wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Simpulan Bahasa

Total questions: 22

Worksheet time: 3hrs 12mins

Name
Class
Date
1.

Memerlukan sesuatu tempoh atau masa tertentu.

a)

ambil mudah

b)

ambil masa

c)

ambil hati

d)

ambil angin

2.

Menutup perniagaan kerana mengalami kerugian.

a)

goyang kaki

b)

berputus asa

c)

cari jalan

d)

gulung tikar

3.

Peramah atau mudah mesra, suka bertanya.

a)

ringan mulut

b)

ringan tulang

c)

berat mulut

d)

berat tulang

4.

Mengurangkan makan kerana hidup susah atau tiada duit.

a)

ringan tulang

b)

ikat perut

c)

mati akal

d)

campur tangan

5.

Buntu dan kehabisan idea.

a)

mati akal

b)

mati katak

c)

putih hati

d)

berputus asa

6.

Sumber pendapatan atau rezeki.

a)

cari jalan

b)

pasang mata

c)

cahaya mata

d)

mata pencarian

7.

Cara yang salah dalam memulakan sesuatu.

a)

panjang tangan

b)

serkap jarang

c)

salah jalan

d)

salah langkah

8.

Menuduh secara sembarangan.

a)

ringan mulut

b)

panjang tangan

c)

serkap jarang

d)

buruk sangka

9.

Suka mencuri.

a)

panjang lebar

b)

pasang mata

c)

ringan tangan

d)

panjang tangan

10.

Memerhati atau melihat dengan telitinya.

a)

pasang telinga

b)

pasang mata

c)

pasang badan

d)

panjang tangan

11.

Berikhtiar untuk menyelesaikan sesuatu hal.

a)

cari jalan

b)

cari kaki

c)

cari lawan

d)

cari makan

12.

Mempunyai niat atau tujuan tertentu.

a)

bulat hati

b)

putih hati

c)

ada hajat

d)

ada angin

13.

Bergerak cepat, pantas, lekas atau tangkas.

a)

lipas kudung

b)

ringan tulang

c)

mengikut jejak

d)

menambat hati

14.

Pendapat, pandangan atau idea.

a)

murah hati

b)

bulat hati

c)

buah fikiran

d)

buah tangan

15.

Meniru perbuatan atau amalan orang yang terdahulu.

a)

membuta tuli

b)

membanting tulang

c)

menambat hati

d)

mengikut jejak

16.

Meluaskan pandangan, menyedarkan, menginsafkan.

a)

ambil mudah

b)

buka mata

c)

pembasuh mulut

d)

lipas kudung

17.

kawasan atau tanah yang kecil sahaja.

a)

sekangkang kera

b)

memerah keringat

c)

gulung tikar

d)

kecut perut

18.

Hilang harapan.

a)

putus kawan

b)

berputus asa

c)

buruk sangka

d)

ikat perut

19.

Berasa gembira atau terasa lapang hati.

a)

menambat hati

b)

murah hati

c)

senang hati

d)

bulat hati

20.

Berusaha untuk mencapai sesuatu yang diinginkan.

a)

cari rezeki

b)

cari hati

c)

cari jalan

d)

cari makan

21.

Berasa tidak selesa atau tertekan.

a)

panjang tangan

b)

putus asa

c)

ringan mulut

d)

berat hati

22.

Menjalani kehidupan dengan penuh kesederhanaan.

a)

hidup mewah

b)

hidup sederhana

c)

hidup senang

d)

hidup berfoya-foya