wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Falsafah Pendidikan menurut Imam al-Ghazali

Total questions: 10

Worksheet time: 3mins

Name
Class
Date
1.

Siapakah nama penuh Imam Al-Ghazali?

a)

Abu Hamid al-Ghazali bin Yusuf al-Tusi

b)

Abu Hamid Ahmad bin Muhammad al-Ghazali

c)

Abu Hamid Muhammad ibn Muhammad Al-Ghazali

d)

Abu Hamid Muhammad bin Ahmad al-Ghazali

2.

Pada tahun berapakah Imam Al-Ghazali dilahirkan?

a)

1111 Masihi

b)

1035 Masihi

c)

1058 Masihi

d)

1095 Masihi

3.

Apakah fokus utama falsafah pendidikan Imam Al-Ghazali?

a)

Pencapaian Intelektual

b)

Pembangunan Akhlak dan Rohani

c)

Status Sosial

d)

Kejayaan Material

4.

Menurut Imam Al-Ghazali, apakah tujuan pendidikan?

a)

Untuk melahirkan tenaga kerja mahir demi pembangunan negara

b)

Untuk membentuk insan yang seimbang dari segi akal, jasmani dan rohani serta mendekatkan diri kepada Allah

c)

Untuk mencapai kejayaan akademik dan kedudukan tinggi dalam masyarakat

d)

Untuk menguasai pelbagai bidang ilmu demi kepentingan dunia semata-mata

5.

Antara berikut, yang manakah TIDAK disebut sebagai bidang kepakaran Al-Ghazali?

a)

Falsafah

b)

Perubatan

c)

Fiqh

d)

Tasawuf

6.

Apakah yang ditekankan oleh Imam Al-Ghazali tentang hubungan antara ilmu dan tindakan?

a)

Ilmu lebih penting daripada tindakan kerana ia menjadi asas pemikiran

b)

Tindakan boleh mendahului ilmu jika niatnya betul

c)

Ilmu dan tindakan perlu seimbang tetapi boleh dipisahkan mengikut keadaan

d)

Ilmu tanpa amal tidak bermanfaat dan boleh membawa kepada kecelakaan

7.

Apakah pembahagian ilmu-ilmu menurut Imam al-Ghazali?

a)

Ilmu Dunia dan Ilmu Akhirat

b)

Ilmu Wajib dan Ilmu Sunat

c)

Ilmu Fardhu Áin dan Ilmu Fardhu Kifayah

d)

Ilmu Teori dan Ilmu Praktikal

8.

Bagaimanakah pandangan Imam Al-Ghazali tentang peranan seorang guru?

a)

Guru hanya perlu menyampaikan ilmu secara jelas dan sistematik

b)

Guru berperanan sebagai penyampai ilmu dan pelatih kemahiran profesional

c)

Guru dianggap sebagai murabbi yang membimbing akal, hati dan akhlak pelajar

d)

Guru berperanan sebagai penjaga disiplin dan pengawal kelas semata-mata

9.

Apakah yang dimaksudkan dengan istilah 'tazkiyatun nafs' dalam konteks pendidikan?

a)

Proses meningkatkan daya ingatan dan kepintaran akal fikiran

b)

Usaha menguasai ilmu akal dan falsafah secara mendalam

c)

Proses membersihkan jiwa daripada sifat tercela dan menghiasinya dengan akhlak terpuji

d)

Latihan fizikal dan mental untuk meningkatkan kecergasan tubuh

10.

"Apakah matlamat utama pendidikan menurut Imam al-Ghazali?"

a)

Untuk memperoleh pekerjaan yang baik dan pendapatan yang stabil

b)

Untuk menguasai pelbagai bidang ilmu pengetahuan

c)

Untuk membentuk akhlak mulia dan mencapai keredaan Allah SWT

d)

Untuk meningkatkan status sosial dalam masyaraka