wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz Sebelum UPSA!

Total questions: 12

Worksheet time: 6mins

Name
Class
Date
1.

Pilih kata nama khas yang betul.

a)

menggunakan

b)

Bangunan Sultan Abdul Samad

c)

Cantik

d)

Ke sekolah

2.

Pilih kata kerja yang betul berdasarkan soalan berikut.

Abang _______ ibu sehelai baju.

a)

menghadiah

b)

menghadiahkan

c)

hadiahkan

d)

menghadiahi

3.

Kenal pasti sama ada ayat tersebut mempunyai kesalahan bahasa atau tidak berdasarkan perkataan yang bergaris. Pilih D jika tiada kesalahan bahasa.

Pada waktu pagi, Azlin pergi(A) ke sekolah dengan membonceng (B) bas. Dia membawa bekal makanan yang disediakan oleh ibunya untuk dimakan (C) pada waktu rehat.

a)

A-pergi

b)

B-membonceng

c)

C-dimakan

d)

D-Tiada kesalahan bahasa

4.

Pilih kata seru yang sesuai berdasarkan ayat di bawah.

____, cantik sungguh baju kamu!

a)

Oh

b)

Cis

c)

Eh

d)

Amboi

5.

Yang berikut, manakah ayat tanya yang paling tepat?

a)

Apakah maksud kata nama am?

b)

Apakah harga baju ini?

c)

Apakah anda sudah bersedia?

d)

Apakah tarikh pertandingan pidato akan bermula?

6.

Kenal pasti kesalahan ejaan berdasarkan perkataan yang bergaris. Pilih D jika tiada kesalahan ejaan.

"Kamu sepatutnya pergi dari sini! Jika kau maseh(A) berkeras hati untuk menetap di sini(B), aku akan panggil Tok Penghulu! Biar kau tahu bahawa kau tidak pernah layak untuk tinggal di kota termasyhur (C) ini." kata Mak Kiah kepada Zainuddin.

a)

A-maseh

b)

B-di sini

c)

C-termasyhur

d)

D-Tiada kesalahan bahasa

7.

Apakah definisi/maksud yang sesuai dengan gaya bahasa asonansi?

a)

Asonansi ialah singkatan huruf.

b)

Asonansi ialah perulangan kata di tengah baris.

c)

Asonansi ialah perulangan bunyi konsonan dalam satu baris.

d)

Asonansi ialah perulangan bunyi vokal dalam satu baris.

8.

____ mengumumkan ketibaan tetamu kehormat untuk masuk ke dewan.

a)

Pelatih

b)

Pengacara majlis

c)

Pengulas sukan

d)

Pengadil

9.

Ayah berasa sangat ____ dengan keputusan cemerlang peperiksaan yang diperoleh oleh anaknya.

a)

marah

b)

hairan

c)

gembira

d)

sedap

10.

Pilih perbandingan semacam yang paling sesuai berdasarkan ayat di bawah.

Anisa takut akan kakaknya kerana kakaknya _____.

a)

garang macam singa

b)

lembut macam kapas

c)

gagah macam besi

d)

cantik seperti bidadari

11.

Berdasarkan cerpen 'Oren', mengapakah Kelabu menjadi perhatian ayah berbanding dengan Oren?

a)

Badan Kelabu lebih gemuk daripada Oren

b)

Oren nakal berbanding Kelabu

c)

Kelabu manja dan pandai mengambil hati ayah dengan menggeselkan bulunya di kaki ayah.

d)

Oren tidak gemar bermain dengan Kelabu.

12.

Antara berikut, yang manakah tema bagi novel Destinasi Impian?

a)

Cabaran remaja kreatif mengubah suai mesin untuk memanfaatkan orang kampung.

b)

Kegigihan sekumpulan remaja memajukan kedai koperasi sekolah.

c)

Kegigihan dalam mengharungi cabaran demi mencapai cita-cita.

d)

Semangat juang anak muda menghadapi pelbagai cabaran demi mengejar cita-cita.