Font size
Worksheetssains rayyan
Total questions: 117
Worksheet time: 2hrs 31mins
Menggunakan pemerhatian untuk mengasing dan mengumpulkan objek atau fenomena berdasarkan ciri yang sama merujuk kepada.......
Memerhati
Membuat inferens
Meramal
Mengelas
Menggunakan pemerhatian untuk mengasing dan mengumpulkan objek atau fenomena berdasarkan ciri yang sama merujuk kepada.......
Memerhati
Membuat inferens
Meramal
Mengelas
Manakah antara berikut merupakan aktiiviti yang terakhir dalam mengeksperimen?
Menyatakan persoalan bagi suatu masalah
Menentukan kaedah dan alat radas
Membuat laporan
Membuat hipotesis
Membuat jangkaan awal tentang sesuatu peristiwa berdasarkan pemerhatian dan pengalaman lalu atau berdasarkan data.
Memerhati
Membuat inferens
Meramal
Berkomunikasi
Menggunakan deria penglihatan, pendengaran, sentuhan, rasa atau bau untukmengumpulkan maklumat tentang objek dan fenomena.
Memerhati
Mengelas
Meramal
Membuat inferens
Nyatakan kemahiran manipulatif berdasarkan gambar ini?
Melakarkan spesimen, peralatan dan bahan sains dengan tepat
Menggunakan dan mengendalikan peralatan dan bahan sains dengan betul
Mengendalikan spesimen dengan betul dan selamat
Membersihkan peralatan dengan betul dan selamat
Antara berikut, yang manakah pernyataan masalah?
Haba ialah sejenis serangga.
Adakah haba mempengaruhi jenis objek?
Objek panas mengeluarkan haba
Semakin panas objek, semakin besar saiznya
Apakah kemahiran manipulatif berdasarkan gambar?
Melakarkan spesimen, peralatan dan bahan sains dengan tepat
Menggunakan dan mengendalikan peralatan dan bahan sains dengan betul
Mengendalikan spesimen dengan betul dan selamat
Membersihkan peralatan dengan betul dan selamat
Apakah peraturan yang patut dipatuhi oleh murid-murid di dalam Bilik Sains ?
Murid tidak dibenarkan memakai kasut dalam Bilik Sains
Murid tidak dibenarkan memasuki Bilik Sains
Murid tidak dibenarkan makan dan minum dalam bilik sains
Murid hanya boleh memasuki bilik sains setelah dibenarkan oleh guru
Peraturan yang manakah sepatutnya dipatuhi apabila berada di dalam Bilik Sains ?
Bergurau dan berlari di dalam Bilik Sains
Menyentuh , menghidu atau memasukkan sebarang bahan ke dalam mulut tanpa kebenaran guru
Guna peti pertolongan cemas untuk menyiapkan kerja sekolah
Menyusun kerusi dan peralatan dalam Bilik Sains dengan kemas sebelum keluar
Maklumat berikut menunjukkan peraturan Bilik Sains yang perlu dipatuhi oleh murid-murid .
DILARANG MAKAN ATAU MINUM DI DALAM BILIK SAINS
Pada pendapat kamu , mengapakah peraturan ini penting ?
Untuk mengelakkan makanan daripada dicemari oleh bahan kimia
Untuk mengelakkan kantin daripada menjadi lengang
Untuk mengelakkan makanan tersebut menjadi rebutan dengan murid lain
Untuk mengelakkan Bilik Sains daripada dipenuhi oleh bau makanan
Rajah diatas menunjukkan satu situasi yang berlaku dalam Bilik Sains .
Peraturan Bilik Sains yang manakah menjadi rujukan kepada situasi di atas ?
Jangan berlari dan bermain di dalam Bilik Sains
Jangan membawa makanan dan minuman ke dalam Bilik Sains
Jangan berebut-rebut untuk masuk ke Bilik Sains
Jangan menghidu, menyentuh dan merasa bahan di dalam bilik sains
Pernyataan di bawah menunjukkan langkah-langkah untuk mengendalikan peralatan sains selepas penyiasatan .
P- Bersih peralatan dengan air sabun
Q- Keringkan peralatan sebelum menyimpan dalam almari
R- Buang sisa pepejal atau bahan buangan ke dalam tong sampah
Susun semula langkah-langkah tersebut mengikut urutan yang betul .
P - Q - R
Q - P - R
R - P - Q
P - R - Q
Pernyataan di atas merujuk kepada kemahiran proses sains ___________
Membuat jangkaan awal tentang sesuatu peristiwa berdasarkan pemerhatian dan pengalaman lalu atau berdasarkan data.
Memerhati
Membuat Inferens
Meramal
Berkomunikasi
Membuat kesimpulan awal yang munasabah, yang mungkin benar atau tidak benar untuk menerangkan sesuatu peristiwa atau pemerhatian
Meramal
Mengelas
Berkomunikasi
Membuat Inferens
Antara berikut, yang manakah pernyataan masalah?
Haba ialah sejenis serangga.
Objek panas mengeluarkan haba.
Adakah haba mempengaruhi jenis objek?
Semakin panas objek, semakin besar saiznya.
Lima ekor ikan dimasukkan ke dalam sebuah akuarium kecil berisi air mineral dan diberikan bekalan makanan dan oksigen yang mencukupi. Namun, selepas 10 minit, salah seekor ikan telah mati.
Apakah inferens yang paling munasabah bagi perkara ini?
Ikan itu telah mati akibat kekurangan oksigen.
Ikan itu telah mati akibat berkelahi sesama sendiri.
Ikan itu telah mati akibat kekurangan makanan.
Ikan itu telah mati akibat keracunan air.
Rajesh mahu mengetahui isi padu sebutir batu dengan menggunakan air dan silinder penyukat.
Apakah definisi secara operasi bagi isi padu batu itu?
Isi padu batu ialah saiz ruang yang dipenuhinya.
Isi padu batu boleh ditentukan dengan formula matematik.
Isi padu batu ialah jumlah luas permukaan didarabkan dengan ketinggiannya.
Isi padu batu ialah beza antara isi padu air sebelum batu dimasukkan dan selepas batu dimasukkan ke dalam silinder penyukat.
Sebelum memasuki Bilik Sains, peraturan yang manakah perlu dipatuhi?
Aktiviti dijalankan dengan arahan guru
Beratur di luar Bilik Sains dalam keadaan senyap
Laporkan sebarang kemalangan kepada guru dengan segera
Sampah dan sisa bahan hendaklah dibuang dengan cara yang betul
Apakah perkara pertama yang perlu anda lakukan ketika masuk ke dalam Bilik Sains?
Tutup suis kipas
Nyalakan penunu Bunsen
Buka cermin tingkap
Susun kerusi dan kemas Bilik Sains
Antara berikut, yang manakah merupakan contoh peraturan Bilik Sains?
Beratur sebelum masuk ke dalam Bilik Sains
Buang sisa dan sampah ke dalam singki
Jangan laporkan sebarang kerosakan peralatan kepada guru sains
Bahan mudah terbakar hendaklah dibuang ke dalam tong sampah
Semua bahan yang berikut boleh dibuang ke dalam singki dengan air paip yang mengalir kecuali...
Ketulan ais
Air sabun
Cebisan kertas
Cecair berwarna
Rakan anda telah memecahkan sebuah tabung uji, apakah tindakan yang patut anda lakukan?
Laporkan kepada ketua kelas
Laporkan kepada guru disiplin
Laporkan kepada guru sains
Laporkan kepada pengawas sekolah
Antara berikut, situasi yang manakah mematuhi peraturan Bilik Sains?
Suhana berlari-lari di dalam Bilik Sains
Kumar mengutip dengan tangan serpihan bikar yang pecah
Umar membawa bahan kimia keluar dari Bilik Sains
Amran mengemas meja dan menyusun kerusi sebelum keluar dari Bilik Sains
Susun pernyataan di bawah mengikut urutan yang betul.
W - Masuk dengan kebenaran guru
X - Beratur di luar Bilik Sains
Y - Susun kerusi sebelum keluar dari Bilik Sains
Z - Duduk di dalam kumpulan yang telah ditetapkan
W, X, Y, Z
X, W, Z, Y
Z, Y, X, W
Y, X, Z, W
Antara berikut, yang manakah merupakan peralatan perlindungan diri semasa melakukan eksperimen?
Apron
Topi keledar
Cermin mata hitam
Cermin mata keselamatan
Antara yang berikut, yang manakah bukan peraturan Bilik Sains?
Buang bahan buangan cecair ke dalam singki dengan air paip yang mengalir
Elakkan bertanya soalan ketika berada di dalam Bilik Sains
Nyalakan penunu Bunsen dengan cara yang betul
Susun kerusi dan kemas Bilik Sains sebelum keluar
Mengapakah peraturan Bilik Sains perlu dipatuhi oleh murid?
Untuk menjaga keselamatan dan keselesaan murid sewaktu belajar
Supaya Bilik Sains kelihatan bersih dan teratur
Supaya eksperimen dapat dijalankan dengan betul
Supaya tidak dimarahi oleh guru
Apakah maksud mikroorganisma ?
Hidupan seni yang saling berinteraksi dengan hidupan lain.
Hidupan seni yang sangat bahaya.
Hidupan seni yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.
Hidupan seni yang hidup di dalam air.
Antara mikroorganisma berikut, yang manakah hanya dapat hidup dan membiak apabila berada di dalam benda hidup yang lain ?
Carta ini menunjukkan keluasan kulat roti yang diperhatikan pada sekeping roti yang direnjis dengan air. Apakah inferens yang dapat dibuat ?
Mikroorganisma berkumuh
Mikroorganisma bertumbuh
Mikroorganisma bergerak
Mikroorganisma bernafas
Proses hidup bagi mikroorganisma adalah seperti berikut kecuali
Bertumbuh
Berhibernasi
Bergerak
Bernafas
Rajah ini menunjukkan adunan doh dibiarkan selama 45 minit sebelum digunakan.
Apakah tujuan tindakan itu ?
Untuk membenarkan mikroorganisma membiak supaya adunan doh dapat mengembang.
Untuk menghasilkan adunan doh yang elok.
Untuk membenarkan mikroorganisma bernafas supaya adunan doh dapat mengembang.
Untuk membenarkan adunan doh mengecut.
Maklumat berikut adalah ciri-ciri sejenis mikroorganisma.
1) Hidup di habitat berair seperti tasik, kolam dan longkang.
2) Mempunyai klorofil dan menghasilkan makanan sendiri.
Mikroorganisma manakah yang memenuhi ciri-ciri yang dinyatakan ?
Rajah ini menunjukkan satu eksperimen yang dijalankan oleh Hanisah. Hasil pemerhatian selepas satu minggu di dapati cili yang direndam di dalam cuka lebih tahan lama dari cili yang direndam di dalam air biasa.
Apakah kesimpulan yang dapat dibuat dari eksperimen ini ?
Mikroorganisma tidak aktif dalam larutan berkeasidan yang tinggi.
Mikroorganisma tidak aktif dalam air yang tidak bergula.
Mikroorganisma tumbuh aktif di dalam larutan berkeasidan tinggi.
Mikroorganisma tidak aktif dalam larutan tidak bergula.
Maklumat berikut menerangkan tentang satu pemerhatian.
" Ikan yang telah dikeringkan boleh disimpankan dengan lebih lama."
Apakah inferens yang dapat dibuat berdasarkan pemerhatian ini ?
Mikroorganisma hanya boleh hidup dalam larutan bergula.
Mikroorganisma tidak aktif dalam badan ikan.
Mikroorganisma tidak dapat hidup tanpa kehadiran air.
Mikroorganisma tidak dapat hidup tanpa cahaya matahari.
Satu penyiasatan telah dijalankan oleh sekumpulan murid tahun 6 Al-Farabi untuk mengetahui tentang proses hidup mikroorganisma. Sekeping roti yang telah direnjis dengan air dimasukkan ke dalam beg plastik lutsinar dan disimpan di dalam laci selama 7 hari.
Dapat diperhatikan kulapok roti semakin bertambah dengan pertambahan hari. Apakah kesimpulan bagi penyiasatan ini.
Mikroorganisma bertumbuh dengan kehadiran air dan nutrien.
Mikroorganisma akan lebih aktif apabila direnjis air.
Mikroorganisma akan bertumbuh dengan kehadiran air sahaja.
Mikroorganisma bertumbuh apabila semua keperluan untuk pertumbuhannya mencukupi.
Rajah ini menunjukkan ibu kepada Haninah menyimpan daging mentah di dalam peti ais agar daging tersebut tidak rosak. Apakah wajaran perbuatan tersebut ?
Mikroorganisma tidak dapat bertumbuh tanpa kehadiran air.
Mikroorganisma tidak aktif pada suhu yang terlalu rendah.
Mikroorganisma mati pada suhu terlalu tinggi.
Mikroorganisma mendapat semua keperluan asas secukupnya.
Apakah kepentingan mikroorganisma kepada manusia ?
Membuat makanan
Menghasilkan baja organik
Pereputan gigi
Menghasilkan ubat-ubatan
Rajah ini menunjukkan loji perawatan sisa kumbahan yang menjalankan rawatan sisa kumbahan. Apakah tujuan bakteria digunakan dalam kerja-kerja perawatan sisa kumbahan.
Menghalang pertumbuhan organisma seni di dalam air loji kumbahan.
Membantu aliran pengudaraan yang baik di dalam loji kumbahan.
Menguraikan sisa organik semasa proses pereputan tinja.
Menghilangkan bau busuk semasa proses pereputan tinja.
Mikroorganisma ialah hidupan seni yang dapat dilihat dengan mata kasar.
BENAR
SALAH
Virus merupakan sejenis mikroorganisma yang kecil dan hanya dapat dilihat dengan menggunakan mikroskop elektron.
BENAR
SALAH
Kulapuk roti bertumbuh dengan lebih baik di tempat gelap.
BENAR
SALAH
Semua mikroorganisma dapat bertumbuh tanpa kehadiran udara.
BENAR
SALAH
Beguk ialah sejenis penyakit berjangkit yang disebabkan oleh virus.
BENAR
SALAH
Penisilin ialah sejenis antibiotik yang diperbuat daripada sejenis bakteria.
BENAR
SALAH
(a) digunakan untuk membuat tempe.
(a) roti menyebabkan roti menjadi rosak.
Sesetengah fungi digunakan untuk membuat (a)
Bakteria (a) tinja haiwan yang digaul dengan serbuk kayu untuk menghasilkan baja organik.
Sesetengah fungi, bakteria dan virus digunakan untuk menghasilkan vaksin yang merangsang penghasilan (a) bagi melawan virus yang berbahaya.
Rajah ini menunjukkan pemakaian topeng muka semasa suatu wabak penyakit berpengakit berlaku.
Berdasarkan rajah ini, pada pendapat kamu adakah amalan ini boleh mencegah penyebaran penyakit ? Terangkan jawapan kamu.
Rajah ini menunjukkan Zulaikha dan rakan-rakan sekelasnya menjalankan satu ujikaji tentang proses hidup mikroorganisma. Apakah kesimpulan yang dapat dibuat daripada ujikaji ini.
Apakah maksud interaksi antara hidupan ?
Proses tumbuhan membuat makanan.
Hubungan antara benda hidup dan bukan hidup.
Hubungan antara haiwan sahaja.
Hubungan antara hidupan yang saling bergantung antara satu sama lain.
Antara pernyataan berikut, yang manakah salah tentang interaksi antara hidupan ?
Tumbuhan menjalar menumpang tumbuhan besar sambil mengambil nutrien daripada tumbuhan yang ditumpangkannya.
Haiwan yang sama spesies bersaing antara satu sama lain untuk menentukan kawasan tempat tinggal mereka.
Haiwan bertindak membekalkan nutrien kepada tumbuhan yang hidup dalam satu habitat.
Haiwan yang berbeza spesies saling membantu untuk mencari makanan.
Bagaimanakah rusa dapat menyelamatkan diri daripada serangan harimau ?
Bekerjasama sesama mereka,
Bergerak secara bersendirian.
Bergerak secara berkumpulan.
Bergerak secara rawak.
Antara faktor berikut, yang manakah bukan faktor persaingan interspesies ?
Pasangan
Minuman
Makanan
Tempat tinggal
Antara berikut, yang manakah interaksi yang wujud sesama haiwan dalam suatu habitat ?
I) Kejiranan
II) Simbiosis
III) Persaingan
IV) Mangsa-pemangsa
I, II dan III
II, III dan IV
I, III dan IV.
I, II dan IV
Rajah ini menunjukkan dua jenis persaingan antara haiwan.
Apakah yang diwakili oleh 'P' dan 'Q' ?
P : Intraspesies
Q : Interspesies
P : Interspesies
Q : Intraspesies
P : Komensalisme
Q : Mutualisme
P : Mutualisme
Q : Komensalisme
Rajah ini menunjukkan interaksi antara dua spesies tumbuhan.
Apakah jenis interaksi yang ditunjukkan dalam rajah itu.
Komensalisme
Parasitisme
Mutualisme
Simbiosis
Rajah ini menunjukkan satu contoh interaksi antara haiwan.
Manakah pernyataan yang betul tentang interaksi itu ?
Kedua-duanya bersaing untuk mendapatkan ruang.
Wujud mangsa-pemangsa dalam interaksi itu.
Menguntungkan kedua-dua pihak.
Tidak merugikan mana-mana pihak.
Rajah ini menunjukkan satu persaingan antara haiwan.
Apakah faktor persaingan tersebut ?
Kawasan
Makanan
Pasangan
Minuman
Antara interaksi berikut, yang manakah menunjukkan interaksi mutualisme ?
Antara simbiosis berikut, yang manakah berlaku antara tumbuhan ?
Mutualisme dan sosialisme
Sosialisme dan parasitisme
Parasitisme dan mutualisme
Komensalisme dan parasitisme
Antara pasangan berikut, yang manakah dipadankan dengan betul ?
Mangsa : Citah
Pemangsa : Rusa
Mangsa : Singa
Pemangsa : Ular
Mangsa : Helang
Pemangsa : Arnab
Mangsa : Obor-obor
Pemangsa : Penyu
Rajah ini menunjukkan sejenis tumbuhan.
Apakah jenis simbiosis yang dibawa oleh tumbuhan tersebut ?
Sosialisme
Komensalisme
Mutualisme
Parasitisme
Maklumat berikut menerangkan tentang dua jenis interaksi simbiosis :
M : Interaksi yang memberi manfaat kepada kedua-dua belah haiwan.
N : Interkasi yang memberi manfaat kepada satu pihak sahaja dan merugikan pihak yang satu lagi.
Apakah yang diwakili oleh M dan N ?
M : Mutualisme
N : Parasitisme
M : Mutualisme
N : Komensalisme
M : Komensalisme
N : Parasitisme
M : Parasitisme
N : Mutualisme
Antara berikut, yang manakah bukan kepentingan interaksi antara hidupan kepada ekosistem ?
Mengawal populasi hidupan dalam sesuatu habitat.
Mengekalkan kemandirian spesies.
Mengekalkan persaingan yang lebih hebat antara hidupan yang lebih kuat.
Menjaga keseimbangan alam semula jadi.
Antara pokok-pokok berikut, yang manakah merupakan pasangan tumbuhan pemangsa kepada serangga ?
Pokok venus
Bunga pakma
Semalu
Periuk kera
Rajah ini menunjukkan suatu penyiasatan faktor persaingan antara tumbuhan.
Cahaya merupakan salah satu faktor persaingan antara tumbuhan. Antara berikut, pemerhatian manakah yang paling sesuai dilihat selepas 21 hari ?
Anak pokok B semua telah mati
Anak pokok A tumbuh lebih tinggi berbanding anak pokok B.
Anak pokok B tumbuh lebih tinggi berbanding anak pokok A.
Anak pokok B tumbuh lebih sihat.
Rajah ini menunjukkan keadaan anak pokok yang hidup di dalam dua buah pasu yang berlainan saiz.
Apakah inferens yang dapat dibuat berdasarkan pemerhatian ini ?
Persaingan terhadap keperluan asas antara anak pokok pasu X lebih tinggi daripada pasu Y.
Persaingan terhadap keperluan asas antara anak pokok pasu Y lebih tinggi daripada pasu X.
Persaingan terhadap keperluan asas antara anak pokok pasu X kurang daripada pasu Y.
Persaingan terhadap keperluan asas antara anak pokok pasu X sama dengan pasu Y.
Tumbuhan di dalam hutan bersaing untuk mendapatkan ruang sahaja.
BENAR
SALAH
Tumbuhan bersaing untuk mendapatkan air, ruang, cahaya matahari dan pasangan.
BENAR
SALAH
Tumbuhan tumbuh dengan lebih tinggi untuk mendapatkan cahaya matahari.
BENAR
SALAH
Tumbuhan yang berada di lantai hutam mendapat lebih banyak air untuk pertumbuhan.
BENAR
SALAH
Faktor persaingan interspesies ialah pasangan, makanan dan kawasan.
BENAR
SALAH
Pokok orkid menumpang pada (a) untuk mendapatkan sokongan, cahaya matahari dan nutrien daripada persekitaran.
Pokok dedalu menyerap (a) dan air daripada batang pokok perumah.
Interaksi antara ikan badut dan buran merupakan interaksi simbiosis (a)
Dalam interaksi simbiosis komensalisme, ikan remora mendapat manfaat manakala (a) tidak mendapat manfaat atau kerugian.
Interaksi antara hidupan bertujuan untuk mendapatkan (a) bagi meneruskan hidup.
Rajah ini menunjukkan satu eksperimen yang telah dilakukan oleh sekumpulan murid 6 Al-Farabi.
Mereka telah menyemai 2 biji benih didalam pasu A dan 4 biji benih di dalam bekas B. Kedua-dua bekas ini mempunyai saiz yang sama. Mereka telah menyiram dengan jumlah air yang sama setiap hari selama 7 hari dan meletakkannya di tempat yang sama.
Apakah pemerhatian yang mungkin kamu perhatikan selepas seminggu ?
Rajah ini menunjukkan satu eksperimen yang dijalankan oleh Sumayyah dan rakan-rakannya.
Sumayyah meletakkan kedua-dua kotak yang berisi pokok itu di tempat yang terdedah kepada cahaya matahari. Mereka juga menyiram pokok-pokok itu menggunakan tiub air melalui lubang di bahagian atas kotak itu.
Berikan kesimpulan yang boleh diperolehi di akhir eksperimen ini ?
Antara berikut haiwan manakah yang telah pupus ?
Antara berikut, yang manakah ciri haiwan yang diancam kepupusan ?
Bilangannya semakin bertambah
Bilangannya semakin berkurang
Mudah dijumpai di mana-mana
Sudah pupus
Maklumat di bawah menunjukkan punca kepupusan bagi seekor haiwan.
" Diburu oleh pelayar yang singgah di kawasan itu manakala telurnya dimakan oleh tikus dan kucing. "
Apakah nama haiwan tersebut ?
Burung Dodo
Serigala Tasmania
Dinasaur
Quangga
Rajah ini menunjukkan seekor haiwan yang mempunyai ciri dan tingkah laku khas melindungi diri dari musuh.
Antara haiwan berikut, yang manakah boleh dikelaskan dalam kumpulan yang sama ?
Mamot
Harimau bertaring lengkung
Harimau malaya
Dinosaur
Pokok tongkat ali merupakan sejenis tumbuhan yang diancam kepupusan.
Mengapakah pokok ini semakin pupus ?
Digunakan untuk membuat perabot.
Digunakan untuk menghasilkan kertas.
Dijadikan ubat tradisional.
Digunakan untuk membuat pakaian.
Apakah definasi kepupusan ?
Semakin berkurang jumlahnya.
Semakin membiak dengan banyaknya.
Spesies yang sudah lenyap di muka Bumi.
Spesies yang tidak pernah wujud di muka Bumi.
Berikut adalah tiga jenis tumbuhan.
a) Meranti
b) Keruing
c) Cengal
Apakah persamaan antara semua tumbuhan tersebut ?
Semua tumbuhan tersebut sedang diancam kepupusan dan bilangannya semakin sedikit.
Semua tumbuhan tersebut telah pun pupus daripada muka Bumi.
Semua tumbuhan tersebut terlalu banyak bilangannya di di dalam hutan.
Semua tumbuhan tersebut tidak pernah tumbuh di muka Bumi
Maklumat berikut menunjukkan bagaimana haiwan X dan haiwan Y menghadapi ancaman kepupusan.
Haiwan X : Pembangunan di tepi pantai
Haiwan Y : Pembalakan tidak terkawal.
Antara berikut, haiwan yang manakah mewakili X dan Y ?
X : Panda
Y : Ikan lumba-lumba
X : Ikan lumba-lumba
Y : Dugong
X : Dugong
Y : Orang utan
X : Panda
Y : Penyu
Antara haiwan berikut, yang manakah tidak mempunyai pusat pemuliharaan di Malaysia ?
Beruang madu
Orang utan
Kura-kura
Seladang
Rajah ini menunjukkan satu aktiviti yang dilakukan oleh manusia.
Apakah kesan aktiviti ini terhadap haiwan dan tumbuhan ?
Menyebabkan banjir kilat.
Pemanasan global.
Menyebabkan hakisan
Pemusnahan habitat.
Antara berikut, manakah faktor yang menyebabkan haiwan dan tumbuhan diancam kepupusan ?
Mewujudkan hutan simpan.
Penanam semula
Pencemaran bunyi.
Pemanasan global.
Apakah kesan daripada penetapan beberapa kawasan sebagai hutan simpan dan tapak RAMSAR ?
Mengurangkan pencemaran udara.
Dapat mengelakkan haiwan dan tumbuhan kehilangan habitat.
Menggalakkan aktiviti pembalakan.
Mengeksploitasi spesies haiwan dan tumbuhan.
Antara berikut, yang manakah merupakan langkah pemuliharaan haiwan dan tumbuhan ?
Membina pusat pemuliharaan.
Mengitar semula barangan.
Menguatkuasakan undang-undang.
Memboikot penjualan produk daripada spesies terancam.
Apakah maksud pemuliharaan ?
Memindahkan haiwan dan tumbuhan daripada keadaan asalnya yang seimbang.
Mengembalikan haiwan dan tumbuhan kepada keadaan asalnya yang seimbang.
Mengeluarkan haiwan dan tumbuhan daripada keadaan asalnya yang seimbang.
Mengekalkan haiwan dan tumbuhan kepada keadaan asal yang seimbang.
Antara faktor ancaman terhadap kemandirian spesies adalah bencana alam. Apakah contoh bencana alam itu ?
Penebangan pokok di hutan.
Letusan gunung berapi.
Pembuangan sampah di dalam sungai.
Pembalakan tak terancang.
Berikut adalah contoh-contoh kawasan pemeliharaan yang diwartakan oleh kerajaan, kecuali ...
Taman Negara Pahang
Hutan Simpan Belum, Perak.
Hutan Simpan Bukit Bintang, Perlis.
Pusat Rehabilisasi Orang Utan Sepilok, Sabah.
Apakah langkah yang boleh kamu lakukan untuk mengelakkan kepupusan terhadap haiwan dan tumbuhan ?
Mendidik masyarakat tentang kepentingan menjaga alam semula jadi.
Memboikot barangan buatan kulit haiwan asli.
Menguatkuasakan undang-undang.
Mengisytiharkan hutan simpan.
Antara berikut, yang manakah kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan ?
Pembangunan semakin pesat.
Ekonomi negara bertambah.
Penghasilan produk kulit haiwan semakin meningkat.
Mengekalkan persekitaran yang bersih dan sihat.
Pemeliharaan bermaksud langkah mengekalkan haiwan dan tumbuhan dalam keadaan (a) yang seimbang.
Menjalankan (a) terpilih ialah menebang pokok yang sesuai sahaja manakala pokok yang belum matang dibiarkan membesar.
(a) mengenai kepentingan pemeliharaan hutan yang diancam kepupusan boleh dilaksanakan melalui kempen, iklan dan bual bicara.
(a) penjualan produk berdasarkan spesies haiwan dan tumbuhan yang diancam kepupusan seperti beg tangan kulit harimau dan lemang periuk kera adalah satu usaha untuk mengelakkan kepupusan haiwan dan tumbuhan.
Kita perlu menjalankan aktiviti guna semula dan (a) barangan bagi mengurangkan pencemaran alam dan eksploitasi terhadap haiwan dan tumbuhan.
Mewartakan kawasan hutan simpan terpilih seperti Taman Negara, Taman Marin dan Tapak RAMSAR boleh melindungi tempat-tempat ini daripada pencerobohan manusia.
BENAR
SALAH
Punca dinosaur telah pupus ialah akibat perubahan suhu dan dimakan oleh haiwan lain.
BENAR
SALAH
Punca quangga telah pupus ialah disebabkan kulit dan dagingnya diburu oleh manusia.
BENAR
SALAH
Pemeliharaan dan pemuliharaan penting untuk memastikan syarikat pembalakkan mendapat keuntungan yang besar.
BENAR
SALAH
Memperbanyak penggunaan kertas dalam kehidupan seharian kita merupakan langkah-langkah pemeliharaan haiwan dan tumbuhan.
BETUL
SALAH
Rajah ini menunjukkan keadaan di sebuah hutan.
Nyatakan kesan daripada situasi dalam rajah ini terhadap kehidupan.
Tenggiling merupakan salah satu daripada haiwan yang diancam kepupusan di Malaysia.
Cadangkan satu aktiviti pemuliharaan yang boleh dijalankan untuk menyelamatkannya daripada pupus.
