Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Soalan Integriti dan Tadbir Urus

Total questions: 10

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

Dalam sesi orientasi staf baharu MARA, En. Hafiz diberi penerangan tentang tanggungjawab Unit Integriti. Beliau tertanya-tanya sama ada semua tugas berkaitan pentadbiran juga diuruskan oleh unit ini.

Soalan:
Yang manakah antara berikut bukan merupakan fungsi utama Unit Integriti MARA?

a)

Pengurusan aduan

b)

Pengurusan tatatertib

c)

Penganjuran urusan majlis rasmi MARA

d)

Pematuhan undang-undang

2.

Dalam bengkel tadbir urus, semua pegawai diberi pendedahan tentang elemen penting untuk meningkatkan kecekapan dan integriti dalam sesebuah organisasi.

Soalan:
Antara berikut, yang manakah merupakan prinsip utama tadbir urus baik?

a)

Ketelusan, pertumbuhan ekonomi, dan kepimpinan

b)

Ketelusan, akauntabiliti, dan kecekapan

c)

Kepatuhan, sokongan politik, dan keuntungan

d)

Ketelusan, paksaan, dan pengaruh

3.

Seorang staf MARA menerima bayaran daripada pembekal untuk mempercepatkan proses kelulusan dokumen. Kes ini dilaporkan oleh rakan sekerja kepada Unit Integriti.

Soalan:
Apakah tindakan yang paling wajar oleh Unit Integriti?

a)

Memindahkan staf ke jabatan lain

b)

Mengeluarkan notis amaran tanpa siasatan

c)

Mengurus aduan dan siasatan dalaman

d)

Mengabaikan aduan kecil

4.

Encik Amir menerima hadiah daripada pembekal selepas satu urusan rasmi. Tiada permintaan balasan dibuat, namun nilai hadiah itu agak tinggi.

Soalan:
Pemberian hadiah akan menjadi rasuah jika mempunyai ciri-ciri berikut, kecuali:

a)

Pemberi dan penerima mempunyai hubungan rasmi

b)

Pemberian hadiah mempunyai balasan tertentu berkaitan tugas rasmi

c)

Pemberian hadiah tidak akan mempengaruhi keputusan penerima

d)

Nilai hadiah tidak setimpal dengan maksud hadiah diberi

5.

Cik Aisyah ditawarkan hadiah oleh pembekal selepas selesai urusan pembelian peralatan pejabat. Beliau menolaknya kerana tidak mahu timbul isu integriti.

Soalan:
Tindakan beliau menunjukkan nilai integriti melalui:

a)

Mengelak dari mengambil tanggungjawab

b)

Menolak hadiah daripada pembekal

c)

Menggunakan aset pejabat untuk kegunaan sendiri

d)

Menyembunyikan kesalahan rakan sekerja

6.

Dalam satu program rasmi, seorang pegawai MARA menerima bungkusan hadiah daripada individu tidak dikenali. Beliau tidak pasti tindakan yang patut diambil.

Soalan:
Apakah tindakan paling wajar oleh pegawai tersebut?

a)

Menyimpan hadiah tersebut

b)

Mengambil dan melaporkan kepada Ketua Jabatan

c)

Menyerahkan kepada rakan tanpa melapor

d)

Menyerahkan kepada isteri

7.

Dalam kursus integriti, peserta diminta mengenal pasti tindakan yang tidak termasuk dalam kategori rasuah.

Soalan:
Antara berikut, yang bukan merupakan perbuatan rasuah ialah:

a)

Pegawai kanan kerajaan membocorkan maklumat sulit kepada media asing setelah diberi ganjaran

b)

Penguatkuasa melepaskan penjenayah setelah menerima RM1,000.00

c)

Menteri memberikan projek kepada saudara maranya

d)

Seorang pelajar membuat aduan rasuah kepada SPRM

8.

Encik Rahman menyertai satu bengkel kesedaran antirasuah. Dalam perbincangan kumpulan, beliau menyatakan bahawa rasuah boleh menyebabkan harga barang naik, individu dipenjarakan dan aset dirampas. Namun, beliau juga mendengar seorang peserta mengatakan bahawa rasuah boleh meningkatkan pendapatan seseorang.

Soalan:
Antara berikut, yang bukan merupakan kesan dan akibat daripada perbuatan rasuah ialah:

a)

Meningkatkan harga barang

b)

Pelaku rasuah akan didenda dan dipenjara

c)

Meningkatkan pendapatan dan ekonomi seseorang individu

d)

Menyebabkan harta yang diperoleh hasil daripada rasuah disita dan dirampas

9.

Puan Shima sedang membuat pembentangan kepada pelajar tentang impak rasuah dalam sektor awam dan swasta. Seorang pelajar bertanya sama ada negara boleh maju jika budaya rasuah tidak dikawal.

Soalan:
Apakah yang akan berlaku kepada negara sekiranya rasuah terus berleluasa dalam sektor awam dan swasta?

a)

Negara akan berkembang maju dalam ekonomi

b)

Masyarakat akan bertambah sumber pendapatan sampingan

c)

Negara akan mengalami kemerosotan ekonomi dan tidak akan mencapai taraf negara maju

d)

Pembangunan negara akan lebih rancak

10.

Dalam kursus etika dan integriti, peserta dikehendaki mengenal pasti punca-punca utama berlakunya rasuah dalam kalangan penjawat awam dan swasta. Salah satu pilihan yang dikemukakan kurang tepat dan menjadi bahan perbincangan.

Soalan:
Antara berikut, yang bukan merupakan punca utama berlakunya rasuah:

a)

ngin dapatkan duit mudah tanpa perlu bekerja keras

b)

Tahap ekonomi negara yang rendah

c)

Masalah kewangan kerana selalu berhutang

d)

Inginkan gaya hidup mewah dengan cara yang mudah