Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ TREASURE HUNT SUKANUN 2025

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

“Bendera ungu berkibar megah, tempat ilmu dicurah. Dari sinilah misi bermula.” Lokasi yang dimaksudkan ialah...

a)

UiTM Arau

b)

UiTM Permatang Pauh

c)

UiTM Merbok

d)

UiTM Shah Alam

2.

“Berkuah, bersahabat dengan ayam goreng garing, aku lagenda Pulau Mutiara. Siapa aku?”

a)

Mee Udang

b)

Laksa Penang

c)

Nasi Kandar

d)

Char Kuey Teow

3.

“Aku berdiri di utara, berkubah indah, tenang jadi teman setia. Tapi pintu utara ku sembunyikan sesuatu…” Lokasi yang dirujuk ialah...?

a)

Masjid Terapung

b)

Masjid Kapitan Keling

c)

Masjid Abdullah Fahim

d)

Masjid Tanjung

4.

“Berwajah bulat seperti butir emas, aku simpan sejarah beras. Dari dek atas, kau nampak hamparan hijau luas.” Di manakah lokasi ini?

a)

Muzium Kedah

b)

Muzium Padi

c)

Muzium Kota Kuala Kedah

d)

Pusat Sains Kedah

5.

“Aku berdiri tinggi, raja melihat seluruh negeri. Kabus menyelubungiku waktu pagi. Di manakah aku?”

a)

Gunung Keriang

b)

Gunung Ledang

c)

Gunung Jerai

d)

Gunung Raya

6.

“Hari bukan sekadar nama. Di sinilah, kain batik, makanan dan tawa bersatu setiap minggu.” Ini merujuk kepada...?

a)

Pasar Borong

b)

Pasar Pagi

c)

Pasar Rabu

d)

Pasar Tani

7.

“Namaku seperti kanak-kanak, tapi aku bukan taman permainan. Di sinilah tren datang dan pergi.” Lokasi yang dimaksudkan ialah...?

a)

Bukit Kayu Hitam

b)

Stesen Alor Setar

c)

Stesen Anak Bukit

d)

Stesen Jitra

8.

“Aku menyentuh langit, melihat bandar lama. Tapi hari ini, tangkap aku dari cermin air.” Lokasi yang sesuai ialah...?

a)

Masjid Zahir

b)

Menara Alor Setar

c)

Komtar

d)

Bukit Mertajam

9.

“Kau akan menemuiku bila laut berbisik di hujung tanah. Aku tempat kapal kecil bersandar, dan matahari tenggelam jadi cerita.” Lokasi ini ialah...?

a)

Kuala Kedah

b)

Kuala Perlis

c)

Jeti Langkawi

d)

Tanjung Dawai

10.

“Berbisa, bersisik, tapi aku selamat di sini. Aku bernafas dalam kaca, bersama ratusan saudara.” Di manakah tempat ini?

a)

Taman Negara Perlis

b)

Taman Herba

c)

Taman Reptilia dan Ular

d)

Zoo Alor Setar

11.

“Masukku sempit dan gelap, aliran air sentiasa mengiringi. Keluar sahaja, kau sampai ke sempadan sunyi.” Lokasi ini ialah...?

a)

Gua Tempurung

b)

Gua Kelam

c)

Gua Batu

d)

Gua Wang Burma

12.

“Langkahmu keluar dari gua membawa ke kampung di pinggir sempadan. Namaku ibarat wang dan tempat belian.” Apakah nama kampung itu?

a)

Kampung Wang Kelian

b)

Kampung Padang Besar

c)

Kampung Wang Ulu

d)

Kampung Abi Tok Hashim

13.

“Di sini, kau tak perlu jadi raja untuk merasa anggur. Replika istana dan ladang buah jadi tarikan utama.” Ini merujuk kepada...?

a)

Taman Negeri Perlis

b)

Ladang Anggur Perlis

c)

Istana Arau

d)

Galeri Diraja Perlis

14.

“Negara jiran di hadapan, jualan murah jadi idaman. Tapi hari ini, kau cari kasut kiri sahaja.” Lokasi paling tepat ialah...?

a)

Arau

b)

Kuala Perlis

c)

Wang Kelian

d)

Padang Besar

15.

“Untuk baca aku, hanya kamera kau perlu buka. Di sebalik kod ini, petunjuk tersembunyi.” Kod apakah ini?

a)

Poskod

b)

Kod QR

c)

Kod Morse

d)

Kod Rahsia