Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz Integriti

Total questions: 10

Worksheet time: 50mins

Name
Class
Date
1.

Anda pengurus pembelian. Sebuah pembekal menawarkan "hadiah" percutian mewah jika anda memilih syarikat mereka untuk projek bernilai RM5 juta.

a)

Terima tawaran, pilih pembekal tersebut.

b)

Tolak & laporkan pada jabatan pematuhan.

c)

Terima hadiah, tapi pilih pembekal terbaik.

2.

Anda seorang guru. Pengetua suruh naikkan markah pelajar tertentu kerana tidak mahu ada pelajar yang gagal.

a)

Tolak & hadapi risiko dipindahkan ke sekolah lain.

b)

Laporkan pada Pejabat Pendidikan Daerah.

c)

Ubah markah demi "keamanan"

3.

Anda seorang jurutera alam sekitar. Syarikat anda membuang sisa toksik secara haram, tapi CEO kata "itu biasa dalam industri".

a)

Dedahkan pada media (risiko diburu dan disaman syarikat).

b)

Buat laporan dalaman, harap HR bertindak.

c)

Diamkan demi bonus tahunan.

4.

Anda penyelia kilang. Produk anda ada kecacatan kecil, tapi membaiki semuanya akan menyebabkan syarikat rugi RM10 juta.

a)

Jual saja, harap pelanggan tidak perasan.

b)

Tarik balik produk (risiko syarikat gulung tikar).

c)

Baiki separuh, sembunyikan selebihnya.

5.

Anda pekerja IT. Syarikat pesaing tawar gaji 2x ganda jika anda beri mereka data pelanggan syarikat sekarang.

a)

Tolak & laporkan pada bos.

b)

Beri data palsu, ambil duit.

c)

Ambil tawaran, pindah kerja.

6.

Anda pengurus HR. CEO mahu memecat pekerja berumur 50+ tahun untuk jimat kos.

a)
  • Laksanakan tanpa soal.

b)

Cadangkan pilihan VSS (risiko dipecat).

c)

Laporkan kepada Jabatan Buruh.

7.

Syarikat telekom anda memotong kelajuan internet pelanggan tanpa memberitahu mereka.

a)
  • Ikut dasar syarikat.

b)
  • Beritahu pelanggan secara senyap.

c)

Viralkan

8.

Rakan sekerja kerap ambil cuti sakit palsu untuk kerja sampingan. Bos tanya anda untuk sahkan alasannya.

a)
  • Beritahu bos (dijulang "pengkhianat").

b)
  • Tutup mata ("Bukan urusan saya").

c)
  • Nasihati rakan secara private

9.

Anda saintis. Kajian menunjukkan produk kanser, tetapi syarikat mahu ubah kesimpulan untuk kelulusan FDA.

a)
  • Beri amaran secara dalaman (risiko dibuang projek).

b)
  • Manipulasi data demi kenaikan pangkat.

c)
  • Dedahkan dalam jurnal saintifik.

10.

Syarikat tetapkan KPI 200 panggilan/hari. Bos cadangkan "catat palsu" panggilan tak terjawab sebagai "berjaya".

a)
  • Adukan kepada pihak audit.

b)
  • Ikut untuk elak amaran prestasi.

c)
  • Protes dan risiko dinilai "tidak berpasukan