wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

B1-B6 T4

Total questions: 30

Worksheet time: 15mins

Name
Class
Date
1.

Mengapakah undang-undang dilaksanakan oleh kerajaan Majapahit?

a)

Menjamin kesejahteraan

b)

menetapkan sempadan

c)

menyekat pengaruh kuasa luar

d)

menentukan corak pentadbiran

2.

Mengapakah kerajaan Kesultanan Melayu Melaka mewujudkan jawatan Laksamana?

a)

Melicinkan urusan cukai di pelabuhan

b)

Mengetuai angkatan tentera

c)

Menjaga keselamatan di laut

d)

Mengawal keamanan dalam negeri

3.

Antara berikut yang manakah peranan rakyat pada zaman Kesultanan Melayu Melaka?

I. Berkhidmat sebagai tentera

II. Menjadi pendayung kapal perang

III. Mengetuai utusan ke negara luar

IV. Pengiring pembesar negara

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

4.

Maklumat berikut merupakan wilayah naungan Kesultanan Melayu Melaka.

  • - Lingga

  • - Pattani

  • - Kedah

Bagaimanakah wilayah naungan tersebut berlaku?

a)

Keagamaan

b)

Peperangan

c)

Perdagangan

d)

Persahabatan

5.

Kerajaan Srivijaya telah mewarisi asas negara bangsa di Tanah Melayu.

Apakah kerajaan Tanah Melayu tersebut?

a)

Kedah

b)

Melaka

c)

Pahang

d)

Johor Riau

6.

Antara berikut, yang manakah merupakan rakyat Melaka?

I. Orang Minang

II. Orang Arab

III. Orang Laut

IV. Orang Melayu

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

7.

Bill of Rights telah digubal semasa Revolusi Keagungan (1688) di England.

Apakah kuasa parlimen melalui perundangan tersebut?

a)

Mengutip cukai

b)

Melantik penasihat

c)

Mengawal kerajaan

d)

Menolak penjajahan

8.

Mengapakah gerakan nasionalisme di Amerika yang berlaku pada tahun 1776 tercetus?

a)

Mempertahankan sistem pemerintahan demokrasi

b)

Perkembangan fahaman anti-British

c)

British tidak melindungi hak penduduk

d)

Menegakkan kedaulatan berparlimen

9.

Mengapakah gerakan nasionalisme muncul di negara kita?

a)

Kemunculan golongan intelek

b)

Kegiatan ekonomi pelbagai

c)

Galakan daripada kerajaan

d)

Bantuan negara luar

10.

Apakah tindakan raja Thailand yang menyebabkan gerakan nasionalisme di Thailand menyasarkan pemerintahan raja mereka sendiri?

a)

Melaksanakan sistem percukaian yang membebankan

b)

Menghapuskan sistem perundangan tradisional

c)

Meletakkan kerabat diraja dalam urusan politik

d)

Menyerahkan pentadbiran kepada kuasa barat

11.

Penulisan novel berjaya meniupkan nasionalisme dalam kalangan penduduk di negara kita. Apakah faktor yang mendorong kejayaan ini?

a)

Penulisan bertemakan anti imperialisme

b)

Penulisan bertemakan kemajuan ekonomi

c)

Penulisan bertemakan perjuangan pendidikan

d)

Penulisan bertemakan semangat cinta negara

12.
  • - Ibrahim Hj Yaakob

  • - Ishak Haji Muhammad

  • - Ahmad Boestamam

Berikut adalah tokoh nasionalis Tanah Melayu sebelum Perang Dunia Kedua.

Bagaimanakah British bertindak untuk melemahkan perjuangan mereka?

a)

Mengenakan hukuman penjara

b)

Menyekat sumber kewangan yang diperoleh

c)

Menjalin kerjasama dengan golongan radikal

d)

Menggunakan perintah sultan untuk bertindak

13.

Mengapakah isu kasut membangkitkan semangat nasionalisme dalam kalangan rakyat Burma?

a)

Mempertahankan industri tradisional

b)

Mempertahankan kesucian agama

c)

Melindungi kepentingan rakyat

d)

Memelihara hak pembesar

14.

Apakah persamaan corak perjuangan tokoh berikut dalam gerakan nasionalisme di Asia Tenggara?

**Andres Bonifacio

**Soekarno

**Ho Chi Minh

a)

Penentangan secara sederhana

b)

Menggubal perlembagaan

c)

Bertindak secara radikal

d)

Bekerjasama dengan pemerintah

15.

Mengapakah Austria-Hungary megisytiharkan perang terhadap Serbia?

a)

Perbezaan ideologi negara

b)

Pembunuhan pewaris takhta

c)

Pencerobohan wilayah kekuasaan

d)

Perjuangan mengekalkan kemerdekaan

16.

Mengapakah Pakatan Bertiga berjaya dalam peperangan pada tahun 1918?

a)

Mempunyai unit perisikan

b)

Penggunaan senjata moden

c)

Penglibatan Amerika Syarikat

d)

Mendapat bantuan kerajaan Turki

17.

Operasi Zipper telah dilancarkan oleh Force 136 pada tahun 1945.
Mengapakah operasi tersebut dilancarkan?

a)

Melindungi pekerja ladang getah

b)

Mengatasi kemesetan ekonomi

c)

Menawan semula Tanah Melayu

d)

Menghalang penguasaan British

18.

Mengapakah Jerman gagal menawan Rusia dalam Perang Dunia Kedua?

I Tempoh perang yang panjang
II Kegagalan serangan bom atom

III Taktik gerila yang tidak berkesan
IV Kehilangan banyak nyawa tentera

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

19.

Bagaimanakah kewarganegaraan Malayan Union diperoleh melalui prinsip Jus Soli?

a)

Mengikut warna kulit

b)

Perkenan Raja Melayu

c)

Berdasarkan tempat lahir

d)

Kurniaan daripada Gabenor

20.

Mengapakah kerajaan British mengeluarkan Pekeliling no.9/1946 semasa penguasaannya di Sarawak?

a)

Mengekalkan kedaulatan negeri

b)

Melaksanakan dasar dekolonisasi

c)

Melarang gerakan antipenyerahan

d)

Memastikan keselamatan penduduk

21.

Albert Kwok telah mengetuai pemberontakan Jesselton atau Double Tenth di Sabah.

Apakah matlamat pemberontakan tersebut?

a)

Menentang pendudukan tentera Jepun

b)

Mengembalikan kuasa Raja-raja Melayu

c)

Menyekat penguasaan ekonomi oleh British

d)

Menghalang pendaratan pasukan Bersekutu

22.

Mengapakah British Military Administration (BMA) ditamatkan oleh British?

a)

Desakan oleh pemimpin tempatan

b)

Dasar pentadbiran tidak sistematik

c)

Ketegangan hubungan antara kaum

d)

Ketidakupayaan menangani masalah

23.

Bagaimanakah Raja-raja Melayu menunjukkan penentangan terhadap Malayan Union?

a)

Membawa kes ke Mahkamah tinggi England

b)

Mendesak penubuhan persatuan Melayu

c)

Menyuarakan bantahan akhbar

d)

Mengetuai tunjuk perasaan

24.

Bagaimanakah kewarganegaraan diperoleh dalam Persekutuan Tanah Melayu 1948?
I Naturalisasi

II Pendaftaran

III Kuatkuasa undang-undang

IV Perkenan Raja-raja Melayu

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

25.

Siapakah yang mewakili UMNO dalam jawatankuasa kerja?

I Dato' Onn Jaafar

II Haji Megat Yunus

III Tunku Abdul Rahman

IV Dato' Hamzah Abdullah

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

26.

Antara berikut, yang manakah ciri-ciri Persekutuan Tanah Melayu (PTM) 1948?

I Raja berkuasa mutlak

II Pemerintahan republik

III Diketuai Peseruhjaya Tinggi
IV Singapura Tanah Jajahan berasingan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

27.

Bagaimanakah Sir Edward Gent menangani masalah ancaman komunis di Tanah Melayu?

a)

Memberikan pengampunan

b)

Melancarkan perang saraf

c)

Membuka kampung baru

d)

Mengisytiharkan darurat

28.

Apakah langkah yang digunakan semasa pelaksanaan Perang Saraf?

I Menawarkan hadiah wang tunai

II Melaksanakan perintah berkurung

III Memberikan tawaran pengampunan

IV Memajukan perkhidmatan penerangan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

29.

Antara pasukan keselamatan berikut, yang manakah peranan melakukan penyusupan dalam organisasi Parti Komunis Malaya?

a)

Polis Hutan

b)

Senoi praaq

c)

Cawangan Khas

d)

Special Constables

30.

Apakah kesan pengenalan Kampung Baru ketika darurat di Tanah Melayu?

a)

Hubungan kaum renggang

b)

Sistem perundangan yang berbeza

c)

Timbulnya perasaan iri hati antara kaum

d)

Menyebabkan berlakunya rusuhan kaum