wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

LATIHTUBI BAB 1 SENIBINA TINGKATAN 5

Total questions: 60

Worksheet time: 33mins

Name
Class
Date
1.

Mengapakah bumbung rumah Melayu tradisional dibina tinggi?

a)

Mengelakkan tempias hujan

b)

Mengelakkan air memasuki rumah ketika musim tengkujuh

c)

Membenarkan udara panas naik ke atas

d)

Mengelakkan cahaya mentari masuk

2.

Apakah nama ruang rumah yang digunakan untuk menyambut dan berbincang dengan tetamu?

a)

Selang

b)

Rumah ibu

c)

Pelantar

d)

Serambi

3.

Antara berikut, yang manakah negara yang tidak mempengaruhi binaan terhadap reka bentuk seni bina di tanah Melayu?

a)

China

b)

Korea

c)

Eropah

d)

Tanah Melayu

4.

Apakah motif yang paling ketara terdapat di dalam seni ukiran hiasan pada seni bina rumah melayu tradisional?

a)

organik

b)

motif flora

c)

motif fauna

d)

geometrikal

5.

Apakah bentuk simbolik yang terdapat pada pemeleh?

a)

ular yang terdapat pada perahu nelayan tempatan

b)

kucing yang terdapat pada perahu nelayan tempatan

c)

bangau yang terdapat pada perahu nelayan tempatan

d)

monyet yang terdapat pada perahu nelayan tempatan

6.

"Masjid paling moden di asia tenggara dan menjadi pencetus kepada satu standard dalam sejarah awal modernisme seni bina malaysia"


penyataan di atas merujuk kepada seni bina ibadat ........

a)

Masjid Kampung Laut, Kelantan

b)

Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar

c)

Masjid Negara, Kuala Lumpur

d)

Masjid Tengkera, Melaka

7.

Dari manakah datangnya pengaruh Masjid Ubudiah?

a)

Islam-India

b)

Islam-China

c)

Islam-Belanda

d)

Islam-Portugal

8.

Apakah element penting yang terdapat pada tokong dalam gambar rajah di atas?

a)

Roda Dharmacakra

b)

dewan lagar

c)

gable roof

d)

gopuram

9.

Antara berikut, yang manakah seni reka bentuk yang terdapat di Kuil Sri Mahamariamman?

a)

Mempunyai menara dan kubah

b)

Kuil yang berbentuk segi empat sama

c)

Mempunyai menara pintu gerbang gopuram

d)

Siling di dewan utama dihiasi corak petak berwarna-warni

10.

Mengapakah Rumah Serambi Melaka dianggap unik?

a)

Mempunyai atap singgora

b)

Mempunyai tebar layar yang runcing

c)

Mempunyai tangga batu yang berwarna-warni

d)

Mempunyai dinding yang dibina hingga ke paras rabung

11.

Mengapakah kura-kura yang terdapat di dalam kolam-kolam di tokong dianggap penting ?

a)

Simbol kekayaan

b)

Simbol kemewahan

c)

Simbol kemenangan

d)

Simbol panjang umur

12.

Apakah fungsi ruang pelantar?

a)

Tempat memasak

b)

Tempat berbincang

c)

Tempat menyambut tetamu

d)

Tempat simpanan barang-barang

13.

Apakah nama lain bagi Rumah Limas?

a)

Rumah Kutai

b)

Rumah Berpeleh

c)

Rumah Baju Kurung

d)

Rumah Tiang Dua Belas

14.

Faktor utama yang mempengaruhi seni bina rumah tradisi ialah

a)

iklim

b)

arkitek

c)

persekitaran

d)

bentuk muka bumi

15.

Jenis reka bentuk rumah Melayu tradisi berasaskan istana raja Terengganu ialah

a)

rumah bujang

b)

rumah perabung lima

c)

rumah tiang dua belas

d)

rumah perabung panjang

16.

Bahagian yang bertanda X adalah bahagian rumah Melayu tradisi dipanggil

a)

dapur

b)

anjung

c)

pelantar

d)

kelek anak

17.

Ciri-ciri berikut adalah keistimewaan reka bentuk rumah Minangkabau

a)

Rumah yang bertangga batu

b)

Rumah ini berbumbung limas

c)

Rumah ini mempunyai serambi yang panjang

d)

Rumah ini dibahagi kepada empat bahagian, anjung, ibu rumah, dan serambi

18.

Masjid berikut mempunyai pengaruh seni bina China.

a)

Masjid Ubudiah

b)

Masjid Terengkera

c)

Masjid Abu Bakar

d)

Masjid Zainal Abidin

19.

Apakah fungsi pelantar dalam rumah tradisional Melayu?

a)

Tempat memasak

b)

Ruang penyediaan makanan

c)

Ruang berbincang

d)

Ruang menyambut tetamu

20.

Antara berikut yang manakah kekisi?

a)
b)
21.

Di negeri manakah Rumah Minangkabau ini biasanya boleh di lihat?

a)

Negeri Johor

b)

Negeri Sembilan

c)

Negeri Perak

d)

Negeri Kelantan

22.

Rumah ini terdiri daripada satu deretan yang mengandungi rumah-rumah kelamin.

Namakan seni bina ini.

a)

Rumah bujang

b)

Rumah panjang

c)

Rumah tIang dua belas

d)

Rumah Serambi Melaka

23.

Namakan jenis bumbung ini.

a)

Atap singgora

b)

Atap tunjuk langit

c)

Bumbung Perak

d)

Atap papan

24.

Antara berikut yang manakah benar tentang seni bina ini?

a)

Binaan ini mempunyai 272 anak tangga.

b)

Terdapat Patung Dewa Muruga setinggi 55 meter di pintu masuk.

c)

Kuil ini terletak di Kuala Lumpur.

25.

Namakan bahagian ini.

a)

Cucuk langit

b)

Kasau langit

c)

Tunjuk langit

d)

Ande-ande

26.

Apakah maksud 'tebuk pasak'?

a)

Menggunakan paku berkualiti.

b)

Tanpa menggunakan paku.

c)

Tiang yang tinggi.

d)

Bumbung yang rendah

27.

Ruang untuk berbincang, tempat makan, tidur dan sembahyang dikenali sebagai ______________________

a)

Rumah ibu

b)

Pelantar

c)

Anjung

d)

Selang

28.

Rumah ibadat manakah yang mempunyai reka bentuknya dipengaruhi oleh seni bina saracenic atau India-Islam?

a)

Masjid Tengkera

b)

Masjid Kampung Laut

c)

Masjid Ubudiah

d)

Masjid Negara

29.

Seni bina tokong di negara ini dipengaruhi oleh reka bentuk dari China dan __________________________.

a)

Beijing

b)

Tibet

c)

Vietnam

d)

Hong Kong

30.

Manakah antara seni bina berikut mempunyai bumbung seolah-olah seperti payung yang terbuka?

a)

Rumah Limas

b)

Gereja St. Paul

c)

Masjid Negara

d)

Makam Diraja Langgar

31.

Mengapakah kura-kura yang terdapat di dalam kolam-kolam di tokong dianggap penting?

a)

Simbol kekayaan

b)

Simbol kemewahan

c)

Simbol kemenangan

d)

Simbol panjang umur

32.

Istana manakah yang diperbuat daripada kayu tanpa menggunakan paku?

a)

Istana Seri Menanti

b)

Istana Maziah

c)

Istana Negara

d)

Istana Iskandariah

33.

Binaan ini amat terkenal semasa perayaan Thaipusam.

a)

Tokong Sam Poh Tong

b)

Gurdwara Sahib Tatt Khalsa

c)

Kuil Batu Caves

d)

Gereja St. Paul

34.

Apakah Ciri utama rumah tradisional?

a)

Dinding & Tebar layar

b)

Dinding & Jumlah Tiang

c)

Tebar Layar & Jumlah Tiang

d)

Jumlah Tiang & Bentuk Bumbung

35.

Pilih jawapan yang betul, berdasarkan gambar rajah bahagian manakah Pemeleh?

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

36.

Rumah tradisional Melayu menitikberatkan aspek berikut kecuali ......

a)

pengudaraan dan pencahayaan

b)

keselamatan

c)

lambang kemewahan

d)

nilai estetika dan seni bina

37.

Jenis rumah tradisional melayu berikut adalah....

a)

Rumah Serambi Melaka

b)

Rumah Perabung Lima

c)

Rumah Bumbung Perak

d)

Rumah Limas atau Rumah Baju Kurung

38.

Pada anjung rumah berikut diukir dengan pelbagai motif, kebanyakan rumah ini juga didirikan dengan tiang yang tinggi untuk tujuan keselamatan. Apakah jenis rumah tradisional melayu berikut....

a)

Rumah Limas atau Rumah Baju Kurung

b)

Rumah Serambi Panjang

c)

Rumah Bumbung Perak

d)

Rumah Perabong Panjang

39.

Jenis rumah ini berselasar mempunyai bumbung panjang dengan papan pemeleh dan atap singgora, Apakah jenis rumah tradisional melayu yang dimaksudkan?

a)

Rumah Perabong panjang

b)

Rumah Bujang atau Rumah Tunggal

c)

Rumah Minangkabau

d)

Rumah Serambi Melaka

40.

Masjid berikut merupakan masjid yang tertua di Asia Tenggara yang terketak di Tumpat, Kelantan. Masjid ini dibina menggunakan teknik 'tebuk pasak'. Namakan masjid yang dimaksudkan?

a)

MAsjid Ubudiah

b)

Masjid Tengkera

c)

Masjid Negara

d)

Masjid Kampung Laut

41.

Rumah ibadat ini terdapat patung Buddha yang berukuran 40 meter. Di manakah terletaknya rumah Ibadat Wat Phothivihan yang dimaksudkan?

a)

Terengganu

b)

Kelantan

c)

Pulau Pinang

d)

Melaka

42.

Kuil ini sering menjadi tumpuan kaum Hindu ketika perayaan Thaipusam. Kuil ini juga dipenuhi dengan arca dan lukisan dan terdapat patung dewa Murugan setinggi 42.7 meter di pintu masuknya. Namakan kuil yang dimaksudkan ...

a)

Kuil Sri Mahamariamman

b)

Kuil Batu Caves

c)

Kuil Sri Subramaniam

d)

Kuil Sri Siva

43.

Apakah yang dimaksudkan dengan istana?

a)

merupakan kediaman raja atau ketua negara

b)

tempat raja melakukan kerja pentadbiran

c)

tempat golongan istana berkumpul

d)

tempat pertabalan raja

44.

Apakah fungsi makam dalam masyarakat tradisional melayu?

a)

tempat bersemadinya sejarahwan

b)

tempat bersemadi golongan raja, pembesar atau pahlawan

c)

tempat bersemadinya pejuang-pejuang Melayu

d)

tempat bersemadinya golongan atasan

45.

Sebuah keluarga  ingin mengadakan majlis kenduri di rumah tradisional mereka.

Di  manakah tempat yang sesuai bagi majlis tersebut ?

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

46.

Mengapakah binaan bumbung Rumah Bujang dibuat  rendah pada pada pintu  ketika

memasuki rumah ibu ?

a)

Mengurangkan kos binaan

b)

Memudahkan cahaya masuk

c)

Tanda hormat kepada tuan rumah

d)

Disesuaikan dengan ketinggian orang di situ

47.

Gambar rajah di bawah menunjukkan sebahagian struktur pintu rumah tradisional .

Apakah fungsi fizikal bagi ukiran tersebut ?

a)

Pencahayaan dan pengudaraan

 

b)

Nilai estetik dan keperibadian pemilik

c)

Maksud motif melambangan kemegahan

d)

Menjadikan ruang lebih lapang dan selesa

48.

‘Seni bina rumah tradisional Melayu ini mempunyai ciri-ciri  bertiang dan berpanggung’ .

Apakah maksud berpanggung bagi rumah tersebut ?

a)

Mempunyai  ruang rumah ibu yang luas dan selesa

b)

Ada ruang khas bagi membuat keraian dan persembahan

c)

Tempat ketua keluarga bermesyuarat dengan ahli keluarga

d)

Lantainya tergantung pada tiang dan tinggi dari permukaan tanah

49.

Siapakah yang telah membina Gereja Katolik pada abad ke-16 di Melaka?

 

 

a)

Orang Portugis

b)

Orang Inggeris

c)

Orang Belanda

d)

Orang Amerika

50.

Gamba rajah di bawah menunjukkan struktur bumbung rumah tradisional .

Apakah nama motif ukiran pada bahagian X  ?

a)

Kepala cicak

 

 

b)

Ayam berlaga

c)

Lebah bergantung

d)

Itik pulang petang

51.

Gambar rajah di bawah menunjukkan bentuk penggalan rumah tradisional .

Di manakah ruang untuk berbincang, tempat makan, tidur dan sembahyang ?

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

52.

Gambar rajah di bawah menunjukkan Gereja Gereja St. Paul yang terletak di Melaka.

Apakah jenis bahan binaan bagi menghasilkan gareja tersebut?

a)

Bata putih

   

b)

Batu granit 

c)

Batu laterit

d)

Bata kapur

53.

Apakah nama bahagian rumah yang terletak pada struktur bumbung rumah tradisional ?

 

I     Tebar layar

II    Pemeleh

III   Rasuk

IV   Kekisi

a)

  I     dan     II  

b)

I     dan     IV

c)

II    dan     III

d)

III   dan     IV

54.

Dimanakah kedudukan tebar layar pada rumah tradisional melayu di bawah?

 

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

55.

Apakah rumah ibadat bagi kaum Sikh?

a)

Kuil

b)

Gereja

c)

Tokong

d)

Gurdwara

56.

Ciri-ciri binaan yang menonjolkan seni bina India-Islam atau Saracenic dapat dikenal pasti melalui

a)

corak ukiran yang berulang

b)

kubah yang berbentuk bawang

c)

pintu gerbang yang diukir

d)

pembinaan tanpa menggunakan paku

57.

RumahPanjang sarawak mempunyai 2 ruang utama. Apakah ruang utama tersebut?

I Ruang loteng

II Ruang pelantar

III Ruang ruai

IV Ruang tanju

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

58.

Kasau Jantan, Kasau Betina, Tunjuk Langit, Tulang Perabung, Atap. istilah diatas dikatikan dengan bahagian rumah yang berikut:

a)

Anjung

b)

Bumbung

c)

Pintu Dan Tingkap

d)

Ragam Hias

59.

Gambar rajah menunjukkan patung Dewa Murugan yang terletak di pintu masuk kompleks Kuil Batu Caves, Selangor. Berapakah ketinggiannya?

a)

38.7 meter

b)

39.3 meter

c)

42.4 meter

d)

42.7 meter

60.

Selain berfungsi sebagai tempat tinggal dan tempat mengadakan upacara perayaan, rumah panjang Sarawak juga berfungsi sebagai?

a)

Tempat berinteraksi

b)

Tempat pemujaan

c)

Tempat memandikan jenazah

d)

Tempat belajar