Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SIMPULAN BAHASA Tingkatan 1

Total questions: 15

Worksheet time: 15mins

Name
Class
Date
1.

Abang terpaksa ber _______ apabila tapak gerai yang dipohonnya jatuh ke tangan orang lain.

a)

putih mata

b)

tikam lidah

c)

gelap hati

2.

Pak Zaman dapat hidup senang hasil _______ nya berbakti kepada tanah.

a)

titik peluh

b)

makan suap

c)

jalan buntu

3.

Kecemerlangan Johari  dalam peperiksaan telah menjadi _______ orang kampungnya.

a)

buah hati

b)

buah mulut

c)

buah tangan

4.

Ain mengambil sikap _______ dengan tidak memihak kepada sesiapa pun dalam perselisihan itu.

a)

pilih kasih

b)

berpeluk tubuh

c)

atas pagar

5.

Aida suka membaca, maka dia digelar  _______.

a)

puteri lilin

b)

ulat buku

c)

kaki bangku

6.

Mira _______. Dia suka membocorkan rahsia orang.

a)

mulut tempayan

b)

telinga kuali

c)

tangan panjang

7.

Datuk saya _______ untuk menyiapkan perahu yang ditempah khas oleh kerabat diraja Perak.

a)

bertegang urat

b)

bermandi peluh

c)

berputih tulang

8.

Berita penangkapan pegawai kerajaan yang  _______itu disiarkan di dalam akhbar-akhbar utama.

a)

makan hati

b)

makan angin

c)

makan suap

9.

Ramlah mendapat    _______apabila dipilih sebagai pemenang utama peraduan itu .

a)

buah tangan

b)

mata duitan

c)

durian runtuh

10.

Setelah lima kali gagal dalam temu duga,Ong Wee Kiat   _______hendak mencuba lagi .

a)

tawar hati

b)

sakit hati

c)

iri hati

11.

Zainal _______ kerana menolong Mak Siti Mengangkat bakul yang berat itu.

a)

ringan mulut

b)

ringan kepala

c)

ringan tangan

12.

_______ yang berlaku antara Wan dan Amir berpunca daripada salah faham.

a)

Pilih kasih

b)

Pilih bulu

c)

Perang mulut

13.

Nelayan-nelayan di perkampungan itu kerap ditindas oleh ________ itu.

a)

lintah darat

b)

muka tembok

c)

pisau cukur

14.

Jika tiada _______ itu, sudah tentu mereka tidak bertelagah.

a)

kepala batu

b)

batu loncatan

c)

batu api

15.

Jangan bersikap  _______ketika mengadili sesuatu permainan.

a)

buruk sangka

b)

berat sebelah

c)

berat hati