Font size
WorksheetsKuiz Sains Tahun 5
Total questions: 60
Worksheet time: 2hrs 47mins
Nyatakan fungsi salur darah.
tiub laluan untuk darah mengalir
tempat pertukaran gas oksigen dengan karbon dioksida
mengepam darah
membebaskan bahan kumuh
Bagaimanakah tulang rusuk berfungsi di dalam sistem rangka manusia?
memberi sokongan dan pergerakan tubuh
melindungi organ dalaman seperti peparu dan jantung
menyokong tubuh
melindung otak kita daripada kecederaan
Nyatakan sistem yang terlibat berdasarkan gambar ini.
sistem rangka
sistem perkumuhan
sistem peredaran darah
sistem pernafasan
Pilih pernyataan yang betul mengenai gambar ini.
apabila kita menarik nafas, udara yang mengandungi lebih karbon dioksida memasuki peparu dan diserap ke dalam salur darah
apabila kita menarik nafas, udara yang mengandungi lebih oksigen memasuki peparu dan diserap ke dalam salur darah
Pilih bahagian utama rangka manusia.
(Boleh klik lebih dari satu)
Tulang rusuk
Tulang belakang
Tulang hadapan
Jantung
Berdasarkan gambar, bagaimanakah mereka dapat menggerakkan anggota badan untuk membuat aktiviti tersebut?
Kerana adanya sendi
Kerana adanya tulang rusuk
Kerana adanya jantung
Kerana adanya kaki
Nyatakan bahan kumuh yang dibebaskan melalui peparu.
Oksigen
Karbon dioksida
Nutrien
Darah
Apakah kepentingan sistem peredaran darah manusia?
(Boleh klik lebih daripada satu)
Mengangkut oksigen, nutrien dan air ke dalam tubuh
Mengangkut karbon dioksida dan bahan kumuh lain untuk disingkirkan dari tubuh
Mengangkut makanan ke peparu
Mengangkut air ke jantung
Apakah gambar ini?
salur darah
darah
jantung
peparu
Rajah menunjukkan seekor haiwan. Bagaimanakah haiwan tersebut memastikan kemandirian spesiesnya ?
Memberi makan kepada anaknya
Menimbus telurnya di dalam tanah
Menyembunyikan telurnya di bawah permukaan daun
Membawa anaknya bersama-sama ke mana saja
Antara yang berikut, yang manakah boleh menggangu kemandirian spesies hidupan ?
Aktiviti pelancongan
Penternakan haiwan
Penebangan hutan
Penggunaan baja dalam pertanian
Antara haiwan berikut, yang manakah tidak menjaga anaknya?
Terangkan maksud kemandirian spesies.
Keupayaan haiwan melindungi spesiesnya dari ancaman bahaya
Ciri dan tingkah laku haiwan untuk melindungi diri daripada musuh
Hubungan haiwan dengan makanan untuk mengekalkan spesiesnya
Keupayaan haiwan mengekalkan spesiesnya bagi mengelakkan kepupusan
Apakah yang akan berlaku sekiranya petani menyembur racun serangga di kebunnya?
Burung pipit akan bertambah
Sawi akan menjadi kurang subur
Ulat beluncas akan berkurang
Ulat beluncas akan bertambah
Maklumat di bawah menunjukkan bagaimana haiwan P memastikan kemandirian spesiesnya.
- Menyembunyikan telurnya
- Bertelur dengan banyak
Antara berikut, yang manakah P?
Haiwan manakah yang bermigrasi untuk melindungi diri daripada cuaca melampau?
Paus
Beruang
Monyet
Serigala
Mengapakah kerbau dan badak sumbu berendam di dalam lumpur semasa musim panas?
Untuk menympan air di dalam kulitnya
Untuk membersihkan badan
Untuk menyejukkan badan
Untuk mengumpulkan lebih bayak haba untuk memanaskan badan
Haiwan seperti gajah dan seladang hidup dalam kumpulan besar. Apakah kepentingan hidup dalam kumpulan?
Dapat memanaskan badan dalam musim sejuk
Dapat mengurangkan kemungkinan diserang oleh musuh
Dapat bergerak dengan lebih laju
Supaya senang untuk mendapatkan makanan
Apakah yang terjadi kepada otak jika tidak dilindungi oleh sistem rangka ?
Mudah ditukar ganti
Semakin bijak
Terdedah kapada bahaya dan mudah cedera
Sendi semakin lemah
Antara berikut, manakah BUKAN sendi
P
Q
R
S
T
Antara berikut, yang manakah fungsi tulang belakang?
sebagai sokongan dan pergerakan
Untik melindungi organ dalam badan manusia
untuk melindungi otak
untuk menyokong tubuh
Apakah FUNGSI SENDI?
Melindungi bahagian yang bersambung.
Membolehkan pergerakan sahaja.
Membolehkan pergerakan dan kebolehlenturan tubuh.
Sistem rangka manusia terdiri daripada tengkorak, tulang belakang, tulang tangan, tulang kaki dan ..........
tulang dada
tulang pinggul
tulang rusuk
tulang selangka
Apakah nama tulang ini?
Tulang kepala
Tulang Otak
Tengkorak
Mengapa cacing bergerak secara mengengsot??
kerana cacing tidak mempunyai sistem rangka seperti manusia
kerana cacing kepenatan
Nyatakan pemboleh ubah bergerak balas bagi ujikaji ini.
Jenis haiwan
Bilangan telur
Tempat penyiasatan
Apakah pemboleh ubah di manipulasi bagi penyiasatan ini?
Jumlah pelupusan beg plastik
Negeri
Jenis beg plastik
Nyatakan pemboleh ubah yang dimalarkan dalam penyiasatan ini.
Warna kain
Luas kain
Masa kering
Nyatakan corak bagi bilangan telur
Semakin bertambah
Bertambah, berkurang
Berkurang, bertambah
Nyatakan corak bagi jumlah pelupusan beg plastik
Berkurang, bertambah, berkurang
Bertambah, berkurang, berkurang
Semakin berkurang
Nyatakan tahun di mana bilangan orang utan paling sedikit.
1975
1995
2015
Berikan hubungan di antara pemboleh ubah yang dimanipulasi dengan pemboleh ubah bergerak balas.
Semakin berkurang tahun, semakin berkurang bilangan penduduk yang mendapat rawatan penyakit peparu
Semakin bertambah tahun, semakin bertambah bilangan penduduk yang mendapat rawatan penyakit peparu
Semakin bertambah tahun, semakin berkurang bilangan penduduk yang mendapat rawatan penyakit peparu
Nyatakan pemboleh ubah yang dimalarkan dalam penyiasatan ini.
Berat lembu
Kuantiti makanan
Jenis lembu
Ramalkan bilangan tumbuhan X pada tahun 2018
10
5
0
Berikan hubungan di antara pemboleh dimanipulasi dengan pemboleh ubah bergerak balas dalam penyiasatan ini
Semakin bertambah tahun, semakin berkurang bilangan tumbuhan X
Semakin bertambah tahun, semakin bertambah bilangan tumbuhan X
Semakin berkurang tahun, semakin berkurang bilangan tumbuhan X
Berikan inferens mengapa tikus di dalam bekas Y mati selepas 1 minggu
Kerana tidak mendapat udara
Kerana tidak mendapat makanan
Kerana tidak mendapat air
Murid dibenarkan makan dan minum di dalam Bilik Sains.
Betul
Salah
Berikut adalah satu rantai makanan
Padi→Tikus→ X →Helang
Apakah yang mewakili X…
Katak
Ayam
Ular
Burung pipit
Maklumat berikut menunjukkan tabiat pemakanan tiga haiwan
Haiwan
P makan tumbuhan Q
Haiwan
R makan haiwan P
Haiwan
S makan haiwan R
Antara yang berikut, yang manakah ialah rantai makanan yang betul
Q → P → R→ S
Q → S → P → R
P → Q → R→ S
R → P → S→ Q
Rajah menunjukkan siratan makanan di satu habitat. Berapa banyakkah rantai makanan dalam siratan makan tersebut.
3
4
5
6
Rumput -> Belalang -> Katak
Rumpai air -> ___ -> ___ -> Ikan besar -> Burung raja udang
Maksud pengeluar ialah......
Haiwan yang makan haiwan lain
Haiwan yang makan karnivor primer
Tumbuhan hijau yang membuat makanan
Herbivor yang makan tumbuhan
Sekiranya kesemua katak mati, apakah yang akan terjadi pada ayam?
Mati
Berkurang
Bertambah
Tiada perubahan
