WorksheetsTeknik Pemikiran Komputasional
Total questions: 15
Worksheet time: 1hrs 15mins
Apakah yang dimaksudkan dengan pemikiran komputasional ?
Menggunakan kaedah seperti komputer untuk menyelesaikan masalah
Menggunakan konsep asas komputer bagi menyelesaikan masalah
Memberi arahan kepada komputer untuk melaksanakan tugasan
Menyelesaikan masalah berbantukan komputer dan mesin
Yang mana tepat mengenai susunan teknik pemikiran komputasional ?
Teknik Leraian, Teknik Peniskalaan, Teknik pengecaman corak, teknik pengitlakan
Teknik Peniskalaan, Teknik pengecaman corak, teknik pengitlakan, Teknik Leraian
Teknik pengecaman corak, teknik pengitlakan, Teknik Leraian, Teknik Peniskalaan
Teknik pengitlakan, Teknik Leraian, Teknik Peniskalaan, Teknik pengecaman corak,
Mengapakah kita perlu berfikir secara komputasional ?
Membolehkan kita mengarahkan komputer memproses maklumat dengan mudah
Membolehkan kita memahami cara komputer menyelesaikan masalah.
Membolehkan kita mahir dalam penggunaan komputer dalam kehidupan seharian.
Membolehkan penyelesaian masalah yang rumit menjadi lebih mudah dan sistematik.
Antara berikut, yang manakah bukan teknik pemikiran komputasional ?
Leraian
Pengekodan
Peniskalaan
Pengitlakan
Antara berikut , yang manakah melibatkan leraian suatu masalah ?
Masalah-masalah kecil tidak dapat diselesaikan
Melibatkan pemecahan sesuatu masalah yang kompleks kepada bahagian-bahagian kecil
Gabungkan dua masalah supaya dua masalah dapat diselesaikan secara serentak.
Sesuatu masalah besar tidak dapat diselesaikan dengan mudah
Apakah kepentingan meleraikan masalah yang kompleks ?
Menjadikan masalah lebih rumit
Menukarkan masalah yang ada
Menjadikan masalah mudah diselesaikan
Menjadikan masalah lebih kecil
Mengapakah kita perlu melihat corak pengulangan (pengecaman) dalam masalah?
Pengecaman corak membolehkan kita menyelesaikan masalah yang rumit.
Pengecaman corak menyebabkan masalah rumit sukar diselesaikan.
Kita tidak perlu melihat pengecaman corak.
Dapat membuat ramalan tentang sesuatu masalah yang berlaku berdasarkan corak yang berulang dan berbeza.
Antara berikut, yang manakah mengandungi pengecaman corak?
Semua rumah ada pintu.
Rumah saya mempunyai 3 tingkat.
Rumah saya mempunyai 5 buah bilik dan satu anjung di hadapan rumah.
Belakang rumah saya terdapat sebuah kolam besar.
Apakah kepentingan teknik peniskalaan?
Sebagai penambahbaikan bagi membolehkan sesuatu masalah diselesaikan.
Membolehkan masalah yang besar diselesaikan.
Bagi membuat keputusan untuk menentukan aspek penting dalam sesuatu permasalahan.
Membolehkan masalah diselesaikan dengan lebih cepat dan tepat.
Teknik pengitlakan melibatkan beberapa pembinaan model . Antara model seperti
formula
teknik
pertaturan atau langkah-langkah
masalah kecil
Pernyataan 1 menunjukkan penggunaan teknik pemikiran komputasional dalam kehidupan seharian. " ---- Zetty dan ahli kumpulannya akan melaksanakan projek taman sains di sekolah. Semasa fasa analisis masalah, dia telah membahagikan kawasan-kawasan taman sains itu kepada beberapa bahagian yang akan diuruskan oleh ahli kumpulannya" ( pernyataan 1 ). Apakah teknik pemikiran komputasional yang dimaksudkan daripada pernyataan 1 ?
Peniskalaan
Leraian
Pengecaman corak
Pengitlakan
Maklumat berikut adalah definisi satu teknik dalam pemikiran komputasional. ---"Meninggalkan aspek-aspek kurang penting dalam corak-corak yang dicamkan dan memfokus kepada aspek-aspek penting yang dapat membantu dalam penyelesaian masalah."
Teknik Peniskalaan
Tekik Leraian
Teknik Pengitlakan
Teknik Pengecaman Corak
Antara berikut yang manakah urutan proses pemikiran komputasional yang betul ?
Masalah dipecahkan - kenalpasti corak yang sama - tinggalkan perkara yang tidak penting - sediakan model penyelesaian masalah
kenalpasti corak yang sama - tinggalkan perkara yang tidak penting - sediakan model penyelesaian masalah - Masalah dipecahkan
tinggalkan perkara yang tidak penting - sediakan model penyelesaian masalah - Masalah dipecahkan - kenalpasti corak yang sama
sediakan model penyelesaian masalah - Masalah dipecahkan - kenalpasti corak yang sama - tinggalkan perkara yang tidak penting
Peryataan berikut adalah tentang istilah dan maksud dalam konsep asas pemikiran komputasional. Antara berikut istilah yang manakah betul dengan maksudnya ?
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Setiap kumpulan diberikan tugas untuk mencari perbezaan dan persamaan antara seekor kucing dan seekor arnab . Mereka boleh menggunakan teknik
Leraian
Pengitlakan
Peniskalaan
Pengecaman corak
