Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Pantun, Kata ganda, Syair dan Memurnikan ayat

Total questions: 10

Worksheet time: 30mins

Name
Class
Date
1.

Pilih ayat yang mengandungi kata ganda penuh.

a)

Baju itu kotor kerana terjatuh daripada ampaian.

b)

Murid tahun 3 Victory memakai baju-baju yang cantik semasa sambutan Hari Malaysia.

c)

Ibu menyapu lantai dengan menggunakan sebatang penyapu.

d)

Kucing itu kotor setelah terjatuh ke dalam longkang .

2.

Pilih ayat yang mengandungi kata ganda separa.

a)

Murid-murid sedang membaca buku di dalam bilik perpustakaan.

b)

Jalan menuju ke kampung nenek bengkang-bengkok kerana terletak di atas bukit.

c)

Rumah-rumah di kawasan itu cantik tetapi harganya sangat mahal.

d)

Bola-bola yang dijual oleh lelaki itu berwarna-warni.

3.

Antara berikut, yang manakah kata ganda penuh.

a)

Pokok-pokok

b)

Sayur-mayur

c)

Bunga-bungaan

d)

Lelangit

4.

Antara berikut, yang manakah kata ganda berentak.

a)

Huru-hara

b)

Jejari

c)

Makan-makan

d)

Pepohon

5.

Antara berikut, yang manakah bukan pakaian tradisional kaum di Malaysia?

a)

b)

c)

d)

6.

Pilih ayat yang tiada kesalahan ejaan, tanda baca dan imbuhan.

a)

Alat muzik seperti gambus dan kompang popular dalam kalangan masyarakat Melayu.

b)

Alat muzik seperti gambus dan kompang populer dalam kalangan masyarakat Melayu.

c)

Alat muzik separti gambus dan kompang popular dalam kalangan masyarakat Melayu.

d)

Alat music seperti gambus dan kompang popular dalam kalangan masyarakat Melayu.

7.

Pilih ayat yang tiada kesalahan ejaan, tanda baca dan imbuhan.

a)

Gambus dimainkan untuk mengiringi persembahan ghazal, zapin, inang dan joget.

b)

Gambus dimainkan untuk mengiringi persyembahan ghazal, zapin, inang dan joget.

c)

Gambus dimainkan untuk mengiringi tersembahan ghazal, zapin, inang dan joget.

d)

Gambus dimainkan untuk mengiringi disembahan ghazal, zapin, inang dan joget.

8.

Pilih ayat yang tiada kesalahan ejaan, tanda baca dan imbuhan.

a)

Kompang dimainkan dalam pelbagai acara seperti perarakan kenduri, majlis rasmi dan upacara-upacara tradisi lain.

b)

Kompang memainkan dalam pelbagai acara seperti perarakan kenduri, majlis rasmi dan upacara-upacara tradisi lain.

c)

Kompang pemainkan dalam pelbagai acara seperti perarakan kenduri, majlis rasmi dan upacara-upacara tradisi lain.

d)

Kompang termainkan dalam pelbagai acara seperti perarakan kenduri, majlis rasmi dan upacara-upacara tradisi lain.

9.

Mengail puyu di hujung desa,

Dalam terusan nampak berbayang;

Pantun Melayu kesenian bangsa,

Pusaka warisan nenek dan moyang.

Pilih maksud pantun yang betul.

a)

Pantun merupakan budaya peninggalan nenek moyang.

b)

Bahasa pantun indah dan bersantun.

c)

Pantun perlu dimartabatkan dan disanjung.

d)

Pantun memerlukan pergerakkan tarian.

10.

Seni tarian ibarat permata,

Lenggok bersopan dipandang mata,

Gerak dan geri indah sekata,

Zapin dan inang pusaka kita.

Pilih maksud syair yang betul.

a)

Seni tarian tradisional indah gerakannya.

b)

Seni tarian tradisional perlu pelihara.

c)

Seni tarian tradisional perlu dimartabatkan dan disanjung.

d)

Seni tarian tradisional peninggalan nenek moyang.