Font size
WorksheetsSoalan Peperiksaan Integriti
Total questions: 15
Worksheet time: 6mins
Antara agensi-agensi berikut, agensi manakah yang bertanggungjawab untuk mengendalikan dan menyiasat aduan salah laku oleh pegawai penguatkuasa agensi penguatkuasa regulatori?
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Institut Integriti Malaysia.
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.
Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan.
Antara yang berikut, agensi manakah di bawah pengawasan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan?
Jabatan Kastam Diraja Malaysia;
Jabatan Pengangkutan Jalan;
Jabatan Perhubungan Perindustrian;
Pihak Berkuasa Tempatan;
Kementerian Kesihatan (Bahagian Penguatkuasaan).
Antara berikut, yang manakah merupakan aduan yang berkaitan dengan bidang kuasa Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan?
Rasuah oleh pegawai penguatkuasa.
Kelakuan tidak wajar oleh pegawai penguatkuasa Jabatan Imigresen Malaysia.
Kelakuan tidak wajar oleh pihak berkuasa tempatan.
Rasuah oleh penjawat awam.
Fungsi-fungsi berikut adalah fungsi Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan di bawah Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan [Akta 700] KECUALI:
Menerima aduan mengenai salah laku yang berkaitan dengan pegawai penguatkuasa atau agensi penguatkuasaan regulatori.
Melakukan pemantauan dan pengauditan terhadap aspek-aspek tertentu operasi dan prosedur agensi penguatkuasaan regulatori.
Mengesyorkan langkah-langkah pentadbiran atau membantu Kerajaan dalam merumuskan perundangan untuk meningkatkan integriti dan mengurangkan salah laku pegawai penguatkuasa.
Mengambil tindakan tatatertib terhadap salah laku pegawai penguat kuasa atau agensi penguatkusaaan di bawah seliaan.
Pernyataan berikut adalah PALSU mengenai Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) KECUALI:
EAIC boleh menyiasat aduan terhadap tindakan pegawai penguatkuasaan yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
EAIC boleh menyiasat sebarang aduan yang masih dalam prosiding di mahkamah.
Pasukan siasatan EAIC mempunyai kuasa siasatan seperti yang terkandung dalam Kanun Prosedur Jenayah [Akta 593].
Ketua Pegawai Eksekutif EAIC mempunyai kuasa untuk mencari dan merampas tanpa waran.
Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) adalah Badan Berkanun Persekutuan yang ditubuhkan di bawah:
Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.
Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009.
Akta Suruhanjaya Syarikat Malaysia 2001.
Akta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia 1993.
Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009 [Akta 700] telah diwartakan pada 3 September 2009. Akta ini kemudiannya dikuatkuasakan pada:
3 Disember 2009.
1 April 2011.
23 April 2004.
5 November 2005.
Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009 [Akta 700] adalah akta yang menggantikan:
Rang Undang-Undang Suruhanjaya Aduan dan Salah Laku Polis Bebas 2005.
Rang Undang-Undang Majlis Keselamatan Negara 2005.
Akta Warisan Kebangsaan 2005.
Akta Arbitrasi 2005.
Tindakan berikut boleh diambil oleh Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) KECUALI:
Mengesyorkan hukuman tatatertib.
Merujuk aduan kepada SPRM.
Merujuk aduan kepada Pendakwa Raya.
Menjatuhkan hukuman tatatertib termasuk buang kerja
Apakah moto Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC)?
Bersih Cekap Amanah.
Tegas Telus Efisien.
Amanah Tegas Adil.
Bersama Membasmi Dadah.
Integriti adalah
Melakukan perkara yang betul depan orang
Melakukan perkara bertul untuk menunujuk di media sosial
Melakukan perkara betul walaupun tiada orang melihat
Berikut merupakan saluran yang BETUL untuk membuat aduan kepada Unit Integriti EAIC, KECUALI:
Melalui Surat / E-mel.
Hadir ke pejabat EAIC.
Melalui panggilan telefon.
Melalui Pejabat Khidmat ADUN Kawasan..
Berikut adalah perkara-perkara yang perlu dinyatakan semasa membuat aduan kepada Unit Integriti EAIC KECUALI:
Butiran pengadu.
Butiran ahli keluarga pengadu.
Butiran mengenai salah laku yang dilaporkan.
Berikut merupakan amalan yang tidak berintegriti KECUALI:
Menggunakan mesin fotostat dan pencetak pejabat untuk urusan peribadi.
Keluar makan tengah hari pada jam 12.30 tengah hari dan pulang ke pejabat jam 3.00 petang
Menghubungi Lembaga Hasil Dalam Negeri untuk semakan status cukai bagi urusan penyediaan dokumen pembayaran emolumen pegawai.
Melanggar isyarat lampu merah di jalan raya ketika tiada kenderaan lain .
Apakah implikasi perbuatan tidak berintegriti
Merapatkan hubungan antara rakan sekerja
Menjejaskan kerjaya
Mendapat Anugerah Kecemerlangan
Semakin dihormati
