wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Struktur Data & Modular

Total questions: 20

Worksheet time: 16mins

Name
Class
Date
1.

Kod komputer seharusnya mudah dibaca, di tulis dan mudah dikemaskini. Pemboleh ubah boleh dipecahkan kepada kumpulan-kumpulan kecil. Pernyataan ini merujuk kepada:

a)

Struktur data

b)

Struktur kawalan

c)

Tatasusunan (array)

d)

Struktur modular

2.

Berdasarkan maklumat di bawah, yang manakah teknik pengisytiharan yang tepat?

a)

int jualan = 100;

b)

integer jualan = 100;

c)

int jualan;

jualan = 100;

d)

jualan = integer;

jualan = 100;

3.

Rajah di bawah menunjukkan pengisytiharan pemboleh ubah. Tukarkan pengisytiharan tersebut kepada pengisytiharan tatasusunan.

a)

Int jualan = {100, 120, 110, 145}

b)

Int [1] jualan = {100, 120, 110, 145}

c)

Int [4] jualan = {100, 120, 110, 145}

d)

Int jualan [ ] = {100, 120, 110, 145}

4.

Antara berikut yang manakah kelebihan menggunakan struktur modul atau sub aturcara?

a)

Data yang dimasukkan lebih tepat

b)

Pengisytiharan pemboleh ubah lebih mudah

c)

Lebih mudah untuk diuji dan dibaiki ralat

d)

Lebih mudah memahami aturcara komputer

5.

Rajah di bawah menunjukkan sebuah aturcara. Pilih nama yang tepat untuk setiap bahagian aturcara tersebut.

a)

P = Pengepala

Q = Badan

b)

P = Kata Kunci

Q = Fungsi

c)

P = Jenis data

Q = Parameter

d)

P = Paramater

Q = Sub Aturcara

6.

Rajah di bawah menunjukkan sub aturcara main ( ). Pilih pernyataan yang tepat mengenai sub aturcara main ( ).


I. Sub aturcara wajib dengan nama main ( )

II. Tidak boleh wujud tanpa sub aturcara yang lain

III. Mengandungi baris pertama pernyataan mesti

dilaksanakan komputer

IV. Mengandungi baris terakhir pernyataan yang mesti

dilaksanakan komputer

a)

I dan II sahaja

b)

I, II dan III sahaja

c)

I, III dan IV sahaja

d)

Semua di atas

7.

Rajah di bawah menunjukkan pengisytiharan parameter dalam aturcara komputer. Yang manakah menunjukkan nama parameter.

a)

static

b)

void

c)

untung

d)

int jualan

8.
String []  NamaBulan = {"Januari", "Februari", "Mac", "April", "Mei", "Jun"};
Apakah saiz tatasusunan NamaBulan ?
a)
5
b)
6
c)
7
d)
4
9.
String [] NamaPelajar = {"Fera", "Johan", "Lestari"};
Manakah antara berikut merupakan kod Java yang betul untuk mencetak elemen "Johan".
a)
System.out.print (NamaPelajar[1]);
b)
System.out.print (NamaPelajar[2]);
c)
System.out.print (NamaPelajar[0]);
10.
int [] MarkahUjian = {77, 88, 99};
System.out.print (MarkahUjian[1]);
Apakah nilai yang akan dicetak oleh kod yang berwarna hijau tersebut?
a)
Tiada
b)
88
c)
77
d)
99
11.
int [] UmurPelajar = {16, 17, 18, 19};
System.out.print (UmurPelajar[4]);
Apakah nilai yang akan dicetak oleh kod yang berwarna hijau tersebut?
a)
17
b)
18
c)
19
d)
Tiada
12.
double [] TinggiPelajar = {1.65, 1.54, 1.30};
System.out.print (TinggiPelajar[2]);
Apakah nilai yang akan dicetak oleh kod yang berwarna hijau tersebut?
a)
1.54
b)
1.65
c)
1.30
d)
Tiada
13.
String []  JenamaKasut = {"Nike", "Vans", "Adidas", "Bata"};
System.out.print (JenamaKasut ['2']);
Apakah silap bagi kod di atas ?
a)
JenamaKasut ['2'] di luar batasan tatasusunan
b)
Panggilan elemen tidak dibenarkan kerana indeks bukan integer tetapi String
c)
Panggilan elemen tidak dibenarkan kerana indeks bukan integer tetapi char
d)
Panggilan elemen tidak dibenarkan kerana kod tidak lengkap
14.
String []  Nama = {"Ali", "Abu", "Ahmad"};
Apakah jenis data bagi tatasusunan berikut ?
a)
string
b)
char
c)
String
d)
int
15.
_______ tinggi = {1.65, 1.54, 1.30};
Apakah jenis data yang sesuai bagi tatasusunan di atas ?
a)
int
b)
double
c)
String
d)
Double
16.
Dalam memori komputer, elemen-elemen dalam tatasusunan sentiasa diletakkan sebelah-menyebelah dalam satu blok memori.
BENAR atau SALAH ?
a)
Benar
b)
Salah
17.
Apakah kegunaan tanda kurung [] dalam pengisytiharan tatasusunan ?
a)
Menjadikan kod lengkap dan sempurna serta senang difahami
b)
Mengisytiharkan bahawa pemboleh ubah tersebut merupakan jenis tatasusunan
c)
Mudah untuk dipanggil
d)
Tiada sebab
18.
String []  HaiwanPeliharaan = {"Kucing", "Burung", "Iguana", "Hamster"};
Manakah antara berikut merupakan kod yang salah dan tidak dapat digunakan ?
a)
System.out.print (HaiwanPeliharaan[0]);
b)
System.out.print (HaiwanPeliharaan[1]);
c)
System.out.print (HaiwanPeliharaan[2]);
d)
System.out.print (HaiwanPeliharaan[4]);
19.
Langkah 1 : Mengisytiharkan tatasusunan
Langkah 2 : Mengisytiharkan saiz tatsusunan
Benarkah langkah pengisytiharan struktur tatasusunan berikut ?
a)
Benar
b)
Salah
20.

Apa itu pemboleh ubah?

a)

Sistem pengurusan maklumat yang melibatkan pemprosesan suatu jumlah data yang banyak.

b)

Slot memori yang telah dikhaskan untuk menyimpan data.

c)

Koleksi satu atau lebih data yang dipanggil elemen.