Font size
WorksheetsSOALAN MODEL UPSA BAHASA MELAYU TAHAP II
Total questions: 90
Worksheet time: 35mins
Se _________ rumah kedai telah hangus dalam kebakaran di Jalan Abu Bakar Baginda petang semalam.
biji
buah
bentuk
bidang
Encik Rusdi tidak sedar _________ jam tangan yang dipakainya itu kehabisan bateri.
yang
tentang
bahawa
apabila
____________ tentera ditugaskan untuk menjejaki musuh yang bersembunyi di dalam hutan.
Sebaris
Sekawan
Sepasukan
Segerombolan
Kakak membantu ibu menyediakan __________ di dapur untuk memasak gulai kari.
kayu-kayan
rempah-ratus
sayur-mayur
rumput-rampai
___________ bangunan pencakar langit itu telah diilhamkan oleh seorang arkitek yang terkenal.
Reka bina
Reka letak
Reka cipta
Reka bentuk
Guru besar berjabat tangan dengan Menteri Besar Johor sebaik-baik sahaja _________ merasmikan bangunan baharu di sekolah tersebut.
dia
saya
beliau
baginda
Hazim terjatuh kerana basikalnya terlanggar lubang di ________ jalan.
sisi
sudut
hujung
tengah
Kerusi keselamatan bayi sangat penting ________ menjaga keselamatan bayi semasa dalam perjalanan ke sesuatu destinasi.
untuk
agar
supaya
manakala
"Marilah ________ membaca buku bersama-sama di pondok bacaan itu," kata Hadif kepada Haziq.
kita
saya
kami
mereka
Bangunan yang __________ itu akan dirobohkan tidak lama lagi.
pudar
usang
hodoh
lampau
Encik Ahmad merupakan seorang guru besar yang baik. ____________ suka membantu guru-guru di sekolah.
Dia
Kalian
Beliau
Baginda
Puan Aida ketawa kerana dia ___________ melihat telatah anak bongsunya.
iri hati
geli hati
sakit hati
besar hati
Abang Hasnan _________ sayur-sayuran yang ditanam di kebunnya.
menuang
menyiram
menyimbah
menyembur
____________ yang telah dipilih untuk menyertai pertandingan merentas desa peringkat negeri?
Dimanakah
Berapakah
Siapakah
Apakah
Husna dan Damia ialah pemain bola jaring sekolah. Setiap petang, _________ akan berlatih bersama-sama di gelanggang.
dia
kita
kalian
mereka
Nenek Milah __________ lidi untuk dijadikan sebagai penyapu lidi.
meraut
menyiat
mengikis
menyabit
Latihan bola sepak _________ dijalankan pada petang ini sekiranya cuaca cerah.
akan
telah
masih
sedang
Abang Hasan ___________ pulang ke rumah sejak petang tadi.
masih
telah
hendak
pernah
Jenny membeli se ___________ parang di kedai Ahmad.
baris
bilah
batang
bentuk
"_________, panasnya cuaca hari ini!" kata Puan Linda ketika dia melawat projek pertanian di Desa Aman itu.
Cis
Hai
Nah
Aduhai
Pihak sekolah telah membeli beberapa ____________ kerusi untuk diletakkan di dalam kelas.
bentuk
buah
biji
batang
Fahmi __________ lembing dengan sekuat hatinya supaya dapat melepasi jarak minimum yang ditetapkan oleh penganjur.
merejam
membuang
mencampak
menghumban
Pasu bunga itu sangat cantik ___________ harganya sangat mahal.
agar
supaya
kerana
tetapi
Sultan Ibrahim dan rombongan _________ berangkat pulang ke tanah air malam tadi.
beta
patik
hamba
baginda
Api lilin yang dinyalakan di tepi tingkap itu ________ apabila ditiup angin.
kusut-masai
meliang-liuk
mundar-mandir
huru-hara
"____________ keadaan ibu-bapa kamu di kampung?" tanya Cikgu Ali kepada Aqilah.
Apakah
Bagaimanakah
Mengapakah
Bilakah
Pakaian yang kotor _________ oleh ibu di dalam baldi.
dibilas
dibasuh
disimpan
direndam
Anak sulung Puan Maimunah tinggal di __________?
apa
mana
siapa
bagaimana
Abang menggunakan pisau yang ____________ untuk memotong ayam.
tumpul
cantik
kemas
tajam
Kumar berasa sangat ______________ kerana kucing kesayangannya hilang di rumah.
gembira
teruja
sedih
seronok
Kita perlu berhati-hati menggunakan pisau _________ dapat mengelakkan kecederaan
dan
agar
untuk
sebagai contoh
Tilam yang empuk itu diperbuat __________ getah yang yang berkualiti.
dari
daripada
pada
apabila
Puan Nora merebus daging di dalam periuk ________ empuk.
serta
sambil
kerana
hingga
Aliya sangat sayang akan seekor arnab peliharaannya yang bernama _________.
Si Putih
Si Jalak
Si Murai
Si Belang
___________ diletakkan di tengah sawah padi untuk menakutkan burung.
Tali-tali
Tupai-tupai
Orang-orang
Layang-layang
Mereka duduk di atas dua ____________ tikar kerana kerusi yang disediakan tidak mencukupi.
bidang
keping
ketul
buah
Rakyat diminta supaya bersatu padu agar _________ orang dapat hidup dengan sejahtera dan selesa.
setiap
setengah
sebilangan
masing-masing
Kami terpaksa menyeberangi dua ____________ anak sungai ke tapak perkhemahan itu.
gugus
ketul
baris
batang
"_________ membazir air ketika menggosok gigi," pesan ayah kepada Izzah.
Sila
Usah
Harap
Tolong
Kita perlu ____________ beberapa gelas air sehari untuk memastikan tubuh badan kita mendapat air yang mencukupi.
telan
minum
makan
tinggal
Aidan terpaksa ____________ beribu-ribu anak tangga kerana lif di pangsapuri itu rosak.
membaiki
menaiki
mengikuti
menerusi
Nordin _________ hadir ke sekolah pada hari ini kerana demam.
tidak
bukan
segala
pertama
Kumpulan Haris mendapat tempat ________ dalam pertandingan rekacipta dan inovasi.
satu
suku
separuh
pertama
Jalur Gemilang mempunyai empat warna, iaitu biru, kuning, merah, dan ______________.
jingga
perang
putih
hijau
Sarah berasa sangat ____________ kerana mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan.
sedih
kecewa
gembira
marah
Tukang masak mesti memakai penutup kepala dan apron _________ menyediakan makanan.
semasa
sambil
kerana
manakala
Ahmad telah membeli __________ pisang di kedai runcit untuk digoreng pada waktu petang nanti.
biji
sikat
batang
tandan
Kaki Arif bengkak dan cedera akibat ____________ tunggul kayu.
disepak
tersepak
sepakan
menyepak
Aqil amat teruja apabila melihat ____________ sambutan hari kemerdekaan itu.
meriahkan
kemeriahan
dimeriahkan
memeriahkan
Bunyi yang terlalu kuat boleh menyebabkan kerosakan pada __________ telinga.
bebola
kekuda
lelangit
gegendang
Ali telah membeli _________ kacang tanah di kedai runcit itu.
biji
buah
botol
bungkus
Dua orang pekerja sedang memasang ________ di tebing kolam ikan itu.
gerigi
telapak
cerucuk
kemuncup
Hamdan memakai ___________ pada cuaca panas di pagi hari.
jam tangan
baju hujan
kaca mata
gelas kaca
_____________ itu tidak dapat berputar dengan lajunya kerana telah rosak.
Kipas angin
Meja makan
Jam tangan
Kapal terbang
Mereka sekeluarga terpaksa membatalkan rancangan untuk __________ di pusat peranginan itu.
putus asa
pilih kasih
makan angin
buah tangan
Kak Shida bergegas pulang ke kampung ________ menerima panggilan kecemasan daripada ibunya.
sambil
selepas
semasa
manakala
Pada waktu puncak, kenderaan akan bergerak dengan ________nya di jalan raya kerana kesesakan lalu-lintas.
jarang
cepat
pantas
perlahan
Puan Nora melarang anaknya bermain di luar rumah kerana cuaca __________ sekali.
tinggi
suam
baran
panas
_____________ itu bergerak dalam barisan untuk masuk ke dalam kandang.
Anai-anai
Semut-semut
Burung-burung
Kambing-kambing
Wajah Cikgu Syed sangat __________ sehingga mendapat perhatian dan pujian daripada anak-anak muridnya.
elok
comel
kacak
cantik
Pak Daud mengait kelapa muda dengan menggunakan sebatang galah yang _____________.
tinggi
panjang
renjong
pendek
Sebagai ___________ Malaysia, kita hendaklah menjaga nama baik negara.
kakitangan
bumiputera
pesuruhjaya
warganegara
Ahmad menyapu _________ kering yang gugur di bawah pokok rambutan di halaman rumahnya.
dedaun
bebola
kekuda
jejari
Acara ________ merupakan acara yang paling dinanti-nantikan dalam pertandingan sukan itu.
setiausaha
kerjasama
olahraga
sukarela
Kita hendaklah menjaga jarak penglihatan semasa ____________ buku demi menjaga kesihatan mata kita.
menyusun
menghafal
membaca
menulis
Penduduk Taman Dahlia bekerjasama untuk membersihkan kawasan ____________.
balai bomba
balai polis
balai raya
balai seni
Adelia makan dua ___________ pil ubat demam yang diberikan oleh doktor.
buah
biji
papan
bentuk
Aisyah berasa _________ sambil melalui kawasan perkuburan di hujung kampung.
sedih
takut
keliru
gembira
Bapa saya mengambil _________nya di dalam laci kerana beliau hendak membaca surat khabar.
air mata
bulu mata
cahaya mata
cermin mata
Ahmad merupakan seorang murid yang _________ kerana dia selalu membantu guru-gurunya di sekolah.
berat tulang
ringan tulang
puteri lilin
panjang tangan
Atisya _________ apabila kasut yang hendak dibelinya itu telah habis dijual.
patah kaki
putih mata
bulat hati
putih tulang
Cikgu Natasha _________ apabila Danial bersetuju untuk menyertai pasukan hoki sekolah.
baik hati
putus asa
mandi peluh
besar hati
Pemuda yang mempunyai __________ itu sering membantu orang miskin dan anak-anak yatim.
hati emas
panjang tangan
rendah hati
orang tengah
Zakuan berasa _________ apabila melihat rakannya mendapat markah yang lebih tinggi dalam peperiksaan.
iri hati
baik hati
kecil hati
makan hati
Zali telah mendapat _________ apabila majikannya memberikan bonus sebanyak tiga bulan gaji secara tiba-tiba.
makan suap
durian runtuh
langkah kanan
ringan tulang
Anuar dituduh ________ kerana sering mengambil barang milik rakannya tanpa kebenaran.
panjang tangan
durian runtuh
langkah kanan
ringan tulang
Samad kehilangan selipar sehingga dia pulang ber _______ pulang ke rumah.
kaki judi
kaki botol
kaki ayam
kaki bangku
Tindakan seorang pemandu mabuk yang melanggar penunggang motosikal telah menyebabkan orang ramai ________.
makan hati
naik darah
jatuh hati
besar hati
Perompak itu mengambil ________ apabila melihat pihak polis mula mengepung bangunan berkenaan.
langkah kiri
langkah kanan
langkah seribu
langkah bendul
Walaupun sudah berusia, Pak Hamid masih _________ untuk mempelajari teknologi terkini.
ada hati
besar hati
patah hati
rendah hati
Siti merupakan ________ dalam keluarganya kerana dia seorang sahaja anak perempuan dalam lapan orang adik-beradiknya.
anak tunggal
anak bongsu
anak angkat
anak emas
Encik Hamdan melayan _________ yang datang ke restorannya dengan mesra sekali.
melanggan
pelanggan
dilanggan
langganan
Alias membantu ayahnya _________ ikan laga di pasar tani pada setiap hari Sabtu dan Ahad.
jualan
penjual
menjual
penjualan
Belacan dan cencaluk jenama Mak Siti memang _________ di negeri Melaka.
dikenali
terkenal
mengenali
pengenalan
Kesungguhan anak muda mengusahakan kebun sayur itu patut kita ____________.
hargai
berharga
menghargai
penghargaan
Abang Kamal membantu ___________ kolam pancing udang galah milik bapanya.
berusaha
usahawan
diusahakan
perusahaan
___________ kompang berformasi itu sungguh hebat dan menghiburkan.
Penyembah
Menyembah
Persembahan
Dipersembahkan
Atikah dan Yee Mei akan __________ bengkel membuat batik di kampung mereka.
disertai
berserta
menyertai
penyertaan
Puan Hamidah dan pekerjanya sedang _________ tempahan kek cawan yang banyak daripada pelanggan.
bersiap
disiapkan
persiapan
menyiapkan
Petugas Karnival Usahawan itu sedang _________ risalah kepada para pengunjung.
beredar
diedarkan
peredaran
mengedarkan
