WorksheetsTrend Persekitaran Perniagaan
Total questions: 25
Worksheet time: 13mins
Apakah yang dimaksudkan dengan guna tenaga?
Pekerja yang menyumbangkan tenaga untuk mengeluarkan produk
Pekerja yang menyumbangkan tenaga fizikal dan mental dalam sesuatu pekerjaan
Pekerja yang berkerja untuk mendapatkan pendapatan isi rumah
Pekerja yang bekerja untuk mendapatkan sesuatu yang diingini
Fokus penggunaan tenaga kerja untuk pembangunan negara adalah penekanan tenaga kerja dalam sektor __________ & ___________.
Pengeluaran & Penyelidikan
Perkhidmatan & Pengeluaran
Penyelidikan & Penghasilan
Profesional & Penyelidika
Perubahan dalam tenaga kerja berlaku seiring dengan perkembangan ___________.
Ekonomi
Pendapatan
Teknologi
Trend
Maklumat di bawah ini berkaitan dengan trend perniagaan
Trend meningkat dalam persekitaran perniagaan menunjukkan aktiviti dan operasi perniagaan semakin meningkat.
Faktor dalaman manakah yang membawa kepada keadaan tersebut?
Keadaan ekonomi semakin pesat
Perkembangan teknologi terkini
Jaringan perniagaan yang positif
Pengurusan cekap
Antara yang berikut, manakah yang merupakan faktor luaran yang membawa kepada trend menurun dalam perniagaan?
I- Bencana Alam atau Covid-19
II- Keadaan ekonomi yang perlahan
III- Sumber manusia yang kurang produktif
IV- Aktiviti pemasaran yang kurang berkesan
I dan III
I dan II
II dan III
I dan IV
Bagaimanakah cara untuk menangani masalah trend mendatar dalam perniagaan?
I - Mencari pasaran baharu
II - Meningkatkan daya saing
III - Mengurangkan bilangan pekerja
IV- Membuat penambahbaikan pada barang
I, II dan IV
I, III dan IV
I, II dan IV
II, III dan IV
Apakah yang menyebabkan trend guna tenaga di negara maju semakin berkurang?
Banyak terlibat dalam aktiviti sektor utama
Perkembangan dalam teknologi
Tidak terlibat dalam bidang profesional
Banyak perniagaan mengurangkan operasi pengeluaran
Apakah yang dimaksudkan dengan trend persekitaran perniagaan?
Arah Aliran Perkembangan Sesuatu Syarikat
Arah Aliran Perkembangan Sesuatu Perniagaan
Arah Aliran Masuk Sesuatu Perniagaan
Arah Aliran Masuk Perkembangan Sesuatu Perniagaan
Berikut adalah faktor dalaman yang menyebabkan berlaku trend meningkat KECUALI...
Pengurusan Cekap & Sistematik
Pekerja Bermotivasi Tinggi & Berdisiplin
Modal Kewangan Banyak
Penawaran Barang/ Perkhidmatan Lebih Banyak
Antara faktor luaran yang menyebabkan berlaku trend menurun ialah...
Pendapatan Isi Rumah yang Rendah
Kadar Pengangguran Terlalu Tinggi
Pelabur Asing Tidak Membuat Pelaburan
Sistem Perundangan yang Tidak Stabil
Peniaga perlu meningkatkan daya saing dan membuat penambahbaikan pada barang dan perkhidmatan masing-masing sekiranya tidak imahu terus berada dalam keadaan....
Pasaran Asing
Pasaran tepu
Pasaran dominan
Pasaran statik
Terdapat ____ faktor yang boleh mempengaruhi trend perniagaan samada ia menunjukkan trend meningkat, trend menurun atau trend mendatar.
1
3
9
2
Maklumat yang berikut berkaitan dengan jenis trend perniagaan :
- Keadaan konsisten dalam perniagaan
- Tiada perubahan yang ketara berlaku terhadap faktor dalaman dan luaran perniagaan
Apakah jenis trend perniagaan tersebut?
Trend Meningkat
Trend Mendatar
Trend Menurun
Apakah kesan terhadap aspek pekerjaan akibat daripada pelaksanaan undang-undang berkaitan dengan perniagaan?
Meningkatkan peluang pekerjaan
Memastikan tempat kerja yang selesa
Menekankan kadar upah minimum
Menekankan diskriminasi antara pekerja
Trend persekitaran perniagaan bermaksud suatu arah aliran perkembangan sesuatu perniagaan. Pernyataan yang manakah adalah Tepat?
Trend Menurun --- Operasi perniagaan tidak stabil
Trend Mendatar ---- Operasi perniagaan tiada perubahan ketara
Trend Menurun ---- Operasi perniagaan dalam keadaan malar
Trend Meningkat --- Operasi perniagaan semakin merosot
Pilih pasangan yang benar.
Jenis Pasaran -- Pasaran untuk semua
Contoh produk -- Sabun pencuci
Jenis Pasaran -- Pasaran Kewangan
Contoh Produk -- Duit Rumah
Jenis Pasaran -- Pasaran produk
Contoh produk -- Pelaburan
Jenis Pasaran -- Pasaran untuk semua
Contoh Produk -- KFC
Bayangkan bahawa anda seorang usahawan. Apakah yang akan anda lakukan kepada produk anda bagi memastikan pasaran menjadi tidak tepu?
Naikkan harga produk untuk memaksimakan keuntungan
Mengeluarkan produk lebih banyak bagi menampung permintaan sedia ada
Mengubahsuai produk jadi lebih menarik dan pelbagai guna
Menambah pesaing sedia ada bagi merancakkan lagi pasaran
Maklumat yang berikut berkaitan dengan sejenis gaya pengurusan
DAYA PENGURUSAN
→ Pekerja diberikan kebebasan untuk membuat keputusan
→ Pengurus kurang mengawal tingkah laku pekerja
→ Objektif mungkin tidak tercapai
APAKAH GAYA PENGURUSAN BERKENAAN?
Gaya pengurusan demokratik
Gaya pengurusan autokratik
Gaya pengurusan sokongan
Gaya pengurusan Laissez-faire
Maklumat berikut berkaitan dengan satu faktor luaran yang mempengaruhi perniagaan.
" Kerajaan telah memperkenalkan cukai barang dan perkhidmatan (GST) pada kadar 6% pada 1 April 2015"
Apakah faktor luaran tersebut?
Politik dan perundangan
Sosiobudaya
Ekonomi
Teknologi
Rajah berikut berkaitan dengan campuran pemasaran.
Pernyataan manakah yang berkaitan dengan unsur yang bertanda X?
Barang perlu diedarkan ke merata-rata tempat untuk meningkatkan jualan
kos pengeluaran yang tinggi akan merugikan peniaga
Peniaga perlu menjalankan kegiatan pengiklanan untuk meningkatkan jualan
Pembungkusan penting untuk menjamin produk tahan lama
Apakah faktor luaran yang mempengaruhi perniagaan?
Sumber manusia
Pengeluaran
Politik
Kewangan
Antara yang berikut, manakah kesan trend penurunan guna tenaga?
I - Permintaan untuk barang meningkat
II - Pendapatan kerajaan akan menurun
III- Aktiviti perniagaan akan meningkat
IV- Kadar pengangguran akan meningkat
I dan II
II dan III
II dan IV
II dan III
Antara yang berikut, manakah yang merupakan kelebihan sumber manusia dalaman?
I - Semangat
II - Melahirkan idea baharu
III - Maklumat pekerja sedia ada
IV - Pekerja lebih memahami budaya organisasi
III dan IV
I dan III
II dan III
II dan IV
Encik Najib mempunyai beberapa orang pekerja yang sangat rajin, kreatif, berdisiplin dan berkemahiran. Ini telah membuatkan perniagaan restoran Encik Rahman semakin maju. Apakah trend persekitaran yang berlaku?
Trend meningkat, faktor luaran
Trend menurun, faktor luaran
Trend menurun, faktor luaran
Trend meningkat, faktor dalaman
Bagaimanakah kerajaan dapat mempengaruhi operasi sesebuah perniagaan
Memberikan khidmat nasihat kepada golongan peniaga
Mengenakan denda kepada peniaga yang tidak mengikut peraturan
Melalui penggubalan dasar dan penguatkuasaan undang-undang
Meletakkan wakil kerajaan di setiap premis perniagaan
