wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz Tadabbur Al-Quran Tingkatan 1-3

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Apakah maksud Tadabbur?

a)

Membaca dengan kuat

b)

Menulis semula ayat Al-Quran

c)

Menghafal Al-Quran

d)

Memahami & menghayati isi kandungan Al-Quran

2.

Mengapakah tadabbur Al-Quran ini sangat penting untuk diri seseorang muslim?

a)

Supaya dapat menjadi alim

b)

Supaya dapat menghafal Al-Quran dengan cepat

c)

Supaya dapat menjdi seorang ustaz

d)

Supaya dapat memahami dan menghayati setiap daripada ayat-ayat suci Al-Quran

3.

Antara berikut surah manakah berkaitan dengan lembu betina?

a)

Surah Al-Fatihah

b)

Surah Muhammad

c)

Surah Al-Baqarah

d)

Surah Al-Ikhlas

4.

Surah manakah yang menerangkan tentang masa?

a)

Surah Al-Asr

b)

Surah Ash-Sharh

c)

Surah Ar-Rahman

d)

Surah Al-Ikhlas

5.

Apakah adab ketika tadabbur Al-Quran?

a)

Membuat bising

b)

Baca dengan perlahan

c)

Duduk dalam keadaan fokus & tenang

d)

Sambil bermain Ipad

6.

Apakah tujuan utama tadabbur Al-Quran?

a)

Untuk mendapatkan pahala semata-mata

b)

Untuk memahami mesej & petunjuk daripada Allah SWT

c)

Supaya boleh khatan Al-Quran cepat

d)

Supaya menjadi seorang yang pandai

7.

Siapakah yang wajib untuk mempelajari dan memahami isi kandungan ayat Al-Quran ini?

a)

Ulama sahaja

b)

Guru agama sahaja

c)

Semua orang Islam

d)

Pelajar sahaja

8.

Apakah kesan tadabbur Al-Quran dalam kehidupan seharian?

a)

Meniru dalam peperiksaan

b)

Menjadi seorang yang pemalas

c)

Berusaha untuk menjadi insan yang lebih baik

d)

Melakukan dosa tanpa henti

9.

Apakah perbezaan antara membaca dan mentadabburkan ayat suci Al-Quran?

a)

Membaca lebih baik daripada Tadabbur

b)

Tadabbur hanyalah untuk orang tua

c)

Tadabbur melibatkan pemahaman dan penghayatan

d)

Tiada beza

10.

Apakah maksud 'tadabbur' dari sudut bahasa?

a)

Membaca dengan suara kuat

b)

Mengulang-ulang bacaan

c)

Memikirkan secara mendalam

d)

Menyalin semula ayat Al-Quran

11.

Tadabbur membantu seseorang...

a)

Untuk menjadi kaya-raya

b)

Menghafal dengan laju

c)

Untuk membina akhlak yang terpuji melalui kefahaman ayat Al-Quran

d)

menjadi jahat

12.

Apakah langkah yang terbaik sebelum memulakan Tadabbur Al-Quran?

a)

Membaca buku sejarah

b)

Menonton Tiktok

c)

Berbual-bual

d)

Membaca Al-Quran dengan niat yng ikhlas dan memohon petunjuk daripada Allah SWT

13.

Siapakah tokoh Islam yang sentiasa mengamalkan Tadabbur Al-Quran?

a)

Abu Jahal

b)

Mustafa Kamal Ataturk

c)

Nabi Muhammad SAW

d)

Firaun

14.

Apakah intipati penting daripada ayat ini:

{ وَلۡتَكُن مِّنكُمۡ أُمَّةࣱ یَدۡعُونَ إِلَى ٱلۡخَیۡرِ وَیَأۡمُرُونَ بِٱلۡمَعۡرُوفِ وَیَنۡهَوۡنَ عَنِ ٱلۡمُنكَرِۚ وَأُو۟لَـٰۤىِٕكَ هُمُ ٱلۡمُفۡلِحُونَ }
(Surah Ali Imran ayat: 104)

a)

Menyampaikan dakwah bagi menyebarkan agama Islam

b)

Mengharamkan riba, judi dan tilik nasib

c)

Mengajak manusia melakukan kebaikan dan mencegah daripada melakukan kejahatan

d)

Hukuman berat kepada penzina

15.

Apakah intipati penting daripada ayat ini:

{ وَٱلَّذِینَ هُمۡ لِأَمَـٰنَـٰتِهِمۡ وَعَهۡدِهِمۡ رَ ٰ⁠عُونَ }

(Surah Al-Mu'minin: 8)

a)

Orang-orang yang tidak amanah dan menepati janji

b)

Menyampaikan dakwah bagi menyebarkan agama Islam

c)

Memberi peringatan kepada golongan yang derhaka kepada para rasul dan hari akhirat dengan ancaman seksa api neraka

d)

Ia merujuk kepada mereka yang memelihara amanah dan janji serta berusaha memenuhinya

16.

Ayat Al-Quran mengandungi pelbagai pengajaran dalam bentuk...

a)

Cerita dongeng

b)

Filem pendek

c)

Kisah benar, hukum, dan peringatan

d)

Ucapan motivasi kosong

17.

Apakah yang perlu dilakukan selepas memahami sesuatu ayat melalui tadabbur?

a)

Abaikan sahaja

b)

Cerita kepada orang lain sahaja

c)

Lupakan dan baca ayat lain

d)

Berusaha mengamalkannya dalam kehidupan

18.

Surah manakah yang menerangkan tentang keadaan Hari Pembalasan?

a)

Surah Al-Kauthar

b)

Surah Al-Qamar

c)

Surah Al-Adiyat

d)

Surah Al-Qiyamah

19.

Apakah kesan tadabbur terhadap hati seseorang?

a)

Hati menjadi hitam

b)

Hati menjadi keras

c)

Hati menjadi lembut dan mudah menerima nasihat

d)

Hati yang lalai dan leka

20.

Kesan kurang mengamalkan Tadabbur Al-Quran

a)

Bertambah rajin beribadah

b)

Tidak mencarut

c)

Sentiasa mengingati Allah SWT

d)

Bertambah malas untuk solat