Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ - BINA ITEM SEJARAH

Total questions: 20

Worksheet time: 14mins

Name
Class
Date
1.

Apakah yang dimaksudkan dengan pentaksiran?

a)

Proses memberi markah kepada murid.

b)

Proses mengajar dan belajar di dalam kelas.

c)

Proses mendapatkan maklumat untuk membuat pertimbangan tentang produk pendidikan.

d)

Proses menyediakan laporan untuk ibu bapa.

2.

Antara berikut, yang manakah BUKAN prinsip pentaksiran?

a)

Kekomprehensifan

b)

Kemudahtafsiran

c)

Keobjektifan

d)

Kebolehlaksanaan

3.

Apakah yang dimaksudkan dengan "kesahan" dalam konteks pentaksiran?

a)

Ketepatan seseorang pemeriksa memberi skor.

b)

Sejauh mana ujian itu mudah ditadbir.

c)

Sejauh mana skor ujian menggambarkan apa yang hendak ditaksir.

d)

KebolehlaksanaanKetekalan skor ujian.

4.

Komponen item yang manakah merujuk kepada maklumat khusus seperti petikan atau gambar rajah?

a)

Tugasan/Stem

b)

Arahan

c)

Rangsangan/ Stimulus

d)

Peraturan Pemarkahan

5.

Apakah maksud ITEM PEMIKIRAN?

a)

Item yang memerlukan murid menggunakan kemahiran berfikir aras tinggi.

b)

ArahanItem yang menguji kemahiran asas murid.

c)

Item yang memerlukan ingatan sahaja.

d)

Item yang mudah dijawab oleh semua murid.

6.

Apakah yang dimaksudkan dengan "pengukuran" dalam konteks pentaksiran?

a)

Proses memberi maklumat berguna untuk membuat keputusan.

b)

Proses memberi angka untuk menjelaskan ciri-ciri seseorang

c)

Proses mendapatkan maklumat melalui pelbagai kaedah

d)

Proses menilai kualiti sesuatu produk pendidikan.

7.

Antara berikut, yang manakah merupakan contoh "konstruk" dalam pentaksiran?

a)

Tajuk peperiksaan

b)

Markah ujian

c)

Pengetahuan murid tentang sejarah Malaysia

d)

Jenis soalan ujian

8.

Apakah yang dimaksudkan dengan "aras kesukaran" item?

a)

Jenis item yang digunakan (contoh: objektif atau subjektif).

b)

Sejauh mana item itu relevan dengan kurikulum.

c)

Bilangan markah yang diperuntukkan untuk item tersebut.

d)

Tahap kemudahan atau kesukaran item untuk dijawab oleh murid.

9.

Komponen item yang manakah mengandungi panduan untuk memberi skor kepada respons murid?

a)

Peraturan Pemarkahan

b)

Rangsangan/Stimulus

c)

Tugasan/Stem

d)

Arahan

10.

Apakah ciri utama item jenis "ITEM PEMIKIRAN"?

a)

Menguji ingatan murid.

b)

Memerlukan murid mengaplikasikan kemahiran berfikir aras tinggi.

c)

Mudah dijawab oleh semua murid.

d)

Hanya memerlukan satu jawapan yang betul.

11.

Apakah yang dimaksudkan dengan "kebolehpercayaan" dalam konteks pentaksiran?

a)

Sejauh mana ujian mengandungi item yang mewakili semua objektif.

b)

Ketepatan seseorang pemeriksa dalam memberi skor.

c)

Sejauh mana skor ujian menggambarkan apa yang hendak ditaksir.

d)

Ketekalan dan ketepatan skor ujian

12.

Apakah jenis item yang memerlukan murid memilih satu gabungan jawapan yang betul?

a)

Item Respons Terbuka

b)

Item Respons Terhad

c)

Item Padanan

d)

Item Aneka Pilihan

13.

Item yang manakah meminta murid untuk memadankan masalah dengan penyelesaian?

a)

Item Benar/Palsu

b)

Item Padanan

c)

Item Respons Terhad

d)

Item Respons Terbuka

14.

Apakah ciri utama item jenis "Item Benar/Palsu"?

a)

Murid menulis jawapan yang panjang dan terperinci.

b)

Murid memilih satu jawapan terbaik daripada pilihan yang diberi.

c)

Mempunyai pernyataan yang lengkap yang perlu ditentukan sama ada benar atau palsu.

d)

Item ini terdiri daripada siri tugasan yang berkaitan

15.

Apakah yang dimaksudkan dengan ITEM KBAT?

a)

Item yang menguji kemahiran asas murid.

b)

Item yang memerlukan murid mengingat fakta.

c)

Item yang menguji keupayaan murid untuk mengaplikasikan, menganalisis, menilai dan mencipta idea.

d)

Item yang mudah dijawab oleh semua murid.

16.

Antara berikut, yang manakah merupakan definisi operasi KBAT?

a)

Keupayaan untuk mengingat fakta dari buku teks.

b)

Keupayaan untuk mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mencipta idea secara kreatif atau inovatif dalam proses menyelesaikan masalah secara sistematik dalam situasi baharu dan kehidupan sebenar.

c)

Keupayaan untuk menjawab soalan aneka pilihan dengan cepat.

d)

Keupayaan untuk menghafal tarikh-tarikh penting dalam sejarah.

17.

Antara berikut, yang manakah BUKAN ciri item KBAT?

a)

Autentik

b)

Stimulus yang mencetus idea

c)

Konteks bukan lazim

d)

Hanya menguji kemahiran mengingat

18.

Apakah yang dimaksudkan dengan item yang "Tepat Konstruk Dan Konteks"?

a)

Item tersebut tidak memberi kelebihan kepada mana-mana kumpulan tertentu.

b)

Item dibina mengikut kurikulum yang ditetapkan.

c)

Pernyataan tugasan dalam item adalah jelas kepada murid.

d)

Item mengandungi maklumat yang cukup untuk murid menjawab.

19.

Mengapakah "Tugasan Dan Arahan" dalam item perlu jelas?

a)

Supaya murid tidak keliru dan dapat memberikan respons yang tepat.

b)

Supaya item sesuai dengan aras kesukaran yang ditetapkan.

c)

Supaya item dapat membezakan calon yang berlainan keupayaan.

d)

Supaya stimulus dalam item relevan dan membantu murid menjana idea.

20.

Antara berikut, yang manakah BUKAN ciri "Stimulus" yang baik?

a)

Relevan dengan item.

b)

Membantu murid mendapatkan jawapan.

c)

Grafik dalam stimulus jelas.

d)

Mengandungi unsur-unsur sensitif.