Font size
WorksheetsSoalan Geografi Tingkatan 1-4
Total questions: 65
Worksheet time: 33mins
Apakah kesan putaran bumi?
Kejadian gerhana matahari
Kejadian siang dan malam
Kejadian pasang surut
Kejadian empat musim
Mengapakah tempoh masa kejadian siang dan malam berbeza mengikut musim di kawasan zon sederhana?
Putaran bumi
Peredaran bumi
Bumi berbentuk sfera
Kecondongan paksi bumi
Apakah kesan peredaran bumi pada tahun lompat?
366 hari setahun
Gerhana matahari
Gerhana bulan
Kejadian empat musim
Mengapakah kejadian empat musim berlaku di kawasan iklim hawa sederhana?
Putaran bumi di atas paksinya
Bumi berputar dari barat ke timur
Sebahagian permukaan bumi menghadap matahari
Bumi mengelilingi matahari dengan kecondongan paksi 66½°
Apakah keadaan yang berlaku apabila pancaran matahari tegak di garisan Sartan pada 21 Jun?
Musim Luruh di Hemisfera Selatan
Kutub Selatan mengalami siang 24 jam
Mengalami siang dan malam sama panjang
Waktu siang lebih panjang di Hemisfera Utara
Lapisan atmosfera yang manakah penting dalam perkembangan sistem telekomunikasi?
Stratosfera
Mesosfera
Troposfera
Termosfera
Apakah lapisan atmosfera yang berkaitan dengan ciri berikut? Lapisan paling dekat dengan permukaan bumi. Berlaku kejadian angin, ribut dan kilat.
Eksosfera
Mesosfera
Termosfera
Troposfera
Di lapisan atmosfera yang manakah letaknya lapisan ozon?
Eksosfera
Mesosfera
Stratosfera
Termosfera
Di lapisan atmosfera manakah berlaku pembentukan hujan dan ribut petir?
Mesosfera
Stratosfera
Termosfera
Troposfera
Mengapakah lapisan ozon penting kepada kehidupan manusia dan haiwan?
Menapis sinaran ultraungu
Mengurangkan strok haba
Menyerap jerebu di udara
menyerap karbon dioksida
Lapisan atmosfera yang manakah dapat membalikkan gelombang radio?
Stratosfera
Mesosfera
Termosfera
Troposfera
Maklumat berikut menerangkan tentang lapisan atmosfera. Mengandungi lapisan yang menapis sinar ultraungu (UV). Laluan kapal terbang supersonik. Apakah lapisan atmosfera tersebut?
Eksosfera
Mesosfera
Stratosfera
Troposfera
Maklumat berikut merupakan ciri lapisan bumi. Lapisan paling luar. Habitat pelbagai hidupan. Apakah lapisan tersebut?
Litosfera
Stratosfera
Mesosfera
Astenosfera
Pernyataan manakah yang benar tentang lapisan litosfera?
Terdapat pelbagai mineral
Tempat terbakarnya meteorit
Kawasan pembalikan gelombang radio
Laluan penerbangan kapal terbang supersonik
Pernyataan manakah yang berkaitan dengan biosfera?
Kawasan sumber air
Kawasan gunung-ganang
Merupakan sumber mineral
Kepelbagaian jenis hidupan
Apakah lapisan yang memisahkan mantel dengan teras bumi?
Ketakselanjaran Mohorovicic
Ketakselanjaran Gutenberg
Thermosfera
Astenosfera
Apakah ciri lapisan mantel dalam struktur bumi?
Lapisan paling dalam
Suhu melebihi 5000°C
Terdapat arus perolakan
Ketebalan 30 km hingga 40 km
Maklumat berikut berkaitan dengan ciri lapisan bumi. Dikenali sebagai barisfera. Ketebalan 3480 km. Apakah laisan tersebut?
Kerak bumi
Teras bumi
Plat benua
Mantel
Apakah ciri lapisan kerak bumi dalam struktur bumi?
Mempunyai suhu 8000 °C
Terdapat arus perolakan
Terdiri daripada SIAL dan SIMA
Mengndungi cecair magma yang panas
Di lapisan bumi yang manakah terdapat arus perolakan?
Mantel
Kerak bumi
Teras luar
Teras dalam
Apakah ciri lapisan mantel dalam struktur bumi?
Lapisan paling dalam
Suhu melebihi 5000°C
Terdapat arus perolakan
Ketebalan 30 hingga 40 kilometer
Lapisan bumi manakah terdapat arus perolakan?
Mantel
Teras luar
Kerak bumi
Teras dalam
Antara berikut, yang manakah merupakan plat lautan?
Plat Antartika
Plat Afrika
Plat Eurasia
Plat Pasifik
Antara berikut, manakah yang dikaitkan dengan bentuk muka bumi jalar dalam?
Batolit
Penara basalt
Kaldera
Tasik kawah
Banjaran Himalaya terbentuk hasil daripada pertembungan
Plat Antartika dengan Plat Amerika
Plat Pasifik dengan Plat Eurasia
Plat India dengan Plat Eurasia
Plat Afrika dengan Plat Indo-Australia
Pernyataan manakah benar tentang lava asid?
Sangat pekat dan mengalir dengan perlahan
Mempunyai takat lebur yang rendah dan sangat panas
Lambat membeku dan mengalir lebih jauh di permukaan bumi
Mengandungi sedikit silika tetapi banyak besi dan magnesium
Bentuk muka bumi yang terhasil akibat proses pencapahan plat?
permatang tengah lautan
banjaran gunung lipat
arka gunung berapi
lurah gelinciran
Apakah kesan gempa bumi kepada alam sekitar?
Kehilangan nyawa
Perubahan landskap
Kerosakan jalan raya
Kemusnahan harta benda
Apakah langkah yang boleh diambil bagi mengurangkan risiko kesan daripada tsunami?
Membina tembok yang tinggi di pinggir pantai
Membina bangunan yang rintang gegaran
Memasang boya di kawasan perairan
Memantau aktiviti seismik bumi
Alat yang digunakan untuk mengukur kekuatan pergerakan gempa bumi disebut sebagai
Skala Richer
Seismograf
Anemometer
Skala Beaufort
Apakah ciri batuan igneus?
Mempunyai tekstur yang kasar
Struktur batuan berlapis-lapis
Mengandungi fosil tumbuhan
Terbentuk daripada magma dan lava
Batuan igneus dan enapan boleh bertukar kepada batuan metamorfosis disebabkan oleh perubahan
suhu
tekstur
warna
tekanan
Kombinasi manakah yang benar tentang batuan dan proses pembentukannya?
Granit Penyimenan bahan
Marmar Penyejukan lava
Kuartzit Tekanan dan suhu tinggi
Gipsum Pemejalan magma
Apakah jenis batuan yang dihasilkan melalui proses perubahan suhu dan tekanan tinggi?
Batu marmar
Batu garam
Batu arang
Batu pasir
Bagaimanakah batuan igneus boleh berubah menjadi batuan metamorfosis?
Perekatan serpihan batuan
Pemadatan dan penyimenan
Proses tekanan haba yang tinggi
Penyejukan dan pembekuan magma
Batuan yang digunakan untuk menghasilkan barangan di atas ialah
Batu kapur
Batu pasir
Basalt
Granit
Apakah batuan yang digunakan dalam perindustrian simen?
Batu Kuartzit
Batu Marmar
Batu Garam
Batu Kapur
Apakah kepentingan batuan basalt terhadap pembangunan negara?
Bahan utama penghasilan simen
Dijadikan balast landasan kereta api
Dijadikan barangan perhiasan
Bahan binaan bangunan
Kombinasi manakah benar tentang kegunaan jenis batu?
Batu kapur Simen
Batu pasir Kaca
Konglomerat Jubin
Granit Tembikar
Berikut merupakan proses-proses luluh hawa biologi kecuali
Tindakan fros
Aktivit manusia
Tindakan akar tumbuhan
Tindakan mikroorganisma
Antara berikut proses luluhawa manakah yang dominan di kawasan tanah tinggi dalam rajah di atas?
Pengelupasan
Tindakan biologi
Pemecahan bongkah
Penghabluran garam
Apakah proses luluhawa yang menyebabkan pembentukan gua batu kapur?
Pengkarbonan
Kembang kecut
Pelepasan tekanan
Penghabluran garam
Apakah kepentingan luluhawa kimia kepada ekonomi Malaysia?
Menghasilkan batu granit untuk sektor pembinaan
Membentuk gua batu kapur sebagai lokasi pelancongan
Menghasilkan garam akibat proses penghabluran garam
Mempercepatkan aktiviti kuari dengan pemecahan bongkah
Apakah jenis gerakan jisim yang disebabkan oleh pencairan salji?
Kesotan tanih
Aliran lumpur
Gelangsar tanah
Gelongsoran tanah
Kombinasi manakah yang benar tentang jenis gerakan jisim dan kadar pergerakan jisim?
Gelangsar tanah, Sangat perlahan
Aliran lumpur, Sangat cepat
Kesotan tanih, Cepat
Gelongsoran tanah, Perlahan
Apakah kegiatan manusia yang boleh menyebabkan berlakunya kejadian gerakan jisim di Malaysia?
Penanaman padi di tanah pamah
Perikanan akuakultur di pinggir laut
Perlombongan petroleum di luar pantai
Pembinaan jalan raya di kawasan tanah tinggi
Faktor fizikal yang mempengaruhi gerakan jisim ialah
Pembalakan
Pengkuarian
Hujan lebat
Pembinaan jalan raya
Apakah punca yang menyebabkan gerakan jisim Foto 1 berlaku?
Kemarau berpanjangan
Hujan lebat dalam tempoh panjang
Pencairan ibun dalam lapisan tanah
Tekanan udara tinggi
Bagaimanakah aktiviti manusia boleh menyebabkan berlakunya proses gerakan jisim?
Kegiatan akuakultur di kawasan paya bakau
Pembinaan pelabuhan perikanan pinggir pantai
Pembinaan petempatan di kawasan cerun bukit
Pembajakan tanah untuk penanaman padi di kawasan delta
Apakah kesan pemotongan cerun di kawasan tanah tinggi di Malaysia?
Kejadian banjir
Peningkatan suhu
Kejadian gerakan jisim
Peningkatan kandungan humus
Apakah kaedah yang paling sesuai untuk mengurangkan kejadian gerakan jisim bagi pertanian kekal?
Teres bukit
Membina gabion
Penyimenan cerun
Membina sistem perparitan
Apakah langkah yang sesuai untuk mengurangkan hakisan di kawasan pembinaan lebuh raya di lereng bukit?
Melebarkan lebuh raya
Membina cerun di kawasan curam
Menanam rumput di kawasan cerun
Mengehadkan kemasukan kenderaan
Bagaimanakah batuan sederhana besar dan berat seperti kerikil dan serpihan bersegi-segi diangkut oleh aliran sungai?
Larutan
Seretan
Apungan
Lompatan
Antara berikut yang manakah merupakan cara-cara tindakan hakisan sungai?
Hidraul
Geseran
Seretan
Apungan
Bagaimanakah proses pengangkutan sungai bagi mengangkut kelodak?
Lagaan
Larutan
Ampaian
Golekan
Apakah bentuk muka bumi yang terbentuk di peringkat hilir sungai?
Likuan sungai
Susuh bukit
Air terjun
Delta
Apakah bentuk muka bumi yang terhasil daripada proses pemendapan sungai?
Jeram
Air terjun
Tetambak
Lubang pusar
Antara yang berikut manakah bentuk muka bumi kesan pemendapan sungai?
Tetambak
Delta
Jeram
Lubang periuk
Apakah indikator biologi yang menyebabkan pencemaran air sungai?
Warna
Keasidan
Kekeruhan
Mikroorganisma
Apakah indikator pencemaran air dari segi fizikal?
Nilai keasidan
Perubahan warna
Kehadiran plankton
Kehadiran bahan organik
Bagaimanakah aktiviti manusia boleh menyebabkan berlakunya krisis air di Malaysia?
Pembinaan kawasan empangan
Kejadian pulau haba di kawasan bandar
Aktiviti pembuangan sampah ke dalam longkang
Kegiatan pembalakan di kawasan hutan simpan
Antara berikut manakah merupakan langkah perundangan untuk melestarikan kawasan sungai?
Kempen
Mengenakan denda
Menarik balik lesen
Memasang perangkap sampah
Antara berikut yang manakah langkah perundangan untuk memelihara sungai?
Menarik balik lesen
Mengenakan denda
Melaksanakan kempen
Memasang perangkap sampah
Pilih jawapan yang betul tentang tindakan ombak melalui proses hakisan.
Hidraul
Kikisan
Lompatan
Percikan
Proses pengangkutan bahan hakisan secara perlahan melalui seretan ombak dikenali sebagai
golekan
lompatan
apungan
hanyutan pesisir pantai
