wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BAB 4: EKONOMI & KERAJAAN

Total questions: 30

Worksheet time: 17mins

Name
Class
Date
1.

Apakah matlamat utama kerajaan menyediakan barang awam

a)

Menjana hasil kerajaan

b)

Memonopoli pasaran

c)

Menjaga kebajikan masyarakat

d)

Memperoleh keuntungan jualan

2.

Senaraikan ciri pasaran monopoli semulajadi.

a)

Lebih daripada satu firma

b)

Keluaran ada pengganti

c)

Penentu harga pasaran

d)

Tiada kebebasan keluar masuk industri

3.

Objektif makroekonomi adalah seperti berikut kecuali

a)

Guna tenaga penuh

b)

Kestabilan harga

c)

Pertumbuhan ekonomi

d)

Memaksimunkan harga

4.

Tingkat harga umum yang meningkat secara berterusan berlaku semasa

a)

Inflasi dan deflasi

b)

Deflasi

c)

Inflasi

d)

Kestabilan ekonomi

5.

Firma menjejaskan kebajikan masyarakat serta mengeksploitasi pengguna.Kerajaan memantau dan mengawal melalui

a)

Peraturan dan undang-undang

b)

Pemberian subsidi

c)

Cukai

d)

Denda

6.

Antara yang berikut, manakah yang merupakan eksternaliti negatif?

a)

Peningkatan keuntungan firma

b)

Pencemaran udara akibat pelepasan asap kenderaan

c)

Pencemaran air akibat pembuangan sisa industri

d)

Peningkatan masalah sosial

7.

Rajah di bawah ini menunjukkan salah satu cara kerajaan mengawal selia pengeluar. Apakah X?

a)

Cukai

b)

Subsidi

c)

Kawalan pertukaran asing

d)

Undang-undang dan peraturan

8.

Pemberian subsidi kepada pengeluar minyak masak menyebabkan

a)

Harga kelapa sawit menurun

b)

Penawaran minyak masak menurun

c)

Permintaan minyak masak menurun

d)

Kos pengeluaran minyak masak menurun

9.

Rajah di bawah ini menunjukkan penunjuk ekonomi. Pernyataan manakah yang benar mengenai X?

a)

Pengukur perubahan harga purata bagi sekumpulan barang dan perkhidmatan terpilih

b)

Pengukur pertambahan pengeluaran barang akhir dan perkhimatan

c)

Pengukur jumlah pengangguran dalam kalangan tenaga buruh

d)

Alat yang digunakan untuk mengukur jumlah nilai pasaran barang akhir dan perkhidmatan

10.

Inflasi tarikan permintaan berlaku apabila ..

a)

Kos pengeluaran meningkat

b)

Harga barang import dari luar negara meningkat

c)

Jumlah permintaan terhadap barang dan perkhidmatan melebihi jumlah penawarannya

d)

Jumlah penawaran terhadap barang dan perkhidmatan melebihi jumlah permintaannya.

11.

Antara berikut, yang manakah benar tentang kesan inflasi?

a)

Pendapatan benar bertambah

b)

Golongan pesara untung

c)

Inflasi yang rendah kadarnya menggalakkan pertumbuhan ekonomi

d)

Jumlah simpanan susut

12.

Manakah yang dapat meningkatkan tenaga buruh dalam ekonomi?

a)

Melanjutkan usia persaraan

b)

Memanjangkan tempoh persekolahan

c)

Mengurangkan kemasukan buruh asing

d)

Mengurangkan pengangguran

13.

Manakah yang betul tentang kesan pengangguran?

a)

Peningkatan pendapatan individu

b)

Peningkatan kualiti hidup

c)

Pengurangan produktiviti

d)

Pengurangan hutang

14.

Apakah penyebab pengangguran geseran?

a)

Kekurangan permintaan agregat

b)

Pengenalan teknologi baharu

c)

Pengguna tempatan lebih membeli barang import

d)

Kekurangan informasi berkaitan kekosongan pekerjaan

15.

Apakah jenis pengangguran yang disebabkan oleh pertukaran kerja?

a)

Geseran

b)

Berstruktur

c)

Kitaran

d)

Geseran dan berstruktur

16.

Pengangguran kitaran berlaku apabila

a)

Keadaan ekonomi adalah lembap

b)

Perubahan struktur ekonomi

c)

Pekerja berhenti kerja

d)

Pekerja mencari pekerjaan baharu

17.

Pendapatan negara boleh digambarkan melalui

a)

Semua faktor pengeluaran

b)

Nilai barang dan perkhidmatan

c)

Faktor pengeluaran milik negara

d)

Keluaran Dalam Negara Kasar

18.

Manakah yang berikut menyumbang kepada KDNK Malaysia?

a)

Buruh asing yang bekerja di Selangor

b)

Cawangan Syarikat Ramly melabur di Indonesia

c)

TESCO di Kelantan membeli bahan mentah di Myanmar

d)

Jurutera dari China bekerja di pejabat cawangan Malaysia

19.

Manakah yang tepat tentang kesan penyediaan infrastruktur fizikal ke atas pertumbuhan ekonomi?

a)

Pengurangan masalah sosial

b)

Akses ke pasaran terhalang

c)

Peningkatan kecekapan firma

d)

Mengurangkan pelabur asing

20.

Bagaimanakah kerajaan menggunakan dasar fiskal dalam mengatasi masalah inflasi

a)

Menurunkan kadar cukai

b)

Menaikkan kadar cukai

c)

Mengurangkan perbelanjaan kerajaan

d)

Meningkatkan perbelanjaan kerajaan

21.

Antara yang berikut, yang manakah adalah berkaitan dengan dasar fiskal mengembang?

a)

Kuasa beli masyarakat meningkat

b)

Permintaan pengguna meningkat

c)

Buruh kurang diperlukan dalam ekonomi

d)

Pendapatan boleh guna masyarakat menurun.

22.

Sumbangan terbesar hasil Negara adalah melalui

a)

Cukai langsung

b)

Hasil bukan cukai

c)

GST

d)

Duti stem

23.

Antara yang berikut, yang manakah berkaitan dengan hasil cukai langsung kerajaan

a)

Duti Setem

b)

Cukai Pintu

c)

Duti Eksport

d)

Cukai barang dan perkhidmatan (GST)

24.

Maklumat di atas berkaitan dengan

a)

Hasil cukai

b)

Hasil bukan cukai

c)

Hasil cukai langsung

d)

Hasil cukai tak langsung

25.

Berpandukan Jadual di atas, pilih penyataan yang benar

a)

Hasil kerajaan telah bertambah sebanyak 34% pada tahun 2017

b)

Kerajaan telah melaksanakan dasar belanjawan lebihan pada 2017

c)

Belanjawan kurangan telah berlaku pada 2016 berbanding tahun 2017.

d)

Perbelanjaan kerajaan telah meningkat sebanyak 67.86% pada 2017

26.

Perbelanjaan pembangunan dalam sektor perkhidmatan sosial ialah

a)

Menyelenggara dan membaiki harta awam

b)

Meningkatkan kemudahan infrastruktur

c)

Menyediakan peralatan pertahanan tentera

d)

Memberi subsidi kepada para petani

27.

Apakah strategi kerajaan dalam melaksanakan belanjawan kurangan semasa ekonomi mengalami deflasi

a)

Menurunkan kadar cukai

b)

Mengetatkan syarat sewa beli

c)

Menurunkan perbelanjaan kerajaan

d)

Menjual surat berharga kerajaan

28.

Berdasarkan jadual di atas, apakah jenis kadar cukai yang dikenakan ke atas individu A dan B?

a)

Cukai berkadar Regresif

b)

Cukai berkadar Progresif

c)

Cukai berkadar malar

d)

Cukai langsung

29.

Antara yang berikut, yang manakah benar tentang perbelanjaan mengurus?

a)

Puan Siti Hajar menerima pencen bulanan sebanyak RM2500

b)

Kerajaan membesarkan pelabuhan perikanan di Tok Bali, Kelantan

c)

Kementerian Pendidikan membina sebuah sekolah menengah di Taiping, Perak

d)

Encik Ali bekerja sebagai kerani dan menerima gaji setiap bulan sebanyak RM3500

30.

Antara yang berikut, jenis inflasi manakah yang berkaitan?

a)

Inflasi bermusim

b)

Inflasi diimport

c)

Inflasi Tolakan kos

d)

Inflasi Tarikan permintaan