wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Gameshow Quiz: Unit 7 - Cinta Akan Negara

Total questions: 10

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

Sekolah mengadakan aktiviti Minggu Patriotik. Cikgu meminta murid mencadangkan aktiviti yang menunjukkan nilai Cinta Akan Negara. Yang manakah bukan contoh amalan cinta akan negara?

a)

Menyertai gotong-royong sekolah

b)

Melukis grafiti bertemakan Kemerdekaan di dinding sekolah tanpa kebenaran

c)

Mengibarkan Jalur Gemilang di kelas

2.

Ketika di taman, Ali memungut sampah yang dibuang orang lain. Tindakan Ali menunjukkan contoh:

a)

Amalan baik hati

b)

Amalan cinta akan negara

c)

Amalan Pembersih

3.

Kamu telah dilantik sebagai ketua kumpulan untuk projek cinta akan negara. Antara berikut, cara memupuk cinta akan negara dalam projek ini ialah:

a)

Menghormati lagu Negaraku semasa perhimpunan

b)

Membuang sampah merata-rata semasa aktiviti

c)

Melanggar undang-undang sekolah

4.

Sekolah anda ingin mengadakan ceramah mengenai semangat patriotik. Mengapa sekolah mengadakan ceramah ini?

a)

Untuk memupuk kesedaran dan semangat cinta akan negara dalam kalangan murid

b)

Agar murid boleh berehat daripada belajar di kelas.

c)

Supaya murid dapat bercakap dengan kuat

5.

Penduduk kampung sering membuang sampah ke sungai. Apakah kesan pengabaian amalan cinta akan negara dalam situasi ini?

a)

Sungai menjadi cetek

b)

Sungai menjadi tercemar, menjejaskan alam sekitar dan kesihatan

c)

Sungai sudah tercemar menjadi tempat pelupusan sisa kimia.

6.

Ramai rakyat tidak menghormati undang-undang jalan raya. Apakah kesan jika keadaan ini berterusan?

a)

Kerajaan menggubal undang-undang baharu.

b)

Berlaku kemalangan dan kesesakan jalan raya

c)

Polis trafik semakin naik gaji kerana lebih banyak kerja.

7.

Semasa membantu guru untuk mengemas stor sekolah, kamu mendapati rakan kamu telah membuang bendera Jalur Gemilang yang sudah lusuh dan rosak ke dalam tong sampah. Apakah tindakan yang sepatutnya kamu lakukan ketika melihat hal tersebut?

a)

Menegur rakan bahawa bendera yang sudah rosak haruslah dilupuskan secara tertutup.

b)

Memberitahu guru mengenai tindakan selanjutnya

c)

Melipat kembali bendera lusuh tersebut ke dalam almari sekolah.

8.

Anda menyertai perarakan sambutan kemerdekaan di sekolah. Bagaimanakah anda mengekspresikan perasaan cinta akan negara dalam situasi ini?

a)

Berjalan sambil senyum kepada rakan.

b)

Menyanyi lagu patriotik dengan semangat

c)

Merakam perarakan sebagai kenang-kenangan.

9.

Sekolah anda rosak kerana vandalisme pelajar. Apakah cara memupuk cinta akan negara dan mencegah perkara ini?

a)

Membiarkan perkara ini kerana bukan perbuatan kamu.

b)

Membetulkan kerosakan dan menasihati rakan menjaga harta awam

c)

Berdiam diri kerana yang merosakkan bukan rakan kamu.

10.

Selepas menyaksikan dokumentari tentang pemuliharaan haiwan terancam, apakah tindakan yang sepatutnya diambil oleh Daniel untuk menyokong usaha tersebut?

a)

Mengabaikan isu pemuliharaan haiwan dan tidak melakukan apa-apa.

b)

Mengajak rakan-rakan untuk menyertai kempen pemuliharaan haiwan.

c)

Menulis surat kepada pihak berkuasa untuk mengeluh tentang isu tersebut.

d)

Menjual tiket dokumentari tersebut untuk mendapatkan keuntungan.