wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

form 2 ujian bab 1-4

Total questions: 22

Worksheet time: 19mins

Name
Class
Date
1.

Rajah berikut berkaitan dengan perubahan konsep Alam Melayu. Alam Melayu ➔ Dunia Melayu Apakah faktor yang mempengaruhi perubahan tersebut?

a)

Peredaran zaman

b)

Perubahan budaya

c)

Perubahan geografi

d)

Perubahan pentadbiran

2.

Jadual berikut menunjukkan persamaan bunyi perkataan bagi beberapa etnik di Alam Melayu. Bahasa Melayu (Malaysia): Empat Bahasa Jawa (Indonesia): Papat Tagalog (Filipina): Apat Persamaan ini menunjukkan bahawa konsep Alam Melayu:

a)

Merangkumi kawasan yang luas

b)

Dapat dilihat dari aspek penggunaan bahasa serumpun

c)

Memperlihatkan penggunaan bahasa yang tidak sama

d)

Merujuk kepada kawasan yang didiami oleh orang Melayu

3.

Pengasasaan kerajaan Majapahit berlaku pada abad ke-13 Masihi. Pusat pemerintahan kerajaan tersebut terletak di:

a)

Pangkalan

b)

Indrapura

c)

Hariharalaya

d)

Kota Trowulan

4.

Alam Melayu merangkumi gugusan kepulauan dan tanah besar di bahagian tenggara benua Asia. Istilah 'Alam Melayu' telah digunakan sejak zaman ______.

a)

A. Kesultanan Melayu Melaka

b)

B. Kesultanan Johor Riau

c)

C. Pemerintahan Belanda

d)

D. Pemerintahan British

5.

Mengapakah kerajaan Alam Melayu menjalinan hubungan dengan kerajaan China?

a)

I. Mendapatkan pengiktirafan

b)

II. Memohon bantuan ketenteraan

c)

III. Menjalin hubungan keagamaan

d)

IV. Mendapatkan utfi daripada kerajaan China

6.

Rajah berikut berkaitan dengan sistem pemerintahan yang dilaksanakan oleh kerajaan Angkor. Apakah kuasa kedua dan kuasa ketiga tersebut?

a)

I. Bangsawan

b)

II. Raja Muda

c)

III. Permaisuri

d)

IV. Pembesar

7.

Pentadbiran wilayah kerajaan Srivijaya terbahagi kepada dua iaitu Kedatuan dan Pradatuan. Berdasarkan maklumat di atas, siapakah pentadbir wilayah Pradatuan?

a)

Datu merupakan orang luar

b)

Datu yang berketurunan raja

c)

Datu merupakan rakyat biasa

d)

Datu yang bukan berketurunan raja

8.

Antara berikut, yang manakah merupakan gelaran bagi raja-raja Majapahit?

a)

I. Bodhisattva

b)

II. Rajadhiraja

c)

III. Sri Bathara

d)

IV. Maharaja

9.

Apakah tujuan baray dibina oleh kerajaan Angkor dalam memajukan bidang pertanian?

a)

Menyuburkan tanah

b)

Kolam menyimpan air

c)

Menggalakkan penduduk menanam padi

d)

Mempercepatkan percambahan padi

10.

Penduduk Majapahit menghasilkan garam, gula, pembungkusan daging kerbau dan mi daripada beras.

 Berdasarkan pernyataan di atas, apakah nilai yang dapat dikaitkan dengan masyarakat Alam Melayu?

a)

Menghargai alam sekitar

b)

Kreatif dalam penciptaan

c)

Tabah dalam menghadapi cabaran

d)

Bertoleransi dalam kehidupan

11.

Lada merupakan rempah ratus yang terdapat di Alam Melayu.

Apakah kawasan yang menanam rempah ratus tersebut?

a)

I. Jawa

b)

II. Sumatera

c)

III. Bengkulu

d)

IV. Riau

12.

Apakah kepentingan bahasa dan tulisan dalam kerajaan Alam Melayu?

a)

I. Melahirkan bakal pemerintah

b)

II. Menjadi alat komunikasi utama

c)

III. Menyimpan rekod perundangan

d)

IV. Mengembangkan aktiviti kebudayaan

13.

Maklumat berikut berkaitan dengan bahasa masyarakat kerajaan Alam Melayu. Bahasa ini menjadi bahasa utama yang digunakan secara menyeluruh oleh masyarakat kerajaan Alam Melayu. Apakah bahasa tersebut?

a)

Bahasa Sanskrit

b)

Bahasa Khmer

c)

Bahasa Jawa Kuno

d)

Bahasa Melayu Champa

14.

Maklumat berikut berkaitan dengan kerajaan Funan: Funan menggunakan kalendar Saka yang berasal dari India. Apakah yang dapat dikaitkan dengan maklumat tersebut?

a)

I. Kalendar Saka diperkenalkan oleh raja daripada Dinasti Kushan

b)

II. Kalendar Saka mengandungi 12 bulan dalam setahun

c)

III. Kalendar Saka menggunakan bahasa Sanskrit

d)

IV. Kalendar Saka menggunakan tulisan Palava

15.

Antara berikut, yang manakah merupakan peranan rakyat merdeka?

a)

Mengukuhkan sistem beraja

b)

Meningkatkan status pemilik

c)

Mendukung sistem pentadbiran kerajaan

d)

Menjadi tempat rujukan berkaitan agama

16.

Apakah bukti kewujudan pengaruh Hindu-Buddha dalam kerajaan Alam Melayu?

a)

Istana raja

b)

Perdagangan

c)

Seni bina candi

d)

Binaan baray

17.

Manakah antara berikut benar tentang pemilihan raja dalam kerajaan Alam Melayu?

a)

berasaskan keturunan

b)

wanita tidak dibenarkan memegang takhta

c)

boleh dipilih daripada golongan hamba

d)

pemilihan daripada golongan tentera

18.

Di manakah lokasi yang menjadi pilihan pemerintah kerajaan Alam Melayu untuk dijadikan pusat pemerintahan?

a)

Kaki bukit

b)

Lembah sungai

c)

Pesisiran pantai

d)

Kawasan tanah rata

19.

Mengapakah raja kerajaan Alam Melayu memerlukan golongan agama di dalam pentadbirannya?

a)

Sebagai duta negara

b)

Menjadi pentadbir kerajaan

c)

Mengukuhkan kedudukan dan takhtanya

d)

Menyebarkan kepercayaan dan ilmu agama kepada rakyat

20.

Senaraikan tiga kerajaan di Alam melayu yang muncul sekitar abad 1 hingga ke -13. [3m]

4 lines
21.

Jelaskan tentang pengasasan kerajaan Funan. [3m]

4 lines
22.

[KBAT] Pada pendapat anda, mengapakah kebanyakan kerajaan -kerajaan awal Alam Melayu bermula di lembah sungai utama? [4m]

4 lines