.

Pilih pernyataan yang BENAR .

a)

Musnad Ahmad pada hari ini ditulis oleh Imam Ahmad seorang sahaja.

b)

Imam Ahmad tegas dalam memilih hadith-hadith yang sahih sahaja dalam musnadnya.

c)

Ibn Zaknun, Syeikh Ahmad Muhammad Syakir, Syeikh ‘Abd al-Rahman antara tokoh yang menjadikan Musnad Ahmad sebagai rujukan untuk pengembangan ilmu hadith.

d)

Musnad Ahmad ini ditulis mengikut tajuk berteraskan tema hadith.

4.

Penggunaan perkataan HADITH yang digunakan oleh Imam Ahmad dalam musnadnya merujuk kepada

a)

tajuk bab sekiranya sahabat yang terlibat hanyalah seorang.

b)

pecahan tajuk sekiranya melibatkan bilangan sahabat yang ramai.

c)

tajuk bab sekiranya melibatkan bilangan sahabat yang ramai.

d)

pecahan tajuk sekiranya melibatkan seorang sahabat sahaja.

5.

Berikut adalah pernyataan mengenai pembahagian yang telah dibuat oleh al-Hafiz Abu Musa al-Madiri dalam Musnad Ahmad KECUALI

a)

Hadith yang diriwayatkan oleh ‘Abd Allah daripada bapanya secara sama’an.

b)

Hadith yang diriwayatkan oleh ‘Abd Allah daripada bapanya selain bapanya.

c)

Hadith yang diriwayatkan oleh ‘Abd Allah daripada abangnya, Soleh secara langsung.

d)

Hadith yang diriwayatkan oleh ‘Abd Allah daripada orang lain selain bapanya.

6.

Manakah yang BUKAN kitab karangan al-Bukhari?

a)

Usama al-Sahabah

b)

Al-Jami’ al-Sahih

c)

‘Umdah al-Qari

d)

Al-Hibbah

7.

al-Bukhari meletakkan syarat yang ketat untuk memilih perawi-perawi hadith yang berkualiti sahaja dalam mengambil matan-matan hadith untuk dimasukkan ke dalam kitabnya. Antara manakah yang betul tentang syarat yang ketat itu?

a)

Syart al-liqa’ dan Syart al-sahih sahaja.

b)

syart al-liqa’ dan syart al-mu’asarah sahaja.

c)

Syart al-liqa’ sahaja

d)

Syart al-mu’sarah dan Syart al-sahih sahaja.

8.

Yang mana TIDAK BENAR tentang syarat-syarat pemilihan hadith oleh al-Bukhari.

a)

Perawi mestilah sempurna adil serta dhabit.

b)

perawinya mestilah thiqah dan sangat dipercayai.

c)

Musnad, Muttasil dan Marfu’.

d)

Perlulah memenuhi syarat al-liqa’ sahaja.

9.

Pilih pernyataan yang BENAR.

a)

Hanya memilih hadith-hadith yang maqtu’ sahaja

b)

Bilangan hadith mu’allaq yang banyak namun menjadi mutaba’at sahaja.

c)

Menghimpunkan semua matan-matan dan mengasingkan turuqnya.

d)

Semua pernyataan adalah salah

10.

Pilih pernyataan yang benar berkaitan syarat-syarat yang dikenakan oleh Imam Muslim dalam penyempurnaan karyanya.

a)

Perawi yang adil dan dhabit serta thiqah.

b)

Memenuhi syarat al-mu’asirah sahaja.

c)

Musnad, Muttasil dan Marfu’.

d)

Semua pernyataan adalah benar.

11.

Apakah status hadith yang diambil masuk kedalam Sunan Abi Dawud?

a)

Sahih, Hasan, Da’if sahaja

b)

Hasan dan Da’if sahaja.

c)

Sahih dan Da’if beserta penjelasan.

d)

Sahih, Hasan dan Da’if beserta penjelasan.

12.

Siapakah tokoh yang telah mengkritik beberapa buah hadith yang diriwayatkan oleh Abu Daud?

a)

Imam al-Suyuti.

b)

Imam Ghazali.

c)

Ibn Jawzi.

d)

Ibn al-‘Arabi.

13.

Pilih pernyataan yang SALAH tentang Metod penyusunan kitab Jami’ al-Tirmidhi.

a)

Hanya mengkhususkan pada hadith sahih dan hasan sahaja.

b)

Memilih hadith yang boleh diamalkan dan dijadikan hujah sahaja.

c)

Menerangkan darjat hadith serta pembahagian hadith dalam bentuk baru.

d)

Semua pernyataan diatas adalah salah.

14.

Apa yang dimaksudkan dengan istilah Hadith Hasan Sahih dalam kitab Jami’ al-Tirmidhi ?

a)

Hadith yang mempunyai dua sanad yang mana satunya sahih dan satu lagi hasan.

b)

Hadith yang mempunyai dua matan yang mana satunya sahih dan satu lagi hasan.

c)

Hadith yang mempunyai dua sanad yang mana kedua-duanya hasan tetapi sahih pada matan.

d)

Hadith yang mempunyai dua matan yang mana kedua-duanya sahih tetapi hasan pada matan.

15.

Bagaimanakah penyusunan Sunan al-Nasa’i dilakukan?

a)

Berdasarkan urutan perawi.

b)

Berdasarkan tahun hadis diriwayatkan.

c)

Berdasarkan pecahan bab fiqh.

d)

Berdasarkan urutan tempat hadis diriwayatkan.

16.

Apakah kedudukan Sunan al-Sughra dalam al-Sunan al-Arba‘ah?

a)

Pertama.

b)

Kedua.

c)

Ketiga.

d)

Keempat.

17.

Apakah sebab utama Sunan Ibn Majah diletakkan sebagai karya terakhir dalam Usul al-Sittah?

a)

Kerana semua hadith di dalamnya sahih.

b)

Kerana bilangan hadith da‘ifnya lebih banyak berbanding yang lain.

c)

Kerana ia hanya mengandungi hadith mawdu‘.

d)

Kerana Ibn Majah bukan seorang muhaddith.

18.

Manakah antara berikut BUKAN merupakan murid kepada Imam Ibn Majah?

a)

Ahmad bin Ibrahim al-Qazwini.

b)

Ishak bin Muhammad al-Qazwini.

c)

Hisyam bin Abdul Malik.

d)

Abu al-Hasan Ali bin Ibrahim.

19.

Mengapakah sebahagian ulama lebih cenderung menggantikan Sunan Ibn Majah dengan kitab lain dalam Sunan al-Arba‘ah?

a)

Kerana Sunan Ibn Majah tidak diterima sebagai kitab hadis dalam Islam.

b)

Kerana Sunan Ibn Majah mengandungi lebih banyak hadis daif, munkar, dan mawdu‘.

c)

Kerana Sunan Ibn Majah mempunyai bilangan hadis yang lebih sedikit berbanding kitab Sunan yang lain.

d)

Kerana Sunan Ibn Majah hanya memuatkan hadis yang berkaitan dengan fiqh.

20.

Manakah susunan yang betul dalam Sunan al-Arba’ah mengikut turutan?

a)

Sunan al-Tirmidhi, Sunan Abi Daud, Sunan an-Nasa’i, Sunan Ibn Majah.

b)

Sunan an-Nasa’i, Sunan Abi Daud, Sunan al-Tirmidhi, Sunan Ibn Majah.

c)

Sunan Abi Daud, Sunan al-Tirmidhi, Sunan al-Nasa’i, Sunan Ibn Majah.

d)

Sunan al-Nasa’i, Sunan al-Tirmidhi, Sunan Abi Daud, Sunan Ibn Majah.