WorksheetsKUIZ IHYA' RAMADHAN
Total questions: 30
Worksheet time: 15mins
Apakah ibadah yang wajib dilakukan dalam bulan Ramadan?
Berpuasa
Membaca al-Quran
Tidur
Makan
Apakah tujuan utama puasa Ramadan?
Menurunkan berat badan
Menguji keimanan umat Islam
Meningkatkan produktiviti
Berbangga dengan amalan puasa
Apakah nama bulan Islam diwajibkan berpuasa?
Zulhijjah
Syawal
Ramadan
Muharram
Berpuasa di bulan Ramadan rukun Islam ke berapa?
Pertama
Keempat
Kedua
Ketiga
Gambar di atas menunjukkan lafaz niat bagi ibadah?
Puasa ganti (qada)
Puasa Ramadan
Solat sunat tarawih
Solat sunat witir
Antara berikut yang manakah merupakan maksud bagi niat berpuasa?
Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan fardhu di bulan Ramadan pada tahun ini kerana Allah SWT
Sahaja aku berpuasa bulan depan menunaikan fardhu di bulan Ramadan pada tahun akan datang
Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan fardhu di bulan Ramadan pada tahun ini dan tahun akan datang
Sahaja aku berpuasa minggu hadapan menunaikan fardhu di bulan Ramadan pada tahun ini kerana Allah SWT
Bilakah kita disarankan untuk mula berniat puasa Ramadan?
Selepas masuk waktu subuh sehingga sebelum masuk waktu zohor
Selepas masuk waktu zohor sehingga sebelum masuk waktu asar
Selepas masuk waktu maghrib sehingga sebelum masuk waktu subuh
Selepas masuk waktu isyak sehingga sebelum masuk waktu subuh
Apakah hukum berpuasa di bulan Ramadan?
Sunat
Wajib
Harus
Makruh
Orang berpuasa hendaklah menjauhkan diri daripada apa?
Perkara-perkara yang membatalkan puasa
Menonton television
Bermain bola
Berlari di padang bersama rakan
Puasa ialah menahan diri daripada perkara yang membatalkan?
Solat
Puasa
Zakat
Haji
Puasa ialah menahan diri daripada perkara yang membatalkan puasa bermula dari terbit _______.
Bintang
Matahari
Fajar
Bulan
Puasa ialah menahan diri daripada perkara yang membatalkan puasa bermula dari terbit fajar sehingga terbenam ______ disertai dengan niat.
Fajar
Bulan
Bintang
Matahari
Antara berikut yang manakah pengertian puasa?
Menahan diri daripada perkara-perkara yang membatalkan puasa.
Menahan diri daripada perkara-perkara yang membatalkan puasa bermula dari terbit fajar.
Menahan diri daripada perkara-perkara yang membatalkan puasa bermula dari terbit fajar hingga terbenam matahari.
Menahan diri daripada perkara-perkara yang membatalkan puasa bermula dari terbit fajar hingga terbenam matahari disertai niat.
Dalil berpuasa boleh diperoleh dalam al-Quran pada ayat ke 183 di dalam surah?
Al-Baqarah
Maryam
Al-Fatihah
Luqman
Surah al-Baqarah ayat 185 menjelaskan tentang kewajipan berpuasa. Dalil tersebut dikenali sebagai dalil?
Aqli
Makkiah
Naqli
Madaniyyah
Perkataan Ramadan telah disebut sebanyak _______ di dalam al-Quran.
Empat kali
Sekali
Dua kali
Tiga kali
Salah satu peristiwa besar yang berlaku dalam bulan Ramadan ialah _______.
Israk Mikraj
Awal Muharram
Nuzul al-Quran
Kelahiran Nabi Muhammad SAW
Baginda SAW merupakan nabi yang terakhir khusus untuk umat akhir zaman dan telah dikurniakan oleh Allah SWT kitab teragung iaitu ______.
al-Quran
Taurat
Injil
Zabur
Al-Quran diturunkan kepada Rasulullah SAW melalui perantaraan malaikat?
Izrail AS
Israfil AS
Mikail AS
Jibril AS
Wahyu pertama telah diturunkan pada malam hari di ________, Makkah.
Gua Hira’
Gua Tsur
Gua Nur
Gua Hidayah
Pada _____ telah berlaku peristiwa Nuzul al-Quran
16 Ramadan
17 Ramadan
18 Ramadan
19 Ramadan
Ayat 1-5 merupakan ayat pertama al-Quran telah diwahyukan kepada Rasullah SAW iaitu daripada surah _____
Surah al-Qadr
Surah al-Zalzalah
Surah al-’Alaq
Surah al-’Asr
Ketika peristiwa penurunan Al-Quran, Nabi Muhammad SAW telah dipeluk dengan kuat oleh malaikat Jibril AS serta berkata ’Iqra’ yang bermaksud ________.
Pulanglah
Pergilah
Bangunlah
Bacalah
Al-Quran yang menjadi mukjizat teragung Nabi Muhammad SAW diwahyukan kepada baginda dalam Bahasa _____.
Inggeris
Arab
Melayu
Perancis
Nabi Muhammad SAW menerima wahyu pertama di gua Hira’ ketika berumur_____ .
40 tahun
50 tahun
60 tahun
70 tahun
Al-Quran telah diturunkan secara beransur-ansur selama 23 tahun, iaitu ______ dan _____.
13 tahun di Madinah, 10 tahun di Mekah
10 tahun di Madinah, 13 tahun di Mekah
11 tahun di Mekah, 12 tahun di Madinah
12 tahun di Mekah, 11 tahun di Madinah
Membaca Al-Quran dalam bulan Ramadan sangat digalakkan kerana ianya zikir teragung dan pahalanya ibarat melakukan amalan?
Harus
Sunat
Wajib
Makruh
Kelebihan membaca Al-Quran dengan niat berusaha untuk mengkhatamkannya dalam bulan Ramadan akan dapat memupuk sifat ____ dalam diri seseorang.
Malas
Sambil lewa
Bertangguh
Istiqamah
Apakah tujuan sahur dalam bulan Ramadan?
Mengurangkan masa tidur
Memberi tenaga untuk berpuasa sepanjang hari
Menyediakan makanan untuk berbuka puasa
Mengurangkan kuantiti makanan sepanjang hari
Maksud hadis : ”Bersahurlah kamu, sesungguhnya pada sahur itu terdapat keberkatan”. (Riwayat al-Bukhari, Hadis 1923 dan Muslim, Hadis 45). Antara berikut yang manakah BUKAN kelebihan bersahur?
Merasai kesusahan hidup orang lain
Memberikan tenaga
Menjadikan diri suka bertangguh
Mendapat pahala sunnah Baginda SAW
