Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz Rukun Negara

Total questions: 21

Worksheet time: 21mins

Name
Class
Date
1.

Maksud Rukun Negara

a)

Ideologi negara yang dibentuk sebagai sebahagian daripada usaha kerajaan untuk menyatukan dan membimbing rakyat ke arah perpaduan

b)

Menggariskan ikrar yang perlu dihayati oleh warganegara Malaysia dan dianggap sebagai falsafah hidup rakyat Malaysia.

c)

Kunci kepada keharmonian dan perpaduan kaum demi kejayaan dan kestabilan Malaysia.

d)

susunan prinsip hidup Masyarakat yang mengandungi nilai kenegaraan dan normal sosial yang mencakupi seluruh aspek kehidupan bernegara seperti politik, ekonomi, agama, budaya dan perundangan.

2.

Apakah tujuan utama Rukun Negara diisytiharkan pada 31 Ogos 1970?

a)

Untuk memperkukuhkan kuasa raja

b)

Untuk mencapai perpaduan kaum

c)

Untuk menegakkan prinsip demokrasi berparlimen

d)

untuk melindungi hak-hak minoriti

3.

Manakah antara berikut yang merupakan prinsip Rukun Negara?

a)

Ketuanan undang-undang

b)

Keadilan sosial

c)

Keluhuran perlembagaan

d)

Kesejahteraan rakyat

4.

Mengapa 'Kepercayaaan kepada Tuhan' dijadikan prinsip pertama Rukun Negara?

a)

Untuk mewujudkan masyarakat yang bebas agama

b)

Untuk mengukuhkan nilai keagamaan dan kerohanian

c)

Untuk mempertahankan undang-undang negara

d)

Untuk menghapuskan kepercayaan karut

5.

Bagaimanakah Rukun Negara dapat memelihara cara hidup demokratik?

a)

Dengan memastikan semua rakyat taat kepada agama

b)

Dengan menjamin kebebasan hak asasi rakyat

c)

Dengan memansuhkan sistem raja berperlembagaan

d)

Dengan menubuhkan Majlis Muhibah Negara

6.

Salah satu objektif Rukun Negara ialah untuk membina masyarakat yang progresif. Apakah maksud 'masyarakat progresif' ini?

a)

Masyarakat yang kaya

b)

Masyarakat yang berkembang sejajar dengan sains dan teknologi

c)

Masyarakat yang mempunyai kuasa politik

d)

Masyarakat yang bebas dari konflik

7.

Apakah maksud 'Keluhuran Perlembagaan' dalam konteks Rukun Negara?

a)

Rakyat harus patuh kepada peraturan kerajaan

b)

Rakyat perlu memelihara kemuliaan undang-undang tertinggi negara

c)

Rakyat diberi kebebasan penuh tanpa sekatan undang-undang

d)

Rakyat boleh mempersoalkan keabsahan perlembagaan

8.

Sikap apakah yang diharapkan daripada prinsip 'Kesopanan dan Kesusilaan'?

a)

Berdisiplin dan menghormati orang lain

b)

Bebas bersuara tanpa batas

c)

Mengutamakan kemajuan ekonomi

d)

Mengkritik undang-undang dengan tegas

9.

Bagaimanakah prinsip 'Kedaulatan Undang-undang' melindungi kebebasan asasi rakyat?

a)

Dengan membenarkan rakyat membuat undang-undang

b)

Dengan memastikan semua rakyat mematuhi undang-undang

c)

Dengan memberi kebebasan penuh tanpa had kepada rakyat

d)

Dengan melantik rakyat sebagai pemegang undang-undang

10.

Mengapakah penting bagi rakyat Malaysia mendukung cita-cita perpaduan?

a)

Untuk memelihara hak ekonomi setiap individu

b)

Untuk menghapuskan kepercayaan beragama

c)

Untuk membentuk negara yang aman dan damai

d)

Untuk memperkukuhkan kedudukan kerajaan

11.

Apakah yang dimaksudkan dengan 'Kesetiaan Kepada Raja dan Negara'?

a)

Rakyat boleh bebas mengkritik raja

b)

rakyat mesti taat kepada pemimpin politik sahaja

c)

Rakyat mesti jujur dan ikhlas setia kepada Raja dan negara

d)

Rakyat diberi kebebasan memilih untuk setia atau tidak

12.

Manakah penyataan yang betul mengenai prinsip 'Kepercayaan kepada Tuhan'?

a)

Semua rakyat Malaysia diwajibkan menganut agama Islam

b)

Negara Malaysia diasaskan berlandaskan kepercayaan yang kukuh kepada Tuhan

c)

Rakyat bebas mengamalkan agama hanya di kawasan tertentu

d)

Agama lain selain Islam tidak diiktiraf oleh Perlembagaan

13.

Apakah tindakan yang melanggar prinsip 'Keluhuran perlembagaan'?

a)

Menghormati undang-undang negara

b)

Mengadakan perbincangan mengenai pindaan perlembagaan

c)

Melanggar peruntukan perlembagaan

d)

Menjaga hak-hak rakyat di bawah perlembagaan

14.

Prinsip 'Kedaulatan Undang-undang' memastikan bahawa setiap warganegara:

a)

Bebas dari sebarang tindakan undang-undang

b)

Sama taraf di sisi undang-undang

c)

Tidak perlu mematuhi undang-undang

d)

Mempunyai kuasa untuk menggubal undang-undang sendiri

15.

Bagaimanakah Rukun Negara membantu membina jati diri rakyat Malaysia?

a)

Melalui penguasaan ekonomi yang baik

b)

Dengan memupuk kesadaran terhadap undang-undang dan perpaduan

c)

Dengan menyokong kedudukan Raja Berpelembagaan

d)

Dengan mempromosikan kebebasan beragama tanpa batasan

16.

Prinsip manakah yang berkaitan dengan mengekalkan budaya dan tradisi masyarakat Malaysia?

a)

Kepercayaan kepada tuhan

b)

Kesopanan dan kesusilaan

c)

Kedaulatan undang-undang

d)

Keluhuran perlembagaan

17.

Apakah matlamat Rukun negara dalam mencipta masyarakat yang adil?

a)

Menyamaratakan pendapatan semua rakyat

b)

Menjamin kekayaan negara dinikmati secara saksama

c)

Menghapuskan sistem kapitalis

d)

Mempromosikan persaingan tanpa batas

18.

Apakah maksud liberal dalam prinsip 'Sikap Liberal Terhadap Tradisi Kebudayaan'?

a)

Rakyat bebas memilih agama masing-masing

b)

Rakyat boleh mengkritik budaya orang lain

c)

Kebebasan tanpa batas dalam mengamalkan budaya

d)

Bebas mengamalkan agama dan budaya dalam lingkungan perpaduan

19.

Bagaimanakah prinsip Rukun Negara membentuk warganegara yang bermoral tinggi?

a)

Melalui prinsip Kepercayaan Kepada Tuhan dan Kesopanan

b)

Dengan engutamakan kemajuan ekonomi

c)

Dengan mengekang kebebasan individu

d)

Dengan menentang agama lain

20.

Mengapa 'Kesetiaan Kepada Raja dan Negara' penting dalam sistem demokrasi Malaysia?

a)

Untuk mempertahankan kedudukan ekonomi negara

b)

Untuk memastikan kestabilan politik dan kelansungan negara

c)

Untuk mengekalkan status quo dalam masyarakat

d)

Untuk memberi kebebasan penuh kepada rakyat

21.

Apakah implikasi jika prinsip 'Kedaulatan Undang-undang' tidak dihormati?

a)

Negara akan mengalami kemajuan yang lebih pesat

b)

Masyarakat akan menjadi lebih bebas dan aman

c)

Negara akan menjadi tidak stabil dan kacau-bilau

d)

Rakyat akan menikmati lebih kebebasan tanpa batas