NEW
Font size
WorksheetsKUIZ ROBOT TEMPUR MT SKLM
Total questions: 15
Worksheet time: 8mins
1. Apakah fungsi utama robot tempur dalam pertandingan?
A. Mengambil objek
B. Mengelak halangan
C. Menjatuhkan robot lawan dari arena
D. Mengecas bateri sendiri
2. Robot tempur diinspirasikan daripada sukan tradisional mana?
A. Taekwondo
B. Silat
C. Sumo
D. Tinju
3. Mikro pengawal seperti Arduino digunakan untuk apa?
A. Menghias robot
B. Memproses dan mengawal pergerakan robot
C. Menyambung bateri
D. Menstabilkan sensor
4. Apakah jenis penderia (sensor) yang digunakan untuk mengesan sempadan gelanggang?
A. Penderia suhu
B. Penderia bunyi
C. Penderia Ultrasonik
D. Penderia Inframerah (IR)
5. Fungsi utama motor driver (seperti L298N) ialah:
A. Menstabilkan robot
B. Menggerakkan sensor
C. Mengawal arah dan kelajuan motor
D. Menyimpan tenaga
6. Apakah tujuan utama penderia ultrasonik atau inframerah dalam perlawanan Robot Tempur?
A. Mengesan lokasi robot lawan
B. Mengesan suhu
C. Mengesan tahap bateri
D. Mengawal roda
7. Apakah sumber tenaga yang biasa digunakan untuk Robot Tempur?
A. Kuasa solar
B. Kabel elektrik
C. Minyak
D. Bateri boleh cas semula
8. Fungsi suis on/off ialah?
A. Menghidupkan penderia
B. Mengawal kelajuan
C. Menghidup dan mematikan robot
D. Mengatur strategi robot
9. Fungsi pelindung hadapan robot ialah untuk:
A. Menahan serangan dan senjata musuh
B. Menyimpan bateri
C. Menstabilkan robot
D. Mengkias robot
10. Antara berikut, yang manakah BUKAN komponen elektronik bagi robot tempur?
A. Arduino Uno
B. Motor
C. Penderia
D. Tali Sawat
11. Robot yang mengutamakan kelajuan biasanya menggunakan strategi:
A. Bertahan sahaja
B. Menyerang
C. Menunggu dan mengelak
D. Tidak bergerak
12. Mengapa penting untuk memastikan jumper wire yang digunakan pada robot tempur dalam keadaan kemas dan tidak berselirat?
A. Untuk kelihatan cantik
B. Untuk mengelakkan litar pintas
C. Supaya lebih mudah dicabut
D. Supaya robot lebih berat
13. Apakah faktor utama dalam strategi robot tempur yang berjaya?
A. Kelajuan dan warna robot
B. Bunyi dan berat
C. Bilangan penderia
D. Kuasa, kelajuan, dan kepintaran strategi
14. Apakah ciri bahan yang sesuai untuk plat tapak robot tempur?
A. Rata, kukuh, dan ringan
B. Lembut dan besar
C. Berat dan keras
D. Licin dan berkilat
15. Apakah komponen yang digunakan untuk menolak atau menjatuhkan lawan?
A. Penyodok depan atau senjata
B. Penderia garisan
C. Slider belakang
D. Roda getah
