wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Ujian Pengesanan Satu

Total questions: 12

Worksheet time: 6mins

Name
Class
Date
1.

Encik Haironi tidak dapat menghadiri mesyuarat itu kerana ________ sedang menunaikan umrah di Tanah Suci.

a)

kami

b)

kalian

c)

beliau

d)

mereka

2.

________ telah mengarahkan hulubalang untuk menghapuskan lanun durjana di perairan Selat Melaka,” kata Temenggung kepada baginda sultan.

a)

Beta

b)

Patik

c)

Hamba

d)

Tuanku

3.

Perusahaan ________ songket secara tradisional masih diamalkan oleh penenun-penenun songket terutamanya di Terengganu.

a)

menekat

b)

menenun

c)

menyulam

d)

menganyam

4.

Abang ________ otak untuk mencari dan mengisi jawapan yang betul pada ruangan teka silang kata itu.

a)

memerah

b)

mengilap

c)

menerjah

d)

mencanai

5.

Pasukan bola sepak sekolahnya gigih menjalani latihan. ________, mereka gagal menjuarai pertandingan itu.

a)

Setelah itu

b)

Kalau begitu

c)

Tambahan pula

d)

Namun demikian

6.

Pegawai kesihatan ________ kempen membasmi tempat pembiakan nyamuk aedes dalam kalangan penduduk di taman itu.

a)

terhebat

b)

kehebatan

c)

memperhebat

d)

memperhebatkan

7.

Albert Lee belajar dengan ________ supaya dia boleh memperoleh kecemerlangan dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah pada tahun ini.

a)

tekun

b)

cakna

c)

bernas

d)

hikmah

8.

Suara Muhammad Redzuan ________ sungguh sehingga mengganggu adiknya yang sedang tidur lena.

a)

lunak

b)

garau

c)

manja

d)

nyaring

9.

Dua buah khemah yang dipasang di ________ padang sekolah itu adalah untuk pegawai sukan yang bertugas.

a)

atas

b)

bawah

c)

tengah

d)

belakang

10.

Para pelancong dapat melihat cahaya ________ yang hinggap pada pokok berembang pada waktu malam.

a)

bari-bari

b)

obor-obor

c)

sibur-sibur

d)

Kunang-kunang

11.

Mak Cik Siti menyusun beberapa ________ lidi yang sudah siap beraut sebelum diserahkan kepada pelanggannya.

a)

bilah

b)

berkas

c)

batang

d)

rumpun

12.

Jagalah ________ kamu apabila bercakap dengan orang yang lebih tua daripada kamu,” pesan Puan Zuraini kepada anak gadisnya.

a)

tutur kata

b)

tutur nista

c)

tutur bicara

d)

tutur bahasa