Font size
WorksheetsQuiz Sejarah Tahun 6 Topik 1-2
Total questions: 70
Worksheet time: 38mins
Idea pembentukan Malaysia ialah sebuah idea yang disuarakan melibatkan cadangan pemimpin-pemimpin. Siapakah antara pemimpin yang terlibat dalam menyumbangkan idea pembentukan Malaysia?
Tunku Abdul Rahman
Tun Mahathir
Tan Sri Anuar Ibrahim
Lord Brassey merupakan pengarah British North Borneo Company yang memberikan cadangan awal untuk menggabungkan beberapa buah negeri. Apakah negeri-negeri yang tersebut?
Sarawak
Sabah
Negeri-negeri Melayu
Negeri-negeri Selat
Idea pembentukan sebuah MELAYU RAYA telah dicadangkan oleh Ibrahim Haji Yaacob dan Harun Aminurrashid pada tahun bila?
1957
1963
2015
1938
Tanah Melayu dicadangkan membentuk sebuah negara bernama Malaysia dengan negeri-negeri lain atas beberapa sebab. Apakah salah satu sebab pembentukan Malaysia?
Ancaman komunis
Mempercepatkan pembangunan
Mengiktiraf komunis dalam negara
Menjamin keselamatan kedudukan politik
Adakah benar Singapura menghadapi ancaman komunis?
YA
TIDAK
Apakah antara negeri yang meminta untuk dipercepatkan kemerdekaan?
Sabah dan Sarawak
Negeri Sembilan
Selangor
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Bagaimana penubuhan Malaysia dapat mengatasi ketidakseimbangan kaum?
Bergabung dengan Singapura
Bergabung dengan Indonesia
Bergabung dengan Sabah dan Sarawak
Bergabung dengan Filipina
Apakah yang akan berlaku sekiranya Tanah Melayu hanya bergabung dengan Singapura sahaja?
Berlaku kemajuan ekonomi
Rakyat akan mula bersatu
Bahasa Mandarin akan menjadi bahasa rasmi negara
Berlaku ketidakseimbangan kaum
Apakah kaum terbesar dari Singapura?
Melayu
Cina
India
Kadazandusun
Bagaiman kaum Cina dan India berada ke Tanah Melayu?
Mereka datang kerana berdagang
Mereka datang kerana dibawa oleh British
Mereka datang bersama pedagang
Mereka berhijrah
Pilih negara yang ingin bersatu dengan Persekutuan Tanah Melayu:
Singapura
Indonesia
Filipina
Brunei
Sabah dan Sarawak
Parti Komunis terdiri dari kaum apa?
Melayu
India
Cina
British
Sebelum Malaysia ditubuhkan. Terdapat pelbagai langkah telah diambil. Berapakah langkah-langkah yang telah diambil sebelum terbentuknya Malaysia?
5 Langkah
7 Langkah
10 Langkah
20 Langkah
Tunku Abdul Rahman telah mengumukan cadangan pembentukan Malaysia di Hotel Adelhi, Singapura. Seterusnya mengadakan lawatan ke Sarawak untuk menerangkan kepada pemimpin tempatan tentang idea pembentukan Malaysia. Seterusnya JSKM ditubuhkan untuk meyakinkan pemimpin Sabah dan Sarawak tentang penubuhan Malaysia.
Pada tahun berapakah peristiwa ini berlaku?
1963
1961
1957
2014
Pada tahun berapa Malaysia terbentuk?
1969
1963
1957
1999
Cadangan dan langkah-langkah telah diambil oleh barisan pemimpin negara untuk membentuk negara Malaysia. Berapa tahun masa yang telah diambil bermula dari langkah pertama sehingga kepada hari pengumuman Malaysia dibentuk?
3 Tahun
6 Tahun
5 Tahun
10 Tahun
Langkah pembentukan Malaysia bermula dari tahun bila sehingga ke tahun bila?
1953-1963
1957-1963
1957-1961
1961-1963
Apakah fungsi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mewujudkan Uniited Nations Malaysia (UNMM) ?
untuk mengesahkan persetujuan penduduk Sabah dan Sarawak
Menyerahkan laporan reaksi penduduk
menyiarkan laporan penduduk tempatan
Meyakinkan raja-raja Melayu
Siapakah antara tokoh lain yang terlibat dalam pembentukan Malaysia?
Tun V.T. Sambanthan
Lee Kuan Yew
Tun Abdul Razak
Tan Sri Najib Razak
Adakah Singapura sempat menyertai Malaysia?
TIDAK
YA
Adakah Brunei sempat menyertai Malaysia?
YA
TIDAK
Adakah Brunei pernah dicadangkan untuk menyertai Malaysia?
YA
TIDAK
Sehingga ke hari ini apakah negeri lain yang terlibat dalam pembentukan Malaysia selain dari Persekutuan Tanah Melayu?
Singapura
Brunei
Sabah
Sarawak
Perak merupakah salah satu negeri yang terdapat di semenanjung Malaysia.
Nama negeri Perak pula diberi sempena dengan "kilatan ikan di dalam air".
Manakala terdapat salah satu negeri di semenanjung pula diberikan nama sempena dengan nama pokok mahang. Apakah negeri tersebut?
Kelantan
Sabah
Terengganu
Pahang
Negeri ini berasal dari perkataan Arab iaitu "Jauhar". Apakah nama negeri ini?
Johor
Sarawak
Brunei
Kedah
Negeri ini mempunyai gelaran "Malakat".
Selangor
Melaka
Negeri ini sempena nama "kilatan".
Terengganu
Sarawak
Kelantan
Negeri ini sempena nama "Sungai Serak".
Sabah
Kelantan
Sarawak
Di Malaysia, setiap negeri mempunyai gelaran bagi pemimpin negeri-negeri tersebut. Apakah gelaran pemimpin negeri bagi Negeri Sembilan?
Sultan
Raja
Yang di-Pertuan Negeri
Yang di-Pertuan Besar
Negeri-negeri ini memanggil memanggil pemimpin dengan gelaran "Yang di-Pertua Negeri". Apakah antara negeri-negeri tersebut?
Johor dan Melaka
Negeri Sembilan dan Melaka
Kelantan dan Kedah
Pulau Pinang dan Sarawak
Apakah gelaran bagi pemimpin negeri bagi Melaka?
Yang di-Pertua Negeri
Yang di-Pertuan Negeri
Yang di-Pertuan Besar
Sultan
Terdapat beberapa buah negeri sahaja yang mempunyai bandar diraja. Apakah antara negeri tersebut?
Pahang
Pulau Pinang
Sabah
Sarawak
Melaka mempunyai bandar bersejarah, tetapi tidak mempunyai bandar diraja.
YA
TIDAK
Arau ialah bandar diraja Perlis.
TIDAK
YA
Kota Bharu ialah bandar diraja Kelantan.
YA
TIDAK
Pekan ialah bandar diraja Terengganu.
TIDAK
YA
Lagu Babgsa Johor ialah lagu bagi negeri:
Selangor
Melaka
Johor
Lagu Duli Yang Maha Mulia ialah lagu bagi:
Selangor
Kelantan
Sarawak
Lagu Ibu Pertiwiku ialah lagu bagi negeri:
Sarawak
Selangor
Wilayah Persekutuan
Di Malaysia mempunyai 3 Wilayah Persekutuan.
Apakah tajuk lagu bagi Wilayah Persekutuan?
Maju dan Sejahtera
Duli Yang Maha Mulia
Ibu Pertiwiku
Selamat Sultan
Apakah nama Wilayah Persekutuan yang terdapat di Malaysia?
W.P. Kuala Lumpur
W.P. Labuan
W.P. Putrajaya
W.P. Sandakan
Rukun Negara dibentuk selepas peristiwa 13 Mei 1969.
Apakah peristiwa tersebut?
Peristiwa rusuhan kaum
Peristiwa komunis
Peristiwa bersejarah
Peristiwa pilihan raya
Terdapat beberapa sebab kepada pengenalan Rukun Negara. Apakah antara sebab tersebut?
Perbezaan pemimpin agama
Pengasingan tempat tinggal antara kaum
Persamaan ekonomi antara Melayu dan Cina
Setiap kaum tinggal di kawasan yang sama
Rukun Negara diwujudkan disebabkan beberapa matlamat yang hendak dicapai. Apakah matlamat tersebut?
Memelihara cara hidup yang demokrasi
Berkongsi kemajuan sosial dengan British
Mencipta sebuah tempat tinggal baharu
Bina kawasan ekonomi untuk kaum Cina
Apakah prinsip Rukun Negara yang ke-5?
Kesopanan dan kesusilaan
Kedaulatan undang-undang
Kepercayaan kepada Tuhan
Kesetiaan kepada raja dan negara
Apakah matlamat prinsip Rukun Negara bagi "Kepercayaan Kepada Tuhan"?
untuk melahirkan rakyat yang menghormati pegangan agama masyarakat lain
melahirkan masyarakat yang taat setia kepada YDPA
memastikan rakyat wajib mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan
memperlihatkan rakyat Malaysia mempunyai nilai murni
Rukun Negara diwujudkan untuk memainkan peranan yang sangat penting antaranya ialah:
mengukuhkan perpaduan masyarakat
menerapkan nilai murni
membentuk jati diri masyarakat Malaysia
membentuk masyarakat yang patriotik
Di Malaysia mempunyai kepelbagaian kaum. Apakah kaum utama di Malaysia?
Melayu
Cina
India
Baba dan Nyonya
Apakah bahasa yang digunakan oleh kaum India di Malaysia?
Bahasa Tamil
Bahasa Melayu
Bahasa Mandarin
Bahasa Hindustan
Setiap kaum di Malaysia mempunyai pakaian tradisional masing-masing. Apakah pakaian tradisional bagi kaum Cina?
Baju Kebaya
Baju Kebaya
Baju Cheongsam
Baju Sari
Di Sabah terdapat kaum yang terbesar iaitu kaum:
Kaum India
Kaum Melayu
Kaum Cina
Kaum Kadazandusun
Dari negeri manakah kaum Baba dan Nyonya berasal?
Negeri Sembilan
Negeri Melaka
Negeri Pahang
Negeri Sarawak
Bagaimana wujudnya kaum Baba dan Nyonya di Malaysia?
mereka datang dari negara Britain
dibawa oleh pedagang
asal penduduk tempatan
perkahwinan pedagang China dengan penduduk tempatan
Apakah bahasa yang diguna oleh Kaum Sikh?
bahasa Punjabi
bahasa Melayu
bahasa Telegu
Apakah kaum lain yang terdapat di Sarawak?
Melayu
Kenyah
Melanau
Bidayuh
Apakah kaum terbesar yang terdapat di Sabah?
Murut
Rungus
Iranum
Bajau
India
Pada era awal kemerdekaan di manakah tempat tinggal masyarakat Melayu?
kawasan kampung
pesisir pantai
kawasan bandar
sungai
Apakah kegiatan masyarakat orang asli?
kraftangan
berniaga
berburu
mengutip hasil hutan
Di manakah tempat tinggal masyarakat orang asli?
hutan dan pedalaman
pinggir bandar
kawasan ladang
pekan
Gambus, geduk, nafiri dan angklung ialah alat muzik bagi masyarakat Melayu.
BETUL
TIDAK
Apakah bahasa yang digunakan oleh kaum Melayu di Malaysia?
Bahasa Perancis
Bahasa Arab
Bahasa Inggeris
Bahasa Melayu
Apakah yang akan berlaku sekiranya Malaysia tidak mempunyai Rukun Negara?
Ketidakstabilan sosial mungkin berlaku
Ekonomi akan berkembang pesat
Bahasa rasmi akan berubah
Rakyat akan lebih bersatu
Apakah nama lagu kebangsaan Malaysia?
Negaraku
Malaysia Tanah Airku
Jalur Gemilang
Siapakah yang dikenali sebagai Bapa Kemerdekaan Malaysia?
Tun Mahathir
Tunku Abdul Rahman
Tan Sri Anuar Ibrahim
Apakah tarikh rasmi kemerdekaan Malaysia?
31 Ogos 1957
1 September 1963
16 September 1963
Apakah nama pemimpin yang mengumumkan penubuhan Malaysia pada tahun 1963?
Tunku Abdul Rahman
Tan Sri Muhyiddin Yassin
Dr. Mahathir Mohamad
Apakah negeri yang dikenali sebagai "Bumi Kenyalang"?
Kelantan
Sarawak
Sabah
Apakah gelaran pemimpin negeri bagi negeri Perak?
Sultan
Yang di-Pertuan Besar
Raja
Apakah tujuan utama Rukun Negara ditubuhkan?
Menggalakkan ekonomi
Menjaga kebudayaan
Memperkuatkan perpaduan
Menjamin keselamatan
Siapakah yang dikenali sebagai Bapa Malaysia?
Dr. Mahathir Mohamad
Tunku Abdul Rahman
Lim Kit Siang
Tan Cheng Lock
