wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BM TAHAP 2

Total questions: 170

Worksheet time: 1hrs 15mins

Name
Class
Date
1.

Sakinah dan Balqis sangat rapat. Mereka seperti____________________________________.

a)

anjing dengan kucing

b)

aur dengan tebing

c)

isi dengan kuku

d)

cincin dan permata

2.

Kawasan istana itu______________dengan cahaya lampu.

a)

gelap-gelita

b)

gilang-gemilang

c)

hingar-bingar

d)

terang-benderang

3.

Ainul membeli tiga ______________ durian di Pasar Tani Taman Mutiara Rini.

a)

ulas

b)

biji

c)

pangsa

d)

butir

4.

Zikrullah digelar _____________ oleh rakan-rakannya kerana dia suka membaca buku.

a)

ulat bulu

b)

ulat buku

c)

ringan tulang

d)

berat tulang

5.

Fattah Amin kelihatan _________ apabila memakai baju kemeja.

a)

anggun

b)

segak

c)

comel

d)

muda

6.

Anis menyimpan __________ yang diberi oleh ibunya ke dalam tabung.

a)

wang saku

b)

wang pusaka

c)

wang pampasan

d)

duit kopi

7.

Mangsa-mangsa banjir ________________ air untuk mncari tempat perlindungan sementara

a)

melintasi

b)

menyeberangi

c)

mengharungi

d)

melalui

8.

Encik Danish melayan para pelanggan yang datang ke gerainya dengan ____________.

a)

kalut

b)

mesra

c)

tenang

d)

gopoh

9.

Ayah bersetuju dengan ___________ Arissa untuk pulang ke kampung menziarahi nenek pada hujung minggu ini.

a)

rancangan

b)

bayangan

c)

sepakat

d)

pendapat

10.

Pekerja kantin sekolah itu _______________ lantai kantin supaya bersih.

a)

mengelap

b)

mencuci

c)

membasuh

d)

mengemop

11.

Doktor Aleeya menjelaskan _____________ air merupakan salah satu keperluan hidup yang penting dalam kehidupan seharian.

a)

bahawa

b)

untuk

c)

agar

d)

yang

12.

Pak Amin _____________ sayur-sayuran untuk dijual di pasar malam.

a)

membawa

b)

menggalas

c)

mengandar

d)

menjinjing

13.

Puan Aisyah sedang ______________ pau untuk tetamu yang datang ke rumahnya.

a)

memasak

b)

mengukus

c)

mereneh

d)

mencelur

14.

Aqil _____________ air yang diisi di dalam cerek itu.

a)

merebus

b)

menjerang

c)

menanak

d)

mereneh

15.

Nenek ______________________ daun pisang yang hendak dijadikan pembungkus lepat pisang.

a)

membakar

b)

memanggang

c)

melayur

d)

meletak

16.

Kakak menyertai pertandingan __________ kelapa semasa Hari Keluarga SK Taman Mutiara Rini.

a)

memarut

b)

mengukur

c)

mengikis

d)

mengisar

17.

Pilih ayat yang betul

a)

Rumah Auni terletak antara balai polis dan hospital.

b)

Azman telah tinggal di kampung itu sehingga dua tahun yang lalu.

c)

Puan Seri menjahit sepasang baju kurung untuk anak-anaknya.

d)

Budak lelaki itu menemukan bungkusan yang terkandung wang itu.

18.

Pilih ayat yang betul.

a)

Semua murid-murid diingatkan supaya belajar bersungguh-sungguh.

b)

Di hujung minggu,kami selalu bergotong-royong mengemas rumah.

c)

Oleh kerana hari hujan,Adam tidak dapat ke sekolah.

d)

Banglo yang terletak di atas bukit itu tinggi nilainya.

19.

“Izinkan____________ menumpang di rumah tuan hamba,” kata lelaki tua itu kepada Panglima Awang.

a)

patik

b)

hamba

c)

beta

d)

tuanku

20.

“ _____akan menurut perintah tuanku,” kata Hang Tuah kepada sultan.

a)

Baginda

b)

Beta

c)

Hamba

d)

Patik

21.

Petani memasang _______ di tengah sawah untuk menakutkan burung.

a)

layang-layang

b)

rerama

c)

pepatung

d)

orang-orang

22.

Pak Mus suka makan sup ____ ikan.

a)

dedaun

b)

bebola

c)

jejari

d)

kekabu

23.

Mereka ketawa _________ apabila menonton filem Sarjan Stuby.

a)

teresak-esak

b)

terkebil-kebil

c)

terbahak-bahak

d)

tergelak-gelak

24.

Ada sebuah busut ________ di bawah pokok ketapang itu.

a)

jentik-jentik

b)

pijat-pijat

c)

kura-kura

d)

anai-anai

25.

Zuzuzu menangis _________ apabila menyedari cintanya terhadap pemuda itu tidak berbalas.

a)

tercungap-cungap

b)

teresak-esak

c)

tersipu-sipu

d)

terbahak-bahak

26.

Posmen itu lari ________ apabila dikejar seekor anjing liar.

a)

riuh-rendah

b)

kumat-kamit

c)

lintang-pukang

d)

haru-biru

27.

Kilang tayar itu mengeluarkan _______ asap ke udara.

a)

bergumpal-gumpal

b)

berkepul-kepul

c)

bersimpul-simpul

d)

berketul-ketul

28.

Bantal yang berisi _____ itu lembut sekali.

a)

dedaun

b)

bebiri

c)

bebola

d)

kekabu

29.

Sebilangan besar murid sekolah itu mengalami ______ akibat keracunan makanan.

a)

hina-dina

b)

lemah-longlai

c)

cirit-birit

d)

lemah-gemalai

30.

Rambut budak lelaki itu tidak pernah disisir sejak PKP. Rambutnya kelihatan _______.

a)

kusut-masai

b)

compang-camping

c)

comot-momot

d)

carca-marba

31.

NAMA SEKOLAH SAYA ______________ SK USJ 20 DAN TERLETAK DI SUBANG JAYA.

a)

ADALAH

b)

IALAH

c)

IANYA

d)

IAITU

32.

HADIAH YANG AYAH BELI INI ___________ UNTUK ADIK YANG CEMERLANG DALAM PEPERIKSAAN.

a)

ADALAH

b)

IALAH

c)

YANG

d)

TIDAK

33.

______________ SAYA YANG TIDAK MENUTUP SUIS KIPAS INI.

a)

TIDAK

b)

IA

c)

BUKAN

d)

YANG

34.

ALI DAN ABU _______________ HADIR KE SEKOLAH PADA HARI INI KERANA MENGHADIRI SEMINAR UPSR DI SEKOLAH LAIN.

a)

BUKAN

b)

MUNGKIN

c)

HARAP

d)

TIDAK

35.

SAYA AMBIL TUKUL ITU_____________ DARI BILIK RBT.

a)

BUKAN

b)

TIDAK

c)

YANG

d)

IALAH

36.

RUMAH TUMPANGAN YANG KITA DUDUK KELMARIN______________BESAR SANGAT TETAPI SELESA.

a)

BUKAN

b)

TIDAK

c)

IALAH

d)

ADALAH

37.

TUGAS KAMU____________ MENCATAT NAMA MURID-MURID YANG BISING SEMASA CIKGU LAMBAT MASUK KE KELAS.

a)

ADALAH

b)

YANG

c)

IALAH

d)

IA

38.

PERSEMBAHAN YANG DIBUAT OLEH MEREKA _____________SANGAT MENGAGUMKAN PARA HADIRIN.

a)

IALAH

b)

AGAK

c)

ADALAH

d)

PALING

39.

ATHIRAH DUDUK_____________ BATRISYIA DAN FILZAH SEMASA DI DALAM KELAS 6 JUPITER.

a)

DI ANTARA

b)

ANTARA

c)

DALAM

d)

DI DALAM

40.

________________ BARANG YANG PERLU DIBELI OLEH AYAH IALAH KUNYIT, LENGKUAS DAN HALIA. AYAH KELIRU KERANA BENTUKNYA SEAKAN-AKAN SAMA.

a)

DI ANTARA

b)

ANTARA

c)

SITU

d)

SINI

41.

__________________ ABANG DENGAN ADIK, TERNYATA ADIK LEBIH BIJAK KERANA TAHU MEMBEZAKAN DAUN SUP DENGAN DAUN KETUMBAR.

a)

DI ANTARA

b)

PADA

c)

ANTARA

d)

KEPADA

42.

IBU BUKAN SAHAJA PANDAI MEMASAK MALAHAN PANDAI_____________ PETI AIS YANG ROSAK AKIBAT KERAP DIBUKA OLEH ABANG DAN ADIK SEMASA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN DIJALANKAN OLEH KERAJAAN MALAYSIA.

a)

MEMPERBAIKI

b)

MEMPERBAIK

c)

MEMPERCANTIK

d)

MEMPERKEMAS

43.

KERJA-KERJA _______________ JALAN RAYA ITU SEDANG GIAT DIJALANKAN WALAUPUN DALAM KEADAAN PANAS TERIK.

a)

MEMPERLEBAR

b)

MEMPERLEBARKAN

c)

MEMPERDALAM

d)

MEMPERDALAMKAN

44.

SEKUMPULAN IBU BAPA SEDANG______________ KELAS 6 MERCURY SUPAYA SUASANA LEBIH KONDUSIF.

a)

MEMPERCANTIKKAN

b)

MEMPERINDAH

c)

MEMPERINDAHKAN

d)

MEMPERCANTIK

45.

MINYAK KELAPA ITU SUDAH _____________ KERANA SUDAH LAMA.

a)

HAPAK

b)

HAMIS

c)

TENGIK

d)

KOHONG

46.

KAKAK TIDAK SUKA MAKAN IKAN MASIN KERANA BAUNYA YANG_____________.

a)

HAMIS

b)

HANYIR

c)

HANGIT

d)

HAPAK

47.

KANDANG ATUK BERBAU___________ KERANA SEEKOR DARIPADA KERBAU ATUK TELAH LAMA MATI AKIBAT VIRUS CORONA.

a)

HANCING

b)

KOHONG

c)

TENGIK

d)

HAMIS

48.

LIDAH LOFA ____________ SELEPAS MEMAKAN SEPOTONG NANAS MUDA.

a)

PIJAR

b)

PEDAR

c)

LIDAS

d)

KERAS

49.

TANGAN NAUFAL TERASA____________ SELEPAS MENOLONG IBUNYA MENGHIRIS CILI DI DAPUR.

a)

PIJAR

b)

LIDAS

c)

PEDAR

d)

BERGETAR

50.

FAHIM DAN HARRAZ _____________ AMRI YANG PENGSAN DI PADANG KERANA PENGUSUNG TELAH PATAH.

a)

MENANDU

b)

MENGUSUNG

c)

MEMAPAH

d)

MEMIKUL

51.

Pasukan kami akan mengikuti ekspedisi ........................ hutan belantara.

a)

meredah

b)

memintas

c)

merempuh

d)

meneroka

52.

Posmen itu ...................... sepucuk surat kepada Ahmad Faris.

a)

meletakkan

b)

melepaskan

c)

mengeluarkan

d)

menyerahkan

53.

Dia berjalan dengan berhati - hati di atas batas supaya tidak......................... ke dalam sawah.

a)

terjerumus

b)

terjunam

c)

terjerut

d)

tertolak

54.

Minyak kelapa yang sudah .......... itu dibuang oleh ibu.

a)

hanyir

b)

masam

c)

tengik

d)

basi

55.

Saya suka akan keropok kentang yang ........... dan enak itu.

a)

rapuh

b)

gembur

c)

empuk

d)

ranggup

56.

Pihak polis telah ......................... tiga orang pemuda yang menculik Mei Mei.

a)

mengikat

b)

merampas

c)

memberkas

d)

membungkus

57.

Wajahnya................setelah seminggu sakit.

a)

pucat

b)

masam

c)

sayu

d)

layu

58.

Para bakal haji ....................... selama dua jam kerana perubahan jadual perjalanan.

a)

tersekat

b)

terhenti

c)

tertunggu

d)

terkandas

59.

Kemalangan di jalan utama itu telah menyebabkan kenderaan yang melalui jalan itu...................

a)

terkandas

b)

tersekat

c)

terperangkap

d)

terhumban

60.

Juruacara majlis memulakan ucapannya dengan beberapa................... pantun.

a)

baris

b)

petikan

c)

rangkap

d)

perenggan

61.

Semua harta benda mereka .................... dalam kebakaran itu.

a)

ranap

b)

musnah

c)

hancur

d)

remuk

62.

Pohon kelapa yang tumbang itu ................... kandang kambing.

a)

menghantuk

b)

menghempap

c)

menghentak

d)

menghempas

63.

Perdana Menteri menyatakan bahawa keadaan ekonomi negara kita masih.............................. .

a)

kuat

b)

padu

c)

padat

d)

kukuh

64.

Encik Abdul Razak terpaksa .......................... pelbagai cabaran sebelum berjaya dalam perniagaannya.

a)

menjalani

b)

mendalami

c)

mengharungi

d)

menyelubungi

65.

..................... yang dialaminya tidak melemahkan semangatnya untuk terus mengejar peragut itu.

a)

Kemusnahan

b)

Kelemahan

c)

Kecederaan

d)

Kekuatan

66.

Adik...kulit epal sebelum dimakan.

a)

mengupas

b)

menyiat

c)

melapah

67.

Emak....nasi di dapur sambil mendengar radio.

a)

menjerang

b)

menanak

c)

merebus

68.

Kakak.......kain di luar rumah.

a)

membaling

b)

membentang

c)

menyidai

69.

Pameran batik itu mendapat sambutan _______daripada orang ramai.

a)

dingin

b)

panas

c)

hangat

d)

hambar

70.

Badan adik terasa ________ kerana bermain di kawasan semak-samun.

a)

gatal

b)

kurus

c)

cantik

d)

payau

71.

Biskut yang dibuat oleh Shasha _______kerana dibakar terlalu lama.

a)

hangus

b)

kering

c)

rosak

d)

lemau

72.

Encik Muhaimin berdoa ________ keluarganya sentiasa sihat.

a)

A untuk

b)

B jikalau

c)

C bahawa

d)

D semoga

73.

Pak Cik Izzat menebas semak-samun _________ isterinya menyapu sampah.

a)

A apabila

b)

B manakala

c)

C walaupun

d)

D sedangkan

74.

Aiman Zakhwan tetap dengan pendiriannya untuk berhijrah ke bandar __________ ditentang oleh ibunya.

a)

A sementara

b)

B walaupun

c)

C sejak

d)

D agar

75.

Nek Lijah memasukkan ______ ketika menyediakan hidangan tradisional untuk keluarganya.

a)

kayu-kayan

b)

rempah-ratus

c)

rumput-rampai

d)

sayur-mayur

76.

Murid-murid akan mendapat manfaat jika mereka menyertai kegiatan kokurikulum di sekolah.Pilih perkataan sinonim bagi manfaat.

a)

rezeki

b)

balasan

c)

peranan

d)

faedah

77.

Ayah membeli _________ ekor ayam kampung di ladang Abang Halim untuk majlis kesyukuran di rumah kami.

a)

setiap

b)

segala

c)

sepertiga

d)

beberapa

78.

Sultan Alauddin sungguh _________ dengan tindakan laksamana kerana tidah mendengar perintah baginda.

a)

murka

b)

derhaka

c)

dukacita

d)

sukacita

79.

1. Encik Hassan terlibat dalam kemalangan jalan raya pada pagi tadi. Peribahasa yang sesuai dengan situasi di atas ialah

a)

malang tidak berbau

b)

sikit-sikit lama-lama jadi bukit

c)

hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri

d)

alah membeli menang memakai

80.

3. Atan berjaya di tangkap oleh pihak polis selepas beberapa kali terlepas apabila melakukan rompakan. Peribahasa yang sesuai untuk situasi ini adalah

a)

alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan

b)

bersatu kita teguh, bercerai kita ronoh

c)

alah membeli menang memakai

d)

sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua

81.

6. Hubungan Alia dan Maria seperti _______________ kerana sentiasa bersama-sama.

a)

isi dengan kuku

b)

anjing dengan bayang-bayang

c)

anjing dengan kucing

d)

pinang dibelah dua

82.

Kami tidak menyebelahi _________ pihak dalam pertikaian tersebut kerana tidak mahu hubungan mereka menjadi lebih buruk .

a)

apa - apa

b)

bila - bila

c)

siapa - siapa

d)

mana - mana

83.

Pak Farhad __________ buluh - buluh kecil itu untuk membuat sangkar burung .

a)

meraut

b)

mengikis

c)

mengukir

d)

mengetam

84.

Pilih simpulan bahasa yang sesuai bagi mengisi tempat kosong .


Encik Sulaiman ___________ kerana terpaksa meluluskan projek itu atas arahan ketuanya meskipun terdapat banyak masalah .

a)

seperti cacing kepanasan

b)

seperti ayam berak kapur

c)

seperti tikus jatuh ke beras

d)

seperti kerbau dicucuk hidung

85.

Pemuda itu berasa megah apabila diberikan layanan demikian ketika berkunjung ke rumah orang kaya itu .


Pilih perkataan antonim bagi megah .

a)

riang

b)

hebat

c)

malu

d)

sedih

86.

Pilih ayat - ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul .

I. Nenek tidak makan sambal udang itu kerana terlalu pedas .


II. Kaki saya yang melecat ini pedas apabila dicuci oleh jururawat dengan ubat luka .


III. Hati Zafirul pedas apabila permohonannya untuk menyambung pelajaran ke universiti ditolak .


IV. Lelaki itu mengeluarkan kata - kata yang pedas apabila keretanya tidak melunaskan pinjaman .

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

I dan IV

d)

III dan IV

87.

Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya yang diberikan ?


Siapakah yang layak menyertai rombongan ini ?

a)

Mereka menyertai rombongan ini selama empat hari tiga malam .

b)

Rombongan ini diadakan semasa cuti pertengahan penggal dua .

c)

Rombongan ini dianjurkan oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru sekolah kami .

d)

Hanya murid - murid perempuan Tahap Dua boleh memohon untuk meyertai rombongan ini .

88.

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan .


Pokok yang tinggi itu telah ditebang oleh abang dan ayah dengan parang yang tajam .

a)

Abang dan ayah telah menebang pokok yang tinggi itu dengan parang .

b)

Pokok yang tinggi itu telah ditebang oleh abang dengan parang milik ayah .

c)

Ayah telah menebang pokok dengan parang sambil dibantu oleh abang yang tinggi .

d)

Abang telah diminta oleh ayah untuk menebang pokok yang tinggi itu dengan parang .

89.

Pilih ayat yang betul .


I. Yang ini lebih cantik daripada yang itu .


II. Aduh , sakitnya perutku selepas makan mi goreng ini !


III. Semua orang mangsa banjir itu dibenarkan untuk pulang ke rumah masing - masing .


IV. Harga barang - barang keperluan dapur sangat mahal sekarang mengapakah ?

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

I dan IV

d)

III dan IV

90.

Sakinah dan Balqis sangat rapat. Mereka seperti____________________________________.

a)

anjing dengan kucing

b)

aur dengan tebing

c)

isi dengan kuku

d)

cincin dan permata

91.

Pak Amin _____________ sayur-sayuran untuk dijual di pasar malam.

a)

membawa

b)

menggalas

c)

mengandar

d)

menjinjing

92.

Nenek ______________________ daun pisang yang hendak dijadikan pembungkus lepat pisang.

a)

membakar

b)

memanggang

c)

melayur

d)

meletak

93.

Kakak menyertai pertandingan __________ kelapa semasa Hari Keluarga SK Taman Mutiara Rini.

a)

memarut

b)

mengukur

c)

mengikis

d)

mengisar

94.

Pilih ayat yang betul.

a)

Semua murid-murid diingatkan supaya belajar bersungguh-sungguh.

b)

Di hujung minggu,kami selalu bergotong-royong mengemas rumah.

c)

Oleh kerana hari hujan,Adam tidak dapat ke sekolah.

d)

Banglo yang terletak di atas bukit itu tinggi nilainya.

95.

Pak Mus suka makan sup ____ ikan.

a)

dedaun

b)

bebola

c)

jejari

d)

kekabu

96.

Nek Lijah memasukkan ______ ketika menyediakan hidangan tradisional untuk keluarganya.

a)

kayu-kayan

b)

rempah-ratus

c)

rumput-rampai

d)

sayur-mayur

97.

Yasmin berasa _______ bahawa dia akan berjaya dalam perlawanan squasy itu kerana dia telah berlatih dengan gigihnya.

a)

yakin

b)

selesa

c)

bangga

d)

tenteram

98.

Humaira melambai-lambaikan tangannya ______ melihat kami berjalan ke arahnya.

a)

atau

b)

tetapi

c)

sambil

d)

apabila

99.

Gubahan bunga daripada tampuk kelapa ini merupakan _______ kakak saya.

a)

lepas tangan

b)

bekas tangan

c)

campur tangan

d)

panjang tangan

100.

Murid-murid akan mendapat manfaat jika mereka menyertai kegiatan kokurikulum di sekolah.Pilih perkataan sinonim bagi manfaat.

a)

rezeki

b)

balasan

c)

peranan

d)

faedah

101.

Pemuda itu percaya_____ projek penternakan ikannya akan berjaya.

a)

yang

b)

untuk

c)

kerana

d)

bahawa

102.

_________ memajukan bidang pertanian,para petani digalakkan menggunakan teknologi moden.

a)

Walaupun

b)

Hingga

c)

Yang

d)

Untuk

103.

Banjir_______ melanda Kampung Aman telah merosakkan tanaman penduduk.

a)

bahawa

b)

ketika

c)

yang

d)

untuk

104.

Para petani perlu yakin_______ bidang pertanian menjanjikan pendapatan yang lumayan kepada mereka.

a)

walaupun

b)

bahawa

c)

untuk

d)

yang

105.

Memang_____ Abang Shahrul mengusahakan penternakan ikan keli.

a)

bukan

b)

benar

c)

tidak

d)

ya

106.

Ayah membeli _________ ekor ayam kampung di ladang Abang Halim untuk majlis kesyukuran di rumah kami.

a)

setiap

b)

segala

c)

sepertiga

d)

beberapa

107.

Ibu menyuruh kakak mencuci tandas supaya tidak berbau_______.

a)

hapak

b)

tengik

c)

hanyir

d)

hancing

108.

Gerai itu menjual ________ jenis kerepek seperti kerepek ubi kayu,kerepek ubi keledek,dan kerepek pisang.

a)

pelbagai

b)

segelintir

c)

setengah

d)

berbagai

109.

Sultan Alauddin sungguh _________ dengan tindakan laksamana kerana tidah mendengar perintah baginda.

a)

murka

b)

derhaka

c)

dukacita

d)

sukacita

110.

Ryan menggunakan________ untuk menjawab soalan-soalan Matematik yang diberikan oleh gurunya.

a)

kisi-kisi

b)

siku-siku

c)

kuda-kuda

d)

dekak-dekak

111.

1. Encik Hassan terlibat dalam kemalangan jalan raya pada pagi tadi. Peribahasa yang sesuai dengan situasi di atas ialah

a)

malang tidak berbau

b)

sikit-sikit lama-lama jadi bukit

c)

hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri

d)

alah membeli menang memakai

112.

2. Penduduk di negeri Kelantan dan Terengganu sudah bersedia menghadapi musim banjir pada tahun ini. Peribahasa yang sesuai untuk menggambarkan situasi tersebut adalah

a)

alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan

b)

sikit-sikit lama-lama menjadi bukit

c)

sediakan payung sebelum hujan

d)

seperti mencurah air ke daun keladi.

113.

3. Atan berjaya di tangkap oleh pihak polis selepas beberapa kali terlepas apabila melakukan rompakan. Peribahasa yang sesuai untuk situasi ini adalah

a)

alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan

b)

bersatu kita teguh, bercerai kita ronoh

c)

alah membeli menang memakai

d)

sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua

114.

4. Akmal tidak pernah mendengar nasihat ibu bapa dan guru-gurunya supaya rajin belajar. Sikapnya itu seperti __________________

a)

mencurahkan air ke daun keladi

b)

cubit paha kanan, paha kiri pun terasa sakit sekali

c)

langit dengan bumi

d)

kera mendapat bunga

115.

5. Murid kelas 5 Cemerlang seperti ________________ semasa membersihkan kelas.

a)

anjing dengan kucing

b)

isi dengan kuku

c)

aur dengan tebing

d)

kera mendapat bunga

116.

6. Hubungan Alia dan Maria seperti _______________ kerana sentiasa bersama-sama.

a)

isi dengan kuku

b)

anjing dengan bayang-bayang

c)

anjing dengan kucing

d)

pinang dibelah dua

117.

7. Pengantin yang sedang bersanding itu sangat sepadan seperti ____________________

a)

aur dengan tebing

b)

cincin dengan permata

c)

tikus membaiki labu

d)

langit dengan bumi

118.

8. Puan Rohaya suka membeli beg berjenama yang mahal harganya kerana beliau berpendapat _____________________________ .

a)

alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan

b)

sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua

c)

sikit-sikit lama-lama menjadi bukit

d)

alah membeli menang memakai

119.

9. Puan Hasnah menitikberatkan pembelajaran anak-anaknya sejak kecil lagi. Sikap ini seperti _______________________________ .

a)

melentur buluh biarlah dari rebungnya

b)

katak di bawah tempurung

c)

cincin dengan permata

d)

sikit-sikit lama-lama menjadi bukit.

120.

10. Situasi ini menggambarkan ramai orang dapat bekerja di kilang itu sejurus ia dibuka. Ini bertepatan dengan peribahasa, ____________________________

a)

ada udang disebalik batu

b)

di mana ada gula, di situ ada semut

c)

menanam tebu di tepi bibir

d)

di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung

121.

11. Encik Khalid dan keluarganya kembali ke Malaysia setelah 20 tahun menetap di luar negara. Kepulangan mereka ibarat ____________________

a)

tikus jatuh ke beras

b)

sirih pulang ke gagang

c)

biar lambat asalkan selamat

d)

di mana bumi dipijak, di situ langit di junjung

122.

12. Nyawa Pak Salleh ibarat __________________ apabila selaras senapang diacukan pada kepalanya oleh tentera Jepun.

a)

telur di hujung tanduk

b)

mencurah air ke daun keladi

c)

tikus membaiki labu

d)

lembu dicucuk hidung

123.

13. Amin mengikut sahaja segala perintah Datuk Khairul tanpa membantahnya seperti _________________

a)

mencurah air ke daun keladi

b)

ayam berak kapur

c)

lembu dicucuk hidung

d)

tikus jatuh ke beras

124.

14. Jangan percaya dengan kata-kata yang diluahkan oleh pemuda itu kerana kata-katanya ibarat _____________________

a)

masuk telinga kanan, keluar telinga kiri

b)

bagaimana acuan, begitulah kuihnya

c)

menanam tebu di tepi bibir

d)

banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam

125.

15. Syakila baru pertama kali menjejakkan kaki ke Kuala Lumpur setelah tinggal lama di kampung. Dia terpinga-pinga kehairanan seperti _________________

a)

rusa masuk kampung

b)

langit dengan bumi

c)

katak bawah tempurung

d)

orang mengantuk disorongkan bantal

126.

16. Malik selalu digelar ______________ kerana tidak suka bergaul dengan rakan-rakan sekelasnya.

a)

kaki bangku

b)

ringan tulang

c)

kera sumbang

d)

mulut tempayan

127.

17. Raisha tidak disukai oleh rakan-rakannya kerana sikapnya yang tidak boleh menyimpan rahsia. Dia digelar _________________

a)

mulut murai

b)

mulut tempayan

c)

kaki tidur

d)

ringan tulang

128.

18. Encik Hafiz membawa keluarganya pergi _____________ di Melaka.

a)

bawa diri

b)

makan angin

c)

alas perut

d)

langkah kanan

129.

19. Sikap Hairuddin _______________________________________ kerana tidak lagi mempedulikan keluarganya di kampung apabila sudah berjaya dan menjadi kaya-raya.

a)

seperti mencurah air ke daun keladi

b)

seperti tikus jatuh ke beras

c)

seperti kacang melupakan kulit

d)

seperti katak di bawah tempurung

130.

20. Wajah Lisa pucat _________________ kerana demam dan tidak makan selama dua hari.

a)

seperti ayam berak kampung

b)

seperti isi dengan kuku

c)

seperti duri dalam daging

d)

seperti cincin dengan permata

131.

Adik...kulit epal sebelum dimakan.

a)

mengupas

b)

menyiat

c)

melapah

132.

Emak....nasi di dapur sambil mendengar radio.

a)

menjerang

b)

menanak

c)

merebus

133.

Kakak.......kain di luar rumah.

a)

membaling

b)

membentang

c)

menyidai

134.

Nenek menyuruh kakak.......air di dapur.

a)

menjerang

b)

menanak

c)

merebus

135.

Siti suka......kek keju yang dibuat oleh ibu.

a)

mengigit

b)

makan

c)

menjilat

136.

Abang.........ikan yang dibeli oleh ayah di kedai Pak Man.

a)

melapah

b)

membasuh

c)

menyiang

137.

Adik.......masuk ke dalam rumah apabila mendengar suara ayah.

a)

melompat

b)

berlari

c)

jalan

138.

Siti........baju sekolahnya menggunakan sabun Fab.

a)

menggosok

b)

membasuh

c)

menjemur

139.

Kakak......kerja kursus yang diberi oleh gurunya menggunakan komputer.

a)

menaip

b)

membaca

c)

menyalin

140.

Suraya dan May Lin........basikal ke sekolah yang terletak berhampiran rumah mereka.

a)

membawa

b)

memandu

c)

mengayuh

141.

Manakah ejaan yang betul ?

a)

pensil

b)

pensel

142.

Manakah ejaan yang betul ?

a)

boling

b)

bowling

143.

Manakah ejaan yang betul?

a)

selsema

b)

selesema

c)

seleseme

144.

Ejaan yang betul bagi gambar ini ialah

a)

baulu

b)

bahulu

c)

baolu

d)

bahalu

145.

Manakah ejaan yang betul?

a)

erobik

b)

aerobik

c)

earobik

146.

Ejaan yang betul bagi gambar ini ialah

a)

begedil

b)

bergedil

c)

bergedel

d)

burger dil

147.

Manakah ejaan yang betul ?

a)

kerinting

b)

keriting

148.

Manakah ejaan yang betul ?

a)

limau kasturi

b)

limau kesturi

149.

Ejaan yang betul bagi gambar ini ialah

a)

donut

b)

donnut

c)

donat

150.

Manakah ejaan yang betul ?

a)

ping pong

b)

pingpong

151.

Manakah ejaan yang betul ?

a)

stokin

b)

stoking

152.

Manakah ejaan yang betul ?

a)

cef

b)

chef

c)

cyef

153.

Kenal pasti ejaan yang tepat

a)

ihsan

b)

ehsan

c)

ihsang

154.

Perkataan yang dieja dengan tepat

a)

sekala

b)

baucer

c)

losen

d)

kecantikkan

155.

Ejaan yang salah

a)

akauntan

b)

keluar negera

c)

diperbaharu

d)

calon

156.

Ejaan yang salah

a)

akauntan

b)

keluar negera

c)

diperbaharu

d)

calon

157.

Ejaan yang betul

a)

merbahaya

b)

berbahaya

158.

Ejaan yang betul

a)

mempastikan

b)

keibu bapaan

c)

ketrampilan

d)

dikemaskinikan

159.

Ejaan yang betul

a)

mempastikan

b)

keibu bapaan

c)

ketrampilan

d)

dikemaskinikan

160.

automatif

a)

automatif

b)

automotif

c)

autometif

161.

Amir sangat _______ kerana mendapat keputusan yang tidak begitu cemerlang dalam UPSR.

a)

segan

b)

benci

c)

marah

d)

kecewa

162.

Walaupun datuk Danial sudah tua, kulitnya masih ___________ .

a)

teguh

b)

tegang

c)

tegap

d)

tegar

163.

Saya tidak akan _________ seandainya dia berterus terang.

a)

ragu

b)

marah

c)

dendam

d)

bimbang

164.

Abang saya kelihatan sungguh __________apabila berbaju Melayu dan bersamping.

a)

Jelita

b)

gagah

c)

kacak

d)

cantik

165.

Pameran batik itu mendapat sambutan _______daripada orang ramai.

a)

dingin

b)

panas

c)

hangat

d)

hambar

166.

Badan adik terasa ________ kerana bermain di kawasan semak-samun.

a)

gatal

b)

kurus

c)

cantik

d)

payau

167.

Jari kakak luka kerana terkena pisau yang _________itu.

a)

tumpul

b)

tajam

c)

panjang

d)

nipis

168.

Biskut yang dibuat oleh Shasha _______kerana dibakar terlalu lama.

a)

hangus

b)

kering

c)

rosak

d)

lemau

169.

Latihan bola sepak akan diadakan pada petang ini sekiranya cuaca ________.

a)

cerah

b)

mendung

c)

basah

d)

ribut

170.

Murid itu mengikat tali kasutnya dengan ________supaya tidak mudah terurai.

a)

kukuh

b)

teguh

c)

kemas

d)

perlahan