Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

DOKUMEN

Total questions: 20

Worksheet time: 11mins

Name
Class
Date
1.
 Butiran nota kredit asal yang diterima oleh pembeli perlu direkodkan di mana?
a)
jurnal penerimaan
b)
jurnal pembayaran
c)
jurnal pulangan belian
d)
jurnal pulangan jualan
2.
Apakah dokumen yang berfungsi sebagai satu peringatan kepada pembeli untuk menjelaskan hutangnya?
a)
memo
b)
penyata akaun
c)
invois
d)
baucer pembayaran
3.
 Antara dokumen yang berikut, yang manakah tidak boleh dijadikan sumber untuk perekodan?
a)
memo
b)
invois
c)
nota debit
d)
sebut harga
4.
Apakah tujuan diskaun niaga?
a)
Menarik lebih ramai pelanggan
b)
 Mengelakkan berlakunya hutang lapuk
c)
Menggalakkan pembeli membayar segera
d)
Menggalakkan pembeli membeli dengan kuantiti yang banyak 
5.
Apakah dokumen yang digunakan dalam urus niaga tunai? 
a)
invois
b)
baucer
c)
nota debit
d)
bil tunai
6.
Chae Har ialah seorang peniaga. Invois yang diterima oleh Chae Har terlebih nilai. Apakah dokumen yang digunakan untuk membetulkan kesilapan tersebut? 
a)
nota debit
b)
nota kredit
c)
makluman debit
d)
makluman kredit
7.
Antara yang berikut, yang manakah fungsi dokumen perniagaan?
 I Sumber maklumat perakaunan
 II Rujukan kepada pemegang-pemegang saham
 III Memberi maklumat tentang sesuatu urus niaga
IV Mengingatkan peniaga tentang hutang urus niaga 
a)
I, II dan III 
b)
I, II dan IV  
c)
 I, III dan IV
d)
 II, III dan IV
8.
Apakah tujuan diskaun tunai diberikan kepada pelanggan?
a)
Menarik lebih ramai pelanggan 
b)
Mengelakkan pelanggan berhutang
c)
Mempengaruhi pelanggan membeli secara pukal
d)
Menggalakkan pelanggan menjelaskan hutang dengan segera
9.
Apakah dokumen yang digunakan untuk membetulkan sebarang kesilapan dan ketinggalan yang berlaku dalam invois?
 I Makluman Debit
II Nota Kredit
III Nota Debit
 IV Resit 
a)
A I dan II  
b)
B I dan IV
c)
 C II dan III
d)
D III dan IV 
10.
Dialog berikut berlaku di antara Cik Judy dengan Puan Azura mengenai dokumen perniagaan.
Judy : Puan Azura, invois yang syarikat kami hantar semalam telah tertinggal caj angkutan.
Azura: Ya ke? Cik Judy nak betulkan dalam invois itu ke?
Judy : Tak perlu. Kami akan hantar satu dokumen untuk menambahkan jumlah bayaran yang terkurang caj dalam invois itu.
 
Apakah dokumen yang akan dihantar oleh Cik Judy? 
a)
makluman debit
b)
makluman kredit
c)
nota debit
d)
nota kredit
11.
Encik Sunni, pemilik perniagaan Sunni Enterprise membeli rak pameran secara kredit bernilai RM3 000 untuk kegunaan perniagaan. Apakah dokumen yang terlibat dalam urus niaga tersebut?
a)
Cek 
b)
Resit 
c)
invois
d)
bil tunai
12.

Pada 30 Julai 2019, Puan Sue membeli barang niaga berharga RM600 secara kredit dengan syarat

15% 10 hari; 10% 15 hari.


Berapakah jumlah hutang yang perlu dibayar pada 10 Ogos 2019?

a)

RM450

b)

RM510

c)

RM540

d)

RM600

13.

Apakah tujuan diskaun niaga diberikan?

a)

Menggalakkan pelanggan membeli secara tunai

b)

Mendorong pelanggan membeli barang secara pukal

c)

Mengelakkan berlaku hutang lapuk dalam perniagaan

d)

Meningkatkan jualan kerana diberikan kepada semua pelanggan

14.

Bajrai Enterprise menjalankan urus niaga secara kredit dengan Syarikat Melor.


Aliran dokumen manakah yang berlaku dalam urus niaga tersebut?


A Katalog ---► Invois ---► Borang Pesanan ---► Resit

B Borang Pesanan ---► Invois ---► Katalog ---► Resit

C Borang Pesanan ---► Katalog ---► Resit ---► Invois

D Katalog ---► Borang Pesanan ---► Invois ---► Resit

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

15.

Maklumat berikut diambil daripada perniagaan Amin Enterprise.


Pemilik menghantar dokumen kepada pelanggannya untuk mengenakan bayaran tambahan bagi pengangkutan.


Apakah dokumen tersebut?

a)

Nota debit

b)

Nota kredit

c)

Makluman debit

d)

Makluman kredit

16.

Aliran dokumen berikut berlaku dalam urus niaga tunai.


Apakah G?

a)

Memo

b)

Resit

c)

Keratan Cek

d)

Penyata Akaun

17.

Dokumen 1 diterima oleh Puan Mahani.


Berapakah diskaun tunai yang diperoleh sekiranya pembayaran dibuat pada 12 Mei 2012?

a)

RM188

b)

RM282

c)

RM470

d)

RM658

18.

Fungsi dokumen sumber?

a)

alat perancangan & kawalan

b)

alat menyemak ketepatan catatan ke dalam lejar

c)

rujukan semasa penyediaan penyata kewangan

d)

bukti bertulis sesuatu urus niaga telah berlaku

19.

Pengurus mengambil alat penghawa dingin untuk di pasang di pejabat kedai. Apakah dokumen yang digunakan?

a)

Resit

b)

Bil Tunai

c)

Memo

d)

Nota Debit

20.

Apakah yang dimaksudkan dengan syarat "Serahan: Angkutan dibayar" dalam invois?

a)

kos pengangkutan barangan ditanggung oleh pembeli

b)

kos pengangkutan barangan ditanggung oleh pembekal

c)

kos pengangkutan barangan ditanggung oleh pengilang

d)

kos pengangkutan ditanggung oleh syarikat logistik