Font size
WorksheetsPenjodoh Bilangan Tahun 4
Total questions: 14
Worksheet time: 13mins
Ali membeli ___________ air mineral di kedai runcit itu.
A. sekeping
B. sebotol
C. sehelai
D. sebuah
Kakak menjemur beberapa ____________ kain di ampaian baju.
A. Helai
B. Keping
C. Botol
D. Papan
Aiman mengambil tiga _________ bola di dalam bilik peralatan sukan.
A. Keping
B. Buah
C. Helai
D. Biji
Ibu membeli se _________ stoking untuk adik.
A. helai
B. pasang
C. keping
D.buah
Di tepi jalan terdapat beberapa _____________ tiang lampu.
A. buah
B. keping
C. bilah
D. batang
Bapa Ferguson membeli sepuluh ________ sate di gerai itu.
A. batang
B. buah
C. cucuk
D. biji
Joyce memetik lima ___________bunga ros di halaman rumah.
A. biji
B. kuntum
C. buah
D. batang
Ayah Audrey membeli tiga___________ tiket sebelum masuk ke dalam zoo.
A. helai
B. buah
C. keping
D. pasang
Ayah Alexander memotong papan itu dengan menggunakan se________gergaji.
A. bilah
B. batang
C. buah
D. biji
Se_________ pokok tumbang akibat ribut semalam.
A. batang
B. ikat
C. biji
D. helai
Airis mengasah dua ____________ pensel sebelum masuk ke dalam dewan peperiksaan.
A. longgok
B. gugus
C. kuntum
D. batang
Beberapa ____________ ayam telah mati akibat jangkitan selesema burung di kampung itu.
A. ekor
B. orang
C. biji
D. bentuk
Puan Dewi menerima ___________ bunga semasa majlis hari jadinya.
A. sejambak
B. sebatang
C. sehelai
D. sekeping
Tiga ____________ stoking itu dijual dengan harga lima ringgit.
A. batang
B. buah
C. baris
D. pasang
