WorksheetsKUIZ HMT115 (KUMP 3 )
Total questions: 20
Worksheet time: 8mins
1)Berikut merupakan rongga utama penghasilan bunyi kecuali :
Lubang hidung
Rongga oral (mulut)
Paru-paru
Lelangit Lembut
VOKAL A
2)Apakah nama vokal di atas dan keadaan bibir apabila membunyikannya ?
Vokal depan separuh sempit, bibir bentuk hampar
Vokal depan luas, bibir berbentuk hampar
Vokal belakang sempit, bibir berbentuk bundar
Vokal belakang separuh sempit, bibir berbentuk bundar
3)Antara yang berikut, manakah bunyi geseran (frikatif) ?
b dan p
j dan c
f dan v
w dan y
-Mempunyai satu puncak kelantangan sahaja
-Disebut dalam satu suku kata
4)Huraian di atas merupakan perbezaan antara diftong dan vokal rangkap
Betul
Salah
5) Yang manakah kata kerja yang mengandungi sisipan?
I Menceroboh III Menjelajah
II Menyeluruh IV Menyelisir
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
6)Yang manakah ayat yang menggunakan kata sendi dengan betul?
Kes itu perlu dilaporkan kepada pihak polis
Tulis nama anda pada ruangan yang berkenaan
Peserta kuiz itu dibahagikan pada empat kumpulan
Semua gambar yang kau berikan padaku akan kesimpulan
7)Yang manakah merupakan kata ganda separa?
Lari-lari
Lelaki
Kayu-kayuan
Hutan belantara
8)Suraya sedang memasak masakan kegemaran anaknya di dapur.
Adakah ayat di atas merupakan ayat lengkap?
Betul
Salah
Pelajar itu menyiapkan tugasan dengan cermat.
9)Ayat di atas ialah ayat aktif transitif.
Betul
Salah
“ Kalau sudah dasar buaya, semua perempuan hendak dipikatnya”, jerkah Suhaila kepada Helmi.
10)Perkataan buaya dalam ayat di atas membawa maksud…
Denotatif
Konotatif
Hiponim
Meronim
11) Perkataan rendang dalam ayat di atas merupakan
Polisemi
Homofon
Homonim
Homograf
12)Antara yang berikut, yang manakah pasangan kata antonim yang betul?
elok- cantik
bising- gamat
tegang- kendur
lentur- bengkok
13)Apakah fungsi ujaran berikut dalam konteks pragmatik?
Ujaran:
“Awak tak rasa bilik ni panas ke?”
Bertanya tentang suhu bilik.
Menyindir supaya kipas atau pendingin hawa dibuka.
Memberi arahan secara langsung.
Mengeluh tentang cuaca di luar rumah.
14)Situasi berikut melibatkan prinsip maksim Grice. Apakah maksim yang dilanggar?
Situasi:
P: “Kau tahu tak siapa yang pecahkan cermin itu?”
Q: “Eh, semalam saya tengok langit sangat cantik. Banyak bintang!”
Maksim kuantiti
Maksim hubungan
Maksim cara
Maksim kualiti
15)Antara yang berikut, yang manakah contoh jelas variasi dialek dalam penggunaan bahasa?
“Awak makan apa tadi?”
“Hang pi mana tadi?”
“Saya sudah makan tengah hari.”
“Kamu hendak ke kedai itu?”
16)Situasi berikut menunjukkan fenomena sosiolinguistik yang mana?
Situasi:
Dalam satu perbualan:
“Tadi I pergi kedai, lepas tu dia cakap price barang tu naik gila!”
Diglosia
Dialek
Percampuran Kod
Ideolek
17)Apakah tujuan utama analisis wacana dalam kajian bahasa?
Untuk menghafal semua istilah linguistik
Untuk memahami bagaimana bahasa digunakan dalam konteks sosial
Untuk menerangkan perubahan bunyi dalam bahasa
Untuk mengira bilangan kata dalam satu ayat
"Kerajaan sentiasa prihatin terhadap nasib rakyat di luar bandar."
18)Apakah fungsi wacana dalam ayat tersebut?
Menyatakan fakta geografi
Memberi arahan kepada rakyat
Mempersoalkan dasar kerajaan
Menunjukkan imej positif pihak kerajaan
19)Psikolinguistik mengkaji hubungan antara bahasa dan…
Tatabahasa
Komputer
Proses mental manusia
Penulisan kreatif
20)Apakah yang dimaksudkan dengan pemerolehan bahasa pertama?
Belajar bahasa asing melalui buku teks
Menghafal kosa kata bahasa ibunda
Proses semula jadi kanak-kanak mempelajari bahasa ibunda
Membaca dan menulis dalam dua bahasa secara serentak
