wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Latihan berfokus KimiA PPT 2025

Total questions: 40

Worksheet time: 24mins

Name
Class
Date
1.

Ciri utama isotop

(2 jawapan)

a)

Bilangan proton sama

b)

Bilangan neutron sama

c)

Bilangan elektron berbeza

d)

Bilangan neutron berbeza

2.

Zarah X

proton = 9

neutron = 10

elektron = 9

Zarah Y

proton = 9

neutron = 10

elektron = 10

a)

Zarah X = atom

Zarah Y = ion

b)

Zarah X = ion

Zarah Y = atom

3.

Apakah zarah?

(3 jawapan)

a)

Atom

b)

Molekul

c)

Ion

d)

Proton

4.

Antara berikut, manakah bahan tindak balas dalam tindak balas berikut?

Mg + HCl → MgCl2 ​+ H2

a)

Mg dan HCl

b)

MgCl2 dan H2

5.

Apakah asas utama susunan unsur dalam JBU moden?

a)

Nombor jisim

b)

Nombor proton

c)

Bilangan neutron

d)

Bilangan elektron valens

6.

Antara berikut, yang manakah bukan ciri gas adi?

a)

Tidak berbau dan tidak berwarna

b)

Tidak mudah terbakar

c)

Sangat reaktif dalam udara

d)

Mempunyai takat lebur dan takat didih yang rendah

7.

Molekul yang terbentuk melalui ikatan kovalen

a)

ammonia (NH₃)

b)

natrium klorida (NaCl)

c)

asid hidroklorik (HCl)

d)

ferum

8.

Mengapa sebatian ionik seperti natrium klorida (NaCl) mempunyai takat lebur yang tinggi?

a)

Kerana ion-ionnya besar

b)

Kerana tarikan elektrostatik antara ion-ion positif dan negatif adalah kuat

c)

Kerana ia larut dengan cepat dalam air

d)

Kerana ia mempunyai ikatan kovalen

9.

Apakah teori yang mengatakan

"Asid ialah Sebatian yang mengandungi ion hidrogen (H⁺) atau proton."

a)

Teori Lewis

b)

Teori Arrhenius

c)

Teori Bronsted-Lowry

10.

Apakah kaedah yang digunakan untuk menyediakan garam tak terlarut?

a)

Penguraian

b)

Tindak balas antara asid dengan Logam

c)

Pemendapan

d)

Peneutralan

11.

Bagaimanakah perubahan luas permukaan bahan pepejal boleh mempengaruhi kadar tindak balas kimia?

a)
  • Semakin kecil luas permukaan, semakin cepat tindak balas

b)
  • Semakin besar luas permukaan, semakin cepat tindak balas

c)
  • Luas permukaan tidak memberi kesan kepada kadar tindak balas

d)
  • Luas permukaan hanya memberi kesan jika suhu tingg

12.

Bagaimanakah peningkatan tekanan dalam periuk tekanan mempengaruhi Teori Pelanggaran Berkesan?

a)
  • Meningkatkan tenaga pengaktifan tindak balas

b)
  • Menurunkan kepekatan molekul

c)
  • Meningkatkan kekerapan pelanggaran berkesan antara molekul

d)
  • Menurunkan kelajuan molekul

13.

Silika (SiO₂) merupakan komponen utama dalam pembuatan

a)

Aloi

b)

Kaca

c)

Seramik

14.

Apakah bahan tambahan yang sering digunakan dalam pembuatan kaca untuk mengurangkan suhu takat lebur silika?

a)
  • Kalsium karbonat

b)
  • Magnesium oksida

c)
  • Aluminium oksida

d)
  • Natrium karbonat

15.

Apakah yang berlaku jika elektrolit tidak ditambah dalam sel elektrolisis?

a)
  • Tiada arus elektrik boleh mengalir

b)
  • Kadar tindak balas akan meningkat

c)
  • Sel akan menghasilkan lebih banyak produk

d)
  • Kadar pelepasan gas akan berkurang

16.

Contoh tindak balas redoks (pengoksidaan dan penurunan berlaku serentak):

a)

Tindak balas antara magnesium dan oksigen

2Mg+O2​→2MgO

b)

Peneutralan

HCl +NaOH → NaCl +H2O

c)

Penguraian ganda dua

AgNO3​ + NaCl → AgCl + NaNO3

17.

Kaedah pengekstrakan logam bergantung kepada kereaktifan logam tersebut dalam siri kereaktifan. Semakin tinggi kereaktifan logam, semakin sukar ia diekstrak daripada bijihnya.

Logam manakah yang menggunakan kaedah pengestrakan seperti dalam gambar.

(2 jawapan)

a)

kalsium

b)

natrium

c)

ferum

d)

zink

18.

Antara berikut, yang manakah merupakan ciri umum hidrokarbon?

a)

Mengandungi atom karbon, oksigen dan hidrogen

b)

Bersifat asas dalam semua keadaan

c)

Mengandungi hanya atom karbon dan hidrogen

d)

Tindak balas dengan asid untuk menghasilkan air

19.

Digunakan dalam industri pengimpalan logam kerana nyalaan ini sangat panas.

a)

Etana

b)

Etena

c)

Etuna

20.

Apakah yang berlaku apabila etena bertindak balas dengan bromin dalam air bromin?

a)

Warna perang dinyahwarnakan

b)

Larutan menjadi lebih pekat

c)

Gas dihasilkan

d)

Warna biru terbentuk

21.

Berdasarkan rajah, berapakah bilangan elektron valens?

a)

11

b)

1

c)

23

d)

12

22.

Berdasarkan rajah, pernyataan manakah yang benar

( 2 jawapan)

a)

Berada dalam kala 3 dalam JBU

b)

Berada dalam kumpulan 1 dalam JBU

c)

Ion unsur tersebut ialah K-

d)

membentuk kalium oksida (K₂O) apabila bertindak balas dengan oksigen

23.

Nyatakan tiga ciri fizikal sebatian kovalen.

a)

takat lebur dan takat didih yang rendah

b)

tidak mengalirkan elektrik dalam keadaan pepejal, cecair atau larutan

c)

larut dalam air

d)

larut dalam pelarut organik

24.

Nyatakan dua contoh sebatian ion yang boleh mengalirkan elektrik apabila dilarutkan dalam air

dengan membentuk ion bebas dalam larutan

a)

Metana (CH4)

b)

Natrium klorida (NaCl)

c)

Kalium nitrat (KNO₃)

d)

Ammonia (NH3)

25.

Antara berikut, pasangan yang manakah terdiri daripada satu asid lemah dan satu alkali lemah?

a)

HCl dan NaOH

b)

CH₃COOH dan NH₃(aq)

c)

H₂SO₄ dan KOH

d)

HNO₃ dan Ca(OH)₂

26.

Antara berikut, yang manakah merupakan kaedah yang boleh digunakan untuk menentukan kadar tindak balas kimia?

a)

Mengukur perubahan suhu larutan setiap 5 minit

b)

Mengira bilangan mol bahan tindak balas yang digunakan sepenuhnya

c)

Menimbang jisim bahan sebelum dan selepas reaksi lengkap

d)

Menyukat isipadu gas yang dibebaskan dalam selang masa tertentu

27.

Antara berikut, yang manakah merupakan ciri kaca borosilikat?

a)

Mempunyai pekali pengembangan haba tinggi dan mudah pecah

b)

Tidak lut cahaya dan sangat keras

c)

Mempunyai pekali pengembangan haba rendah dan tahan haba

d)

Mudah dibentuk tetapi tidak tahan haba

28.

Bahan komposit digabungkan untuk menggabungkan sifat-sifat terbaik dari bahan-bahan yang berbeza, menghasilkan bahan yang lebih sesuai untuk aplikasi tertentu.

a)

Kaca fotokromik

  • -penyerapan sinaran UV

b)

Gentian optik

-kekuatan mampatan rendah

c)

Superkonduktor

-tiada rintangan elektrik pada suhu yang rendah

29.

Langkah-langkah bagi mendapatkan hasil penyaduran logam yang baik semasa proses penyaduran secara elektrolisis

(3 jawapan)

a)

permukaan objek perlu dibersihkan

b)

objek yang hendak disadur disambungkan kepada terminal positif sumber kuasa

c)

menggunakan arus elektrik yang kecil

d)

memutarkan objek yang ingin di sadur secara perlahan

30.

Manakah antara kumpulan siri homolog berikut boleh mengalami tindak balas penambahan dengan menyahwarnakan larutan kalium manganat(VII)?

a)

Alkana

b)

Alkena

c)

Alkohol

d)

Asid karboksilik

31.

Rajah menunjukkan formula struktur perisa makanan yang diperolehi dalam buah-buahan.

Antara berikut yang manakah boleh digunakan untuk membuat perisa makanan itu?

a)

Asid propanoik dan Propanol

b)

Asid etanoik dan Etanol

c)

Asid butanoik dan Etanol

d)

Asid propanoik dan Etanol

32.

Antara berikut, yang manakah ciri ester?

a)

Bau busuk seperti telur

b)

Tidak boleh larut dalam pelarut organik

c)

Berbau harum seperti buah

d)

Bersifat asid kuat

33.

Berdasarkan jadual, bahan manakah cecair pada suhu bilik?

a)

R sahaja

b)

R dan S

c)

P sahaja

d)

P dan Q

34.

Propana, C3H8 mengalami pembakaran lengkap untuk menghasilkan karbon dioksida, CO2 dan air, H2O.

Kira isipadu gas karbon dioksida yang terhasil apabila 0.5 mol propana terbakar dengan lengkap pada suhu bilik.

[ Isipadu molar = 24 dm3 mol-1 pada suhu bilik ]

_ _ . _ dm3

(a)  

35.
  • - Bertindak balas dengan air untuk menghasilkan larutan bersifat alkali

  • - Bertindak balas dengan gas klorin untuk menghasilkan pepejal putih

  • Berdasarkan sifat kimia berikut, Unsur Y berada dalam kumpulan

a)

1

b)

2

c)

13

d)

17

36.

Berapakah bilangan atom dalam 0.5 mol gas ammonia, NH3?

[Pemalar Avogadro = 6.02 × 1023 mol–1]

a)

6.02 × 1023

b)

0.5 × 4 × 6.02 × 1023

c)

0.5 × 2 × 6.02 × 1023

d)

0.5 × 6.02 × 1023

37.

X g natrium klorida dilarutkan ke dalam 300 cm3 air suling untuk menghasilkan 0.005 mol dm-3 larutan natrium klorida. Berapakah X?

[Jisim atom relatif : Na = 23, Cl = 35.5]

_ . _ _ _ g

(a)  

38.

Jadual menunjukkan isipadu gas hidrogen terkumpul dalam satu eksperimen apabila serbuk magnesium bertindak balas dengan asid nitrik cair berlebihan.

Hitung kadar tindak balas purata dalam minit kedua.

[Perubahan isipadu antara minit ke-1 dan ke-2 ÷\div perubahan masa]

  • _ _ cm³/min



(a)  

39.

Diberikan notasi sel berikut:

Zn(s) | Zn²⁺(aq) || Cu²⁺(aq) | Cu(s)

Diberikan nilai keupayaan elektrod piawai (E°):

  • E°(Zn²⁺/Zn) = –0.76 V

  • E°(Cu²⁺/Cu) = +0.34 V

Berapakah nilai voltan sel?

Hint: Esel​=Ekatod − Eanod

  • + _ . _ _ V



(a)  

40.
  1. Sel Daniell terdiri daripada elektrod zink dan kuprum.

  2. Elektrod zink terendam di dalam larutan zink sulfat (atau asid sulfurik cair) manakala elektrod kuprum terendam di dalam larutan kuprum(II) sulfat.

  3. Apakah pemerhatian daripada eksperimen ini?

  4. (3 jawapan)

a)

Elektrod zink terkakis (menjadi semakin nipis)

b)

Elektrod kuprum semakin tebal.

c)
  1. Jarum galvanometer tidak terpesong.

d)
  1. Warna biru larutan kuprum(II) sulfat semakin pudar kerana kepekatan ion-ion kuprum semakin menurun