wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Bab 1 Pengenalan Kepada Reka Bentuk dan Teknologi

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Antara berikut manakah merupakan definisi reka bentuk?

a)

Pengetahuan tentang proses pengubahsuaian produk

b)

Pengetahuan tentang penghasilan sesuatu produk yang melibatkan bahan tertentu

c)

Pengetahuan tentang pemilihan produk yang sesuai untuk disusun secara terancang

d)

Pengetahuan tentang penyusunan bahan secara terancang untuk menghasilkan sesuatu produk yang memberi impak kepada kehidupan

2.

Antara berikut yang manakah produk reka bentuk dan teknologi berbentuk abstrak?

a)

Pengangkutan

b)

Peralatan

c)

Lukisan

d)

Arca

3.

Apakah maksud teknologi?

a)

Proses menghasilkan produk atau perkhidmatan yang baharu serta belum pernah wujud

b)

Proses pengubahsuaian produk sedia ada supaya menjadi lebih baik

c)

Pengaplikasian ilmu sains dan matematik dengan menggunakan sumber semula jadi untuk dijadikan alat, tenaga atau sistem

d)

Pengetahuan tentang penyusunan bahan secara terancang untuk menghasilkan sesuatu produk

4.

Rajah 2 menunjukkan fungsi garisan yang terdapat dalam elemen reka bentuk.

Apakah fungsi garisan itu?

a)

Keseimbangan

b)

Menunjukkan perhubungan antara elemen

c)

Membahagikan dua ruang kawasan

d)

Menunjukkan pergerakan arah

5.

Antara berikut yang manakah merupakan ciri-ciri tekstur?

a)

Terbahagi kepada tiga kumpulan

b)

Mempunyai permukaan yang licin, kasar atau kesat

c)

Mempunyai pandangan tiga dimensi

d)

Mempunyai ruang yang dikelilingi oleh garisan, warna dan nilai

6.

Antara berikut manakah merupakan prinsip reka bentuk?

I        Warna

 II       Kontras

  III      Harmoni

  IV      Kreativiti

a)

I dan III

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

II dan IV

7.

Prinsip reka bentuk yang diterapkan dalam rajah di sebelah ini ialah......

a)

Harmoni

b)

Kesatuan

c)

Pengulangan

d)

Kontras

8.

Rajah tersebut menunjukkan jarak dan ketinggian yang betul semasa menggunakan komputer.

Antara berikut manakah yang membantu dalam menentukan kedudukan tersebut?

a)

Kreativiti

b)

Kecenderungan inovasi

c)

Kekuatan kualiti dan kebolehpasaran

d)

Ergonomik

9.

Rajah tersebut menunjukkan objek yang dihasilkan menggunakan suatu teknik pembinaan. 

Antara berikut teknik pembinaan objek manakah yang digunakan?

a)

Peleraian

b)

Penyatuan

c)

Pembuangan

d)

Pembenaman

10.

Rajah tersebut menunjukkan teknik pembinaan objek.

Apakah teknik pembinaan objek itu?

a)

Peleraian

b)

Penyatuan

c)

Pembungan

d)

Pembenaman

11.

Antara berikut yang manakah kepentingan reka bentuk dan teknologi?

I        Menyumbang kepada perkembangan teknologi moden

          II       Melahirkan masyarakat yang kreatif dalam penggunaan sumber

III      Memenuhi kehendak individu dan masyarakat

IV      Menjadi penanda aras sebagai negara maju

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

12.

Antara berikut manakah merupakan definisi inovasi?

a)

Pengaplikasian ilmu sains dan matematik dengan menggunakan sumber semula jadi untuk dijadikan alat, tenaga atau sistem

b)

Pengubahsuaian terhadap produk sedia ada supaya menjadi lebih baik, menjimatkan, bertenaga, bermakna dan mesra pengguna

c)

Proses atau kaedah mencari jalan untuk menghasilkan produk atau perkhidmatan yang baharu serta belum pernah wujud sebelumnya

d)

Pengetahuan tentang penyusunan bahan secara terancang untuk menghasilkan sesuatu produk yang memberi impak kepada kehidupan

13.

Antara berikut manakah merupakan definisi bagi invensi?

a)

Kaedah dan proses rekaan produk baharu yang tidak mendatangkan kemudaratan dalam kehidupan

b)

Kaedah dan proses penambahbaikan produk sedia ada untuk menjadikannya lebih menarik dan unik

c)

Kaedah dan proses memperbaharui produk sedia ada dan mengambil kira nilai-nilai kemanusiaan dalam rekaan

d)

Kaedah dan proses mencari jalan dalam menghasilkan produk atau perkhidmatan yang baharu serta belum pernah wujud sebelumnya

14.

Antara berikut manakah merupakan definisi di peringkat komersial bagi inovasi?

a)

Pembangunan produk yang mempunyai unsur kreatif dan berdaya saing di pasaran

b)

Penghasilan produk yang dilakukan berdasarkan eksperimen atau kajian

c)

Cara pembinaan dan penyelesaian yang lebih cekap dan baik

d)

Pengubahsuaian dan penambahbaikan produk sedia ada

15.

Rajah 8 menunjukkan jam pengukur degupan jantung.

Apakah prinsip invensi dan inovasi yang bersesuaian dengan rajah di sebelah?

a)

Kesihatan

b)

Pendidikan

c)

Pertahanan

d)

Pembuatan