wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

bahasa melayu t6

Total questions: 109

Worksheet time: 58mins

Name
Class
Date
1.

“…………… berjanji akan belajar bersungguh-sungguh demi kecemerlangan dalam peperiksaan SPM pada tahun ini,” ikrar murid-murid Tingkatan 5 SMK Kuala Kurau.

a)

Saya

b)

Kami

c)

Kamu

d)

Kalian

2.

“Sultan sedang beristirehat ………… tidak mahu diganggu,” kata dayang istana kepada laksamana Hang Tuah.

a)

Baginda

b)

Tuanku

c)

Patik

d)

Beta

3.

Kementerian Kesihatan Malaysia ………… program Jalan Ria untuk melestarikan hidup sihat.

a)

Memajukan

b)

Mengusulkan

c)

Menyarankan

d)

menganjurkan

4.
Ayah berusaha untuk __________ perniagaannya dengan bersungguh-sungguh dan menggunakan strategi yang betul. 
a)
pemaju
b)
memaju
c)
kemajuan
d)
memajukan
5.

Salina lebih suka mengulangkaji pelajaran di dalam bilik yang …………… kerana lebih mudah mengingati pelajaran yang dibaca.

a)

Nyaring

b)

Tegang

c)

Sunyi

d)

Kasar

6.

Alunan muzik yang berentak …………… dapat menenangkan fikiran yang sering terganggu akibat tekanan hidup

a)

deras

b)

gopoh

c)

lambat

d)

perlahan

7.

Melisa menghidangkan sedulang jus oren di atas meja …………….. menjemput tetamunya minum.

a)

jika

b)

lalu

c)

agar

d)

serta

8.

Para guru sanggup mengorbankan masa dan tenaga …………. kejayaan murid-murid dalam pelajaran.

a)

terhadap

b)

antara

c)

sejak

d)

demi

9.

Feri yang membawa penumpang itu ................... dari jeti Lumut ke Pulau Pangkor .

a)

berpindah randah

b)

berlekak lekuk

c)

bercalar balar

d)

berulang alik

10.

Mereka lari .................. apabila dikejar oleh seekor lembu yang mengamuk akibat dari kehilangan anaknya.

a)

hiruk pikuk

b)

kelam kabut

c)

lintang pukang

d)

compang camping

11.
____________ kali selepas bersolat, dia mengangkat ________ belah tangannya dan berdoa kepada Tuhan.
a)
Beberapa .... kedua-dua
b)
Pertama .... semua
c)
Setiap .... kedua-dua
d)
Setengah-setengah .... dua
12.

Tun Pateh tiba di istana pada pagi itu untuk berjumpa dengan Sultan Salehudin.


Apakah yang Tun Pateh mahu lakukan pada pagi tersebut?

a)

Bersantap

b)

Bersiram

c)

Mengadap

d)

Berangkat

13.

Sekumpulan budak nakal segera ____________ apabila mereka melihat dua orang anggota polis sedang membuat rondaan.

a)

lapik perut

b)

angkat kaki

c)

buah mulut

d)

angkat tangan

14.

"Encik cakera padat yang encik beli ini bukan tulen,"kata Cik Latifah kepada Encik Zaid.


Pilih perkataan sinonim bagi tulen.

a)

unik

b)

benar

c)

asli

d)

istimewa

15.

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.


I Kishan memakai seluar pendek dengan baju singlet.

II Pendek kata, semua perbelanjaan rumah ditanggung olehnya.

III Semakin pendek umur,semakin uzur.

IV Penyanyi baharu itu pendek nafas, tidak dapat menyampaikan lagu dengan baik.

a)

I, II dan III

b)

I, II dan IV

c)

II, III dan IV

d)

I, II, III dan IV

16.

Pilih ayat tanya yang sesuai bagi jawapan yang diberikan.


Senaman boleh menenang dan melapangkan minda seseorang.

a)

Bagaimanakah pendapat kamu tentang minda seseorang?

b)

Apakah minda dapat menenangkan fikiran seseorang?

c)

Bilakah manusia dapat menenang dan melapangkan fikiran?

d)

Apakah yang dapat menenang dan melapangkan minda seseorang?

17.

Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya yang diberikan.


"Bukankah sudah berpuluh kali kamu dipanggil temu duga? Tidak satupun yang berjaya?" tanya Khairil.

a)

Eh! Sabarlah! Jangan berputus asa.

b)

Memang belum rezeki aku lagi.

c)

Wah, sindir aku nampaknya!

d)

Tidak, engkau apa peduli!

18.

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.


Puan Aini meminta Adam menjemur kasut sekolahnya yang basah.

a)

"Ibu, tolong jemurkan kasut sekolah yang basah ini," kata Adam kepada ibunya.

b)

"Adam, mari kita jemur kasut sekolah ini yang basah," kata ibu kepada Adam.

c)

"Kasut sekolah Adam yang basah ini akan ibu jemurkan nanti,"kata Puan Aini.

d)

"Adam, sila jemur kasut sekolah kamu yang basah itu," kata Puan Aini kepada Adam.

19.

Pilih ayat yang betul.


I Akar yang sihat akan dapat melahirkan idea-idea yang bernas.

II Biarpun Jasmin berada di luar negara, namun dia tidak lupa akan akar dirinya.

III Hisyam hampir tersungkur kerana kakinya tersadung akar pokok rambai.

IV "Janganlah kamu bertindak seperti orang tiada akar," kata nenek kepada Hanim.

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

III dan IV

d)

I dan IV

20.

Pilih ayat yang betul.

a)

A. Bayaran ke Pameran Sains itu bukan mahal sangat.

b)

B. Kebanyakan bahan yang dipamerkan berasal daripada Timur Tengah.

c)

C. Setengah pengunjung yang datang ke pameran itu ialah murid sekolah.

d)

D. Sila dapatkan maklumat pameran di kaunter pertanyaan.

21.

Kassim ___________________ bola dengan kuat hingga terkena pasu bunga neneknya.

a)

menolak

b)

menyepak

c)

menggelecek

d)

memegang

22.

Beberapa ekor burung murai __________________ di atas dahan pokok di belakang rumah Amran.

a)

berdesir

b)

berkokok

c)

berkicau

d)

bersiul

23.

Kereta yang dipandu oleh ibu bergerak dengan _______________ kerana jalan sesak.

a)

lancar

b)

perlahan

c)

lajak

d)

cermat

24.

Pak Abu menggunakan ________________ gergaji untuk memotong buluh bagi membuat tabung yang diminta anak saudaranya.

a)

sepucuk

b)

sebatang

c)

sebilah

d)

selaras

25.

Tulisan Zaim seperti _________________ dan selalu ditegur oleh guru kelasnya.

a)

kaki ayam

b)

cakar ayam

c)

ayam tambatan

d)

berat mulut

26.

Mak Cik Esah ________________ melihat barang permainan yang berselerak di ruang tamu itu.

a)

sakit mata

b)

sengkang mata

c)

main mata

d)

putih mata

27.

Puan Salwa bersetuju _______________ harga beg tangan yang ditawarkan oleh peniaga itu.

a)

dengan

b)

kepada

c)

untuk

d)

daripada

28.

Nahas helikopter itu telah ______________________ juruterbang dan penumpang yang dipercayai berpunca daripada kerosakan enjinnya.

a)

mengorbankan

b)

mematikan

c)

memusnahkan

d)

menguburkan

29.

I Cuaca buruk menyebabkan permainan ini terpaksa dibatalkan.


II Rumah yang buruk itu kelihatan baharu setelah dicat semula.


III Menjual besi buruk juga boleh dijadikan sumber pendapatan sampingan.

IV Salman tidak mempunyai banyak kawan kerana sikunya buruk.

a)

I

b)

II

c)

III

d)

IV

30.

I Pihak polis telah berjaya menahan penjenayah yang kejam itu.


II Kamilah berjalan tergesa-gesa lalu menahan sebuah teksi.

III Bekalan makanan untuk mangsa banjir itu menahan untuk seminggu.

IV Ayah menahan pagar yang condong itu dengan sebatang kayu.

a)

I

b)

II

c)

III

d)

IV

31.

Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di bawah.

Mengapakah kamu gemar mengulang kaji pelajaran pada waktu malam ?

a)

Saya gemar mengulang kaji pelajaran di bilik bacaan.

b)

Saya lebih tenang mengulang kaji pelajaran pada waktu itu.

c)

Saya lebih suka mengulang kaji pelajaran secara bersendirian.

d)

Saya mengulang kaji semua mata pelajaran penting pada masa itu.

32.

PERTANDINGAN BERCERITA

Persatuan Bahasa Malaysia SK Tun Abdullah Badawi akan menganjurkan pertandingan bercerita sempena Minggu Bahasa Malaysia. Butir-butir pertandingan adalah seperti yang berikut :

Tarikh : 12 Mac 2016

Masa : 8.00 pagi

Tema : Kasih Sayang

Tempat : Dewan Sekolah Wawasan

Peserta : Terbuka kepada murid Tahap 2

Tarikh tutup penyertaan : 28 Februari 2016

Hadiah :

Pemenang pertama – Hadiah wang tunai sebanyak RM 100.00

Pemenang kedua - Hadiah wang tunai sebanyak RM 80.00

Pemenang ketiga - Hadiah wang tunai sebanyak RM 50.00

5 pemenang sagu hati – Hadiah wang tunai sebanyak RM 20.00

Semua pemenang akan diberi sijil penghargaan

Sesiapa yang berminat hendaklah mendapatkan borang penyertaan daripada Cikgu Hayati.


SOALAN 1

Siapakah yang tidak layak menyertai pertandingan bercerita tersebut ?

A. Ahmad Zawir dari Kelas Empat Kuning.

B. Jaffery Shah dari Kelas Tiga Ungu

C. Jamilah dari Kelas Lima Hijau

D. Sashveen dari Kelas Enam Merah.


Berapakah jumlah wang tunai yang ditawarkan untuk pemenang sagu hati ?

A. RM 20.00 C. RM 80.00

B. RM 60.00 D. RM 100.00


Bagaimanakah cara untuk menyertai pertandingan bercerita tersebut ?

A. Mendapatkan borang penyertaan daripada guru kelas masing-masing.

B. Mendapatkan borang penyertaan daripada guru penasihat persatuan.

C. Mendapatkan borang penyertaan daripada Cikgu Hayati.

D. Mendapatkan borang penyertaan daripada wakil persatuan.

4 lines
33.
Pilih ejaan yang betul
a)
auto-matif
b)
automotif
c)
auto-motif
d)
automotive
34.
Pilih ejaan yang betul
a)
audiens
b)
audien
c)
audyens
d)
audean
35.
Pilih ejaan yang betul
a)
agreget
b)
agriget
c)
agregat
d)
agrigut
36.
Pilih ejaan yang betul
a)
ampangan
b)
ampingan
c)
aphangan
d)
empangan
37.
Pilih ejaan yang betul
a)
arked
b)
aked
c)
arkid
d)
arkhed
38.
Pilih ejaan yang betul
a)
akitek
b)
arkitek
c)
architec
d)
arkittek
39.
Pilih ejaan yang betul
a)
atlit
b)
atelit
c)
atlet
d)
atilit
40.
Pilih ejaan yang betul
a)
bowling
b)
bohling
c)
bauling
d)
boling
41.
Pilih ejaan yang betul
a)
buroh
b)
buruh
c)
boroh
d)
burroh
42.
Pilih ejaan yang betul
a)
bufet
b)
buffet
c)
bafet
d)
baffet
43.
Pilih ejaan yang betul
a)
baucer
b)
bauchar
c)
baucher
d)
baucar
44.
Pilih ejaan yang betul
a)
bumiputra
b)
bumiputera
c)
bumi putra
d)
bumi putera
45.
Pilih ejaan yang betul
a)
hajah
b)
haajah
c)
hajjah
d)
hajahh
46.
Pilih ejaan yang betul
a)
kartun
b)
katun
c)
karton
d)
kartoon
47.
Pilih ejaan yang betul
a)
kapitalisma
b)
kapitalism
c)
kapitalisme
d)
kapitalisman
48.
Pilih ejaan yang betul
a)
komisyen
b)
komision
c)
komesyen
d)
komisen
49.
Pilih ejaan yang betul
a)
insuren
b)
insurans
c)
insurens
d)
insuran
50.
Pilih ejaan yang betul
a)
impot
b)
imphort
c)
import
d)
empot
51.
Pilih ejaan yang betul
a)
krenah
b)
karenah
c)
karinah
d)
kerenah
52.
Pilih ejaan yang betul
a)
faksimili
b)
faksimilli
c)
faksimile
d)
faksimille
53.

“Kamu perlu belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai _______ kamu sebagai seorang juruterbang,”kata Encik Ali kepada anaknya.

a)

wawasan

b)

gagasan

c)

cita-cita

d)

hobi

54.

________ untuk membina tempat pelupusan sampah di situ mendapat bantahan daripada penduduk kampung.

a)

Cadangan

b)

Pendapat

c)

Suruhan

d)

Gesaan

55.

Puan Jalina memberikan _______ wajah pemuda yang mencerobohi rumahnya malam tadi.

a)

gambaran

b)

bayangan

c)

kenangan

d)

lukisan

56.

Setiap orang murid diberi peluang untuk menyatakan _______ masing-masing.

a)

pendapat

b)

dorongan

c)

hebahan

d)

arahan

57.

Pengunjung hotel terpesona dengan _______ manis penyambut tetamu itu.

a)

pandangan

b)

senyuman

c)

jelingan

d)

pujian

58.

Hasil ______ yang diperoleh melalui jualan amal ini akan diserahkan kepada penyelia rumah kebajikan itu.

a)

huluran

b)

kutipan

c)

hantaran

d)

sumbangan

59.

Petang ini, kami hendak pergi ke Arkib Negara untuk mencari _______ yang berkaitan dengan penubuhan Malaysia.

a)

khabar

b)

taklimat

c)

maklumat

d)

makluman

60.

_______ biasiswa ini terbuka kepada murid yang cemerlang dalam akademik dan kokurikulum.

a)

Sokongan

b)

Imbuhan

c)

Tawaran

d)

Huluran

61.

Beberapa orang peniaga disaman kerana mengubahsuaikan alat ________.

a)

sukatan

b)

tapisan

c)

sulingan

d)

timbangan

62.

Mata saya silau apabila terkena ________ cahaya matahari pada cermin tingkap.

a)

letupan

b)

imbasan

c)

pantulan

d)

panahan

63.

Kakak menceritakan ______ pahit manis semasa mengikuti kursus jururawat.

a)

lukisan

b)

harapan

c)

gambaran

d)

kenangan

64.

Pelamin dan bilik pengantin memang cantik dan indah dengan _______ yang menarik.

a)

ukiran

b)

hiasan

c)

tenunan

d)

anyaman

65.

Ayah dan ibu turut memberikan _______ berupa barangan makanan kepada Encik Jasbir sekeluarga.

a)

huluran

b)

kutipan

c)

hantaran

d)

sumbangan

66.

Nazli menemani kakaknya ke Muzium Negara untuk mencari ______ tentang sejarah kemerdekaan negara.

a)

berita

b)

kajian

c)

siasatan

d)

maklumat

67.

Amir segera memberitahu ayahnya apabila ternampak akan ________ orang terhendap - hendap di belakang rumah jirannya.

a)

biasan

b)

lakaran

c)

imbauan

d)

bayangan

68.

“Kerajinan penduduk desa ini telah memberi _______ kepada saya untuk memajukan lagi projek pertanian di sini,” kata pengurus projek itu.

a)

kepercayaan

b)

keutamaan

c)

dorongan

d)

pendapat

69.

Kelihatan _______ terukir pada bibir Rosni apabila diberitahu bahawa ayah akan membawanya ke Singapura.

a)

pandangan

b)

senyuman

c)

kenangan

d)

nostalgia

70.

Seorang _____________keselamatan berjaya menggagalkan cubaan untuk merompak sebuah bank.

a)

pentadbir

b)

pengerusi

c)

pemimpin

d)

pengawal

71.

Pak Mahat mengukir kayu itu dengan menggunakan sebilah _____________.

a)

kapak

b)

pahat

c)

parang

d)

gergaji

72.

Pemuda itu berjaya mencipta sebuah kereta yang menggunakan ____________ tinggi.

a)

gajet

b)

emosi

c)

interaksi

d)

teknologi

73.

Beberapa _____________ serai dan pandan hidup subur di tepi pagar rumah mak ngah.

a)

ruas

b)

gugus

c)

rumpun

d)

lembar

74.

"Biarlah _______________ berhadapan dengan perajurit Jawa ini," kata Hang Jebat kepada Hang Tuah.

a)

beta

b)

anda

c)

patik

d)

hamba

75.

Pemain pertahanan itu duduk lalu mengurut-urut bahagian betisnya yang ___________.

a)

kembang

b)

ketat

c)

kecut

d)

kejang

76.

Ayah menjolok buah rambutan dengan menggunakan sebatang galah yang ________________.

a)

lebar

b)

panjang

c)

besar

d)

pendek

77.

Kami terpaksa bersesak-sesak melalui jalan yang ________________ itu.

a)

suntuk

b)

sempit

c)

rapat

d)

cetek

78.

__________________ pengunjung diminta untuk membawa bendera masing-masing semasa Program Ambang Merdeka itu diadakan.

a)

Segala

b)

Semua

c)

Setengah

d)

Masing-masing

79.

Beliau __________________ mengajar di sebuah sekolah rendah di Pekan, Pahang selama lima tahun.

a)

belum

b)

masih

c)

pernah

d)

sedang

80.

Kanak-kanak yang terjatuh ke dalam longkang besar semasa hujan lebat itu ______________telah dihanyutkan arus sungai yang deras.

a)

diingati

b)

dikenali

c)

dikhuatiri

d)

dihadapi

81.

Pelancong itu _________________peta bandar raya Kuala Lumpur untuk mengetahui lokasi tempat-tempat menarik yang dapat dikunjungi oleh mereka.

a)

meneliti

b)

mengintai

c)

memeriksa

d)

memandang

82.

Ibu mengangkat cerek yang berisi air panas itu lalu ____________ke dalam termos.

a)

menjirus

b)

menuang

c)

menyiram

d)

mencurah

83.

Kaki kanan Kelvin ____________ ke dalam lubang yang agak dalam semasa dia berjalan di tebing bukit itu.

a)

terpalit

b)

terjunam

c)

tersungkur

d)

terperosok

84.

Penduduk kampung itu menentang ___________ cadangan untuk membuka sebuah kilang di kampung mereka.

a)

bulat-bulat

b)

rapat-rapat

c)

hidup-hidup

d)

dalam-dalam

85.

"Jalan raya ini ________________ saban hari dilalui lori yang membawa pasir ," kata salah seorang penduduk kepada pemberita.

a)

haru-biru

b)

bolak-balik

c)

lekak-lekuk

d)

lintang-pukang

86.

Datuk mengangkat tangannya yang _____________ itu untuk mengambil tongkat yang berhampiran dengan katilnya.

a)

tersipu-sipu

b)

teragak-agak

c)

terketar-ketar

d)

terkebil-kebil

87.

Cikgu Nazim ______________ khabar ayah saya yang masih terlantar di hospital.

a)

ditanya

b)

bertanya

c)

menanya.

d)

bertanyakan

88.

Penyanyi itu memperdengarkan tiga buah lagu dalam majlis tersebut sementara kumpulan penari zapin membuat __________________.

a)

mempersembahkan

b)

menyembahkan

c)

persembahan

d)

sembahan

89.

Semua murid akan ________________ lagu Negaraku semasa perhimpunan mingguan sekolah diadakan.

a)

menyanyikan

b)

dinyanyikan

c)

bernyanyi

d)

nyanyikan

90.
a)

kekisi

b)

tetupai

91.
a)
lelangit
b)
peparu
92.
a)
jejari
b)
jejantas
93.
a)
tetupai
b)
kekisi
94.
a)
sesiku
b)
sesikat
95.
a)
peparu
b)
pepara
96.
a)
jejambat
b)
jejantas
c)
jejari
97.
a)
bebola
b)
lelangit
98.
a)
lelabah
b)
lelangit
99.
a)
jejentik
b)
jejantas
100.

Kata ganda bukit

a)

bukit - bukit

b)

bukit - bukau

101.

kata ganda compang

a)

compang-camping

b)

compang - campeng

102.

kata ganda hingar

a)

hingar - bingar

b)

hingar - bising

103.

kata ganda gelap

a)

gelap - gelita

b)

gelap - gelap

104.

kata ganda gunung

a)

gunung - genang

b)

gunung - ganang

105.

kata ganda gelak

a)

gelak - tawa

b)

gelak tawa

106.

kata ganda adik

a)

adik beradik

b)

adik - beradik

107.

kata ganda kusut

a)

kusut - masai

b)

kusut - misai

108.

kata ganda berulang

a)

berulang alik

b)

berulang - alik

109.

kata ganda membeli

a)

membeli - bela

b)

membeli - belah