wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz WOHD 2025

Total questions: 10

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

Antara berikut, yang manakah cabaran kesihatan pergigian utama yang dihadapi oleh individu yang berpuasa?

a)

Air liur berlebihan

b)

Mulut kering

c)

Gusi bernanah

d)

Gigi sensitif

2.

"A Happy Mouth is a Happy Mind" yang bermaksud kesihatan mulut yang

baik akan memberikan

a)

kesihatan fizikal

b)

kesihatan sosial

c)

kestabilan kewangan

d)

kesejahteraan mental dan fizikal

3.

Apakah hukum asal bersiwak dalam Islam?

a)

wajib

b)

sunat

c)

harus

d)

makruh

4.

Mengapakah bersiwak atau menggosok gigi HARUS bagi orang yang berpuasa walaupun selepas gelincir matahari?

a)

membatalkan puasa

b)

mengelakkan rasa lapar

c)

meningkatkan selera makan

d)

menghilangkan bau mulut yang tidak menyenangkan

5.

Bagaimanakah fluorida membantu mencegah pereputan gigi?

a)

Dengan memberikan aroma segar pada nafas.

b)

Dengan membunuh semua bakteria dalam mulut.

c)

Dengan menghilangkan plak gigi secara mekanikal.

d)

Dengan mengawal tahap asid yang dihasilkan oleh bakteria.

6.

Apakah alat yang paling berkesan untuk membersihkan sisa makanan di

celah gigi?

a)

Ubat kumur

b)

Berus gigi elektrik

c)

Benang gigi (flos)

d)

Pencungkil gigi

7.

Apakah yang akan membatalkan puasa berkaitan penggunaan ubat kumur?

a)

Berkumur dengan ubat kumur berfluorida.

b)

Berkumur berlebihan sehingga termasuk ke dalam rongga.

c)

Berkumur sehingga sebelum had batin rongga mulut.

d)

Berkumur selepas berbuka puasa.

8.

Mengapakah makanan yang terlalu manis atau berasid perlu dielakkan

semasa berbuka dan sahur?

a)

Ia boleh merosakkan enamel gigi.

b)

Ia mengganggu proses penghadaman.

c)

Ia menyebabkan bau mulut.

d)

Ia boleh menyebabkan sakit perut.

9.

Apakah nutrien yang terkandung dalam susu dan yogurt yang penting

untuk menguatkan gigi?

a)

Protein

b)

Kalsium

c)

Zat Besi

d)

Vitamin C

10.

Antara berikut, manakah makanan yang disarankan untuk menguatkan gigi semasa bulan Ramadan?

a)

Gula-gula

b)

Minuman berkarbonat

c)

Susu dan yogurt

d)

Makanan bergoreng