NEW
Font size
WorksheetsSejarah Tahun 4 Unit 1 Mengenali Sejarah
Total questions: 49
Worksheet time: 25mins
Sejarah ialah peristiwa yang
benar-benar berlaku pada masa lalu.
tidak benar-benar berlaku pada masa lalu.
Pasar Besar Kuala Lumpur kini dikenali sebagai
Pasar Besi
Pasar Seni
Pasar Basi
Pasar Rugi
Sejarah merupakan penceritaan tentang tindakan manusia dan sebab-sebab mereka melakukannya.
Herodotus
Ibn Khaldun
E. H. Carr
Professor Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim
Dr. Muhd Yusof bin Ibrahim
Sejarah membicarakan peradaban manusia dan perubahan yang berlaku.
Herodotus
Ibn Khaldun
E. H. Carr
Professor Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim
Dr. Muhd Yusof bin Ibrahim
Sejarah ialah satu proses interaksi antara masa kini dengan masa lampau.
Herodotus
Ibn Khaldun
E. H. Carr
Professor Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim
Dr. Muhd Yusof bin Ibrahim
Sejarah merujuk peristiwa yang pernah atau sudah berlaku.
Herodotus
Ibn Khaldun
E. H. Carr
Professor Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim
Dr. Muhd Yusof bin Ibrahim
Sejarah merupakan catatan atau rekod sesuatu peristiwa yang berlaku pada masa lalu.
Herodotus
Ibn Khaldun
E. H. Carr
Professor Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim
Dr. Muhd Yusof bin Ibrahim
Sejarah melibatkan
tindakan manusia, perubahan dan catatan sesuatu peristiwa yang berlaku pada masa akan datang.
tindakan manusia, perubahan dan catatan sesuatu peristiwa yang berlaku pada masa lalu.
Apakah kepentingan mempelajari sejarah dalam kehidupan manusia?
Hiburan dan fantasi untuk masa lapang
Iktibar dan teladan untuk kehidupan manusia
Sumber sejarah terbahagi kepada
satu
dua
tiga
empat
Sumber sejarah terbahagi kepada dua iaitu
sumber primer & sumber sekunder
Sumber lisan dan bukan lisan
Sumber fakta dan fiksyen
Sumber dalaman dan luaran
Sumber primer juga dikenali sebagai
Sumber pertama
Sumber kedua
Sumber asal-usul
Sumber tambahan
Sumber primer berada dalam
Bentuk asal dan belum diolah
Bentuk cerita yang telah ditokok tambah
Bentuk ringkasan yang disusun semula
Bentuk hiburan untuk tontonan umum
Contoh sumber primer ialah
Buku teks sejarah moden
Rencana dalam surat khabar semasa
Fosil, manuskrip, dokumen rasmi dan artifak
Filem sejarah yang telah diadaptasi
Fosil ialah
Alatan yang digunakan oleh manusia purba
Tinggalan tumbuhan atau haiwan yang terawet
Batu yang digunakan untuk membuat senjata
Lukisan pada dinding gua zaman dahulu
Manuskrip ialah
Catatan digital tentang sejarah tempatan
Laporan berita mengenai peristiwa semasa
Buku cetakan moden yang digunakan di sekolah
Tulisan tangan seperti Hikayat Hang Tuah dan Sulalatus Salatin
Artifak ialah
Tinggalan haiwan purba yang terawet
Lukisan moden yang menceritakan sejarah
Cerita rakyat yang disampaikan secara lisan
Hasil ciptaan manusia seperti alat batu, tembikar, senjata dan duit syiling
Adakah dokumen rasmi yang mengandungi catatan tentang sesuatu peristiwa sejarah yang telah berlaku dikira sebagai contoh sumber primer?
Ya
Tidak
Sumber sekunder ialah
Tinggalan haiwan atau tumbuhan purba
Penulisan yang dihasilkan daripada sumber asal
Catatan yang ditulis oleh saksi utama sesuatu peristiwa
Bahan bukti yang belum disentuh langsung oleh manusia
Contoh sumber sekunder ialah
Fosil dan artifak
Manuskrip dan lukisan gua
Dokumen rasmi kerajaan purba
Buku, majalah, risalah dan akhbar
Sumber sejarah penting kerana
Ia digunakan untuk hiburan semata-mata
Ia hanya relevan untuk pelajar sejarah sahaja
Ia membantu meramal peristiwa masa depan dengan tepat
Sebagai bukti memahami sesuatu peristiwa yang telah berlaku
Penyelidikan sejarah dilakukan untuk
Mengelirukan fakta sejarah yang sedia ada
Mengubah sejarah mengikut pandangan sendiri
Menghiasi cerita lama dengan elemen fiksyen
Membuktikan peristiwa sejarah yang telah berlaku
Tiga kaedah yang digunakan untuk mendapatkan maklumat sejarah ialah
Kaedah moden, kaedah grafik dan kaedah visual
Kaedah kreatif, kaedah teknologi dan kaedah seni
Kaedah arkeologi, kaedah lisan dan kaedah bertulis
Kaedah eksperimen, kaedah saintifik dan kaedah rekaan
Kaedah arkeologi merupakan proses mendapatkan maklumat daripada
Bahan tinggalan sejarah
Buku teks dan majalah sejarah
Cerita rekaan masyarakat dahulu
Temu bual bersama tokoh semasa
Kaedah arkeologi dilakukan melalui proses
Gali cari (ekskavasi)
Penulisan semula cerita sejarah
Rakaman video peristiwa sejarah
Penerbitan semula dokumen lama
Contoh bahan tinggalan sejarah dalam kaedah arkeologi ialah
Buku sejarah dan majalah
Gambar rajah dan peta moden
Filem dokumentari dan rakaman video
Fosil, tembikar, barangan logam dan kulit siput
Fosil tinggalan sejarah yang terkenal di Lenggong, Perak ialah
Gua Niah
Hang Tuah
Perak Man
Lembing Gangsa
Kaedah lisan merupakan proses mendapatkan maklumat melalui
Temu bual
Penulisan manuskrip
Kajian bahan bertulis
Pemerhatian tapak arkeologi
Individu yang ditemu bual dikenali sebagai
Wartawan
Orang sumber
Ahli arkeologi
Pengkaji sejarah
Orang sumber terdiri daripada
Pelakon dalam filem sejarah
Pengarang buku fiksyen sejarah
Pelajar yang mempelajari sejarah di sekolah
Mereka yang terlibat dalam peristiwa sejarah, melihat atau mendengar peristiwa sejarah daripada orang lain
Langkah-langkah tersebut merupakan langkah
kaedah arkeologi
kaedah lisan
kaedah bertulis
Kaedah bertulis merupakan proses mendapatkan maklumat daripada
Fosil dan artifak
Cerita lisan dan wawancara
Tulisan dan lakaran
Gambar dan video moden
Maklumat kaedah bertulis diperoleh daripada
Lagu rakyat dan cerita lisan
Fosil dan barangan logam
Dinding gua, kayu, batu dan bahan bercetak
Filem dokumentari dan rakaman suara
Langkah-langkah tersebut merupakan langkah
kaedah arkeologi
kaedah lisan
kaedah bertulis
Urutan masa dikenali sebagai
Sejarah
Biografi
Arkeologi
Kronologi
Zaman Sebelum Masihi (SM) ialah
Zaman selepas kemerdekaan
Zaman permulaan abad ke-20
Zaman selepas kelahiran Nabi Isa
Zaman sebelum kelahiran Nabi Isa
Zaman Masihi (M) ialah
Zaman selepas kemerdekaan
Zaman permulaan abad ke-20
Zaman selepas kelahiran Nabi Isa
Zaman sebelum kelahiran Nabi Isa
Tempoh masa bagi dekad ialah
5 tahun
10 tahun
50 tahun
100 tahun
Tempoh masa bagi abad ialah
5 tahun
10 tahun
50 tahun
100 tahun
Tempoh masa bagi alaf ialah
50 tahun
100 tahun
500 tahun
1000 tahun
Ruang dan masa memudahkan kita
Menghafal tarikh peperiksaan
Meneka cerita sejarah secara rawak
Memahami peristiwa sejarah yang telah berlaku
Mengubah fakta sejarah mengikut kehendak sendiri
Memahami sebab dan akibat sesuatu peristiwa sejarah membolehkan kita
Melupakan sejarah lama
Mereka cerita baharu berdasarkan sejarah
Mengambil iktibar dan pengajaran daripada peristiwa sejarah
Mengulangi kesilapan yang sama dalam sejarah
Apakah sebab Hari Anugerah Kecemerlangan Akademik diadakan?
Menyambut hari jadi guru-guru
Mengadakan aktiviti sukan tahunan
Memberi hadiah kepada semua murid tanpa sebab
Menghargai murid yang cemerlang dalam bidang akademik
Apakah kesan Hari Anugerah Kecemerlangan Akademik diadakan?
Murid ponteng sekolah
Murid belajar dengan tekun
Murid leka bermain sepanjang masa
Murid tidak mahu hadir ke sekolah
Apakah sebab Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu 1957?
British menjajah Tanah Melayu
Negara jiran menuntut kemerdekaan dahulu
Rakyat tidak berminat dengan pemerintahan sendiri
Tanah Melayu ingin menjadi sebahagian daripada British
Apakah kesan Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu 1957?
Rakyat berhijrah ke negara lain
Penjajah kembali memerintah Tanah Melayu
Tanah Melayu menjadi negeri jajahan baharu
Rakyat berjuang untuk membebaskan Tanah Melayu daripada penjajah
Mengapakah memahami peristiwa sejarah penting kepada diri?
Supaya kita boleh meniru amalan penjajah
Supaya kita dapat melupakan sejarah lama
Membolehkan kita menulis cerita fiksyen sejarah
Mewujudkan semangat menyayangi dan berbakti kepada negara
Mengapakah memahami peristiwa sejarah penting kepada masyarakat?
Menyebabkan perpecahan kaum
Menggalakkan persaingan antara negeri
Mengukuhkan hubungan dalam kalangan warganegara
Menimbulkan semangat kenegerian yang sempit
Mengapakah memahami peristiwa sejarah penting kepada negara?
Menyukarkan perpaduan rakyat
Membolehkan negara dijajah semula
Menggalakkan pergaduhan antara negeri
Mewujudkan semangat mempertahankan kedaulatan negara
