NEW
Font size
WorksheetsPedagogi
Total questions: 10
Worksheet time: 2mins
Apabila kanak-kanak menyebut, “Saya letak buku atas meja,” ini menunjukkan
A. Perkembangan kosa kata harian yang digunakan
B. Perkembangan struktur ayat dan kesedaran ruang
C. Hafalan ayat yang diajar oleh guru
D. Peniruan tanpa pemahaman
Aktiviti manakah paling sesuai untuk meningkatkan deria penglihatan dan pemikiran awal saintifik?
A. Melukis pelangi mengikut warna yang diberi oleh guru
B. Melihat perubahan warna air apabila dicampur pewarna
C. Menonton video tentang perubahan cuaca
D. Membaca kad imbas warna yang diberikan
Mengapa guru menyediakan bahan seperti tanah liat dan plastisin semasa aktiviti seni?
A. Untuk melatih kanak-kanak menghasilkan bentuk yang sama dengan contoh
B. Untuk memberi peluang kepada murid belajar duduk diam dan fokus
C. Untuk merangsang kreativiti sambil membina koordinasi motor halus
D. Supaya murid boleh bermain bebas tanpa arah tuju
Apabila seorang kanak-kanak menyusun gambar seperti “bangun pagi – mandi – sarapan – ke taska”
ini menunjukkan mereka sedang mengembangkan?
A. Kemahiran mengingat dan meniru rutin harian secara visual
B. Kebolehan membaca dan memahami simbol jadual harian
C. Kefahaman terhadap susunan peristiwa mengikut masa dan logik
D. Keupayaan menyesuaikan diri secara fizikal dalam persekitaran taska
Apabila seorang kanak-kanak berkata “Saya tak nak main dengan dia sebab dia rampas bola”
pernyataan ini lebih menggambarkan?
A. Tindak balas emosional yang menunjukkan kurangnya kemahiran sosial
B. Kefahaman terhadap sebab dan akibat dalam konteks interaksi sosial
C. Ketidakpatuhan terhadap norma permainan berkumpulan
D. Isyarat awal masalah tingkah laku yang memerlukan pemantauan
Apakah tujuan utama guru menggunakan soalan terbuka semasa sesi pembelajaran awal kanak-kanak?
A. Untuk menguji sejauh mana mereka mengingat apa yang telah diajar
B. Untuk membantu kanak-kanak mengulang semula jawapan secara spontan
C. Untuk merangsang pemikiran kreatif dan menggalakkan penerokaan idea
D. Untuk memastikan setiap kanak-kanak memberikan jawapan yang sama
Seorang kanak-kanak menyusun beberapa objek mengikut urutan saiz,daripada yang paling besar kepada yang paling kecil. Tingkah laku ini paling hampir menggambarkan?
A. Keupayaan membuat penilaian visual berdasarkan nilai estetika
B. Kebolehan mengklasifikasikan objek berdasarkan atribut yang boleh diperhatikan
C. Pemahaman konsep berat, isipadu dan keapungan dalam sains awal
D. Kecenderungan untuk meniru pola yang diajar secara berulang
Memberi peluang kepada kanak-kanak untuk memilih semasa aktiviti mendorong?
A. Pengurangan kebergantungan terhadap arahan guru secara langsung
B. Keupayaan menyelesaikan tugasan lebih pantas mengikut kehendak sendiri
C. Peningkatan fokus terhadap aktiviti berstruktur yang ditetapkan pendidik
D. Penyesuaian kepada tugasan berasaskan kerjasama kumpulan
Apabila guru membenarkan kanak-kanak menyentuh, memerhati dan bermain dengan bahan semula jadi seperti daun, tanah dan batu, apakah objektif utama dari segi perkembangan pembelajaran awal?
A. Memberi pendedahan kepada eksperimen berskala penuh berdasarkan pemerhatian hipotesis
B. Mengukuhkan kesedaran deria melalui pengalaman langsung terhadap persekitaran semula jadi
C. Melatih murid mengikuti arahan ketika menjalankan aktiviti luar kelas
D. Membina kefahaman asas tentang sains menggunakan pendekatan berasaskan teori
Apabila seorang kanak-kanak secara sukarela berkata, “Saya nak tolong cikgu susun kerusi,”
tingkah laku ini paling tepat menggambarkan
A. Kebolehan menyesuaikan diri dengan jangkaan sosial secara pasif
B. Pemikiran praktikal dalam menyelesaikan tugasan berkumpulan
C. Pemilikan nilai kendiri yang mendorong tindakan proaktif dalam persekitaran sosial
D. Keperluan untuk mendapatkan perhatian dan pengiktirafan daripada orang dewasa
