wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ ISTILAH SPM LULUS CEMERLANG

Total questions: 41

Worksheet time: 21mins

Name
Class
Date
1.

Nama Allah yang menunjukkan bahawa Allah s.w.t maha pembalas dengan menimpakan azab terhadap orang yang melampaui batas.

a)

As-Syahid

b)

Al-Jabbar

c)

Ar-Raqib 

d)

Al-Muntaqim

2.

Nama Allah s.w.t yang menunjukkan bahawa Allah s.w.t maha mengawasi semua perbuatan dan keadaan makhlukNya.

a)

As-Syahid

b)

Al-Jabbar

c)

Ar-Raqib 

d)

Al-Muntaqim

3.

Nama Allah yang menunjukkan bahawa Allah s.w.t yang maha berkuasa secara mutlak untuk melakukan segala kehendakNya

a)

As-Syahid

b)

Al-Jabbar

c)

Ar-Raqib 

d)

Al-Muntaqim

4.

Nama Allah s.w.t yang menunjukkan bahawa Allah s.w.t maha menyaksikan segala perbuatan dan mendengar segala ucapan makhluk serta tiada sesuatu pun yang tersembunyi daripadaNya

a)

As-Syahid

b)

Al-Jabbar

c)

Ar-Raqib 

d)

Al-Muntaqim

5.

Ajaran yang didakwa sebagai ajaran agama Islam sedangkan hakikatnya bercanggah dengan al-Quran dan as-Sunnah

a)

Syiah

b)

Ajaran Sesat 

c)

Khawarij

d)

Muktazilah

6.

Kumpulan majoriti umat Islam yang memahami dan berpegang pada al-Quran dan as-Sunnah menerusi para sahabat dan tabi’in serta tabi’ tabi’in dalam prinsip akidah, syariah dan akhlak

a)

Sahabat

b)

Tabi'in

c)

Ahli Sunnah wal jamaah

d)

Tabi ' Tabi'in

7.

Solat sunat yang dilakukan pada waktu antara naik matahari selepas syuruk hingga sebelum gelincir matahari

a)

Solat Sunat Istikharah

b)

Solat Sunat Tasbih

c)

Solat Sunat Dhuha

d)

Solat Sunat Gerhana

8.

Solat yang dilakukan untuk memohon petunjuk Allah s.w.t dalam menentukan pilihan bagi sesuatu perkara

a)

Solat Sunat Istikharah

b)

Solat Sunat Tasbih

c)

Solat Sunat Dhuha

d)

Solat Sunat Gerhana

9.

Solat yang dilakukan ketika berlaku gerhana matahari atau gerhana bulan dengan dengan cara-cara yang tertentu

a)

Solat Sunat Istikharah

b)

Solat Sunat Tasbih

c)

Solat Sunat Dhuha

d)

Solat Sunat Gerhana

10.

Solat sunat khusus yang mengandungi bacaan tasbih sebanyak 300 kali pada keseluruhan solat

a)

Solat Sunat Istikharah

b)

Solat Sunat Tasbih

c)

Solat Sunat Dhuha

d)

Solat Sunat Gerhana

11.

Tidak berdusta dari segi perkataan, perkhabaran dan perbuatan

a)

Khauf

b)

Raja'

c)

Bersikap Benar

d)

Wasatiyyah

12.

Takut kepada kemurkaan dan azab Allah s.w.t dengan menjauhi segala laranganNya

a)

Khauf

b)

Raja'

c)

Bersikap Benar

d)

Wasatiyyah

13.

Mengharapkan keredhaan Allah s.w.t dengan melaksanakan segala perintahNya

a)

Khauf

b)

Raja'

c)

Bersikap Benar

d)

Wasatiyyah

14.

Pendekatan yang sederhana, seimbang, adil dan cemerlang dalam setiap Tindakan

a)

Khauf

b)

Raja'

c)

Bersikap Benar

d)

Wasatiyyah

15.

Melakukan sesuatu dengan sempurna, tidak melampaui batas dan mematuhi syarat

a)

Kesederhanaan

b)

Kecemerlangan

c)

Keadilan

d)

Keseimbangan

16.

Memenuhi keperluan rohani, jasmani dan akal secara sempurna dalam semua keadaan

a)

Kesederhanaan

b)

Kecemerlangan

c)

Keadilan

d)

Keseimbangan

17.

Meletakkan sesuatu sesuai dengan suasana, masa dan tempat

a)

Kesederhanaan

b)

Kecemerlangan

c)

Keadilan

d)

Keseimbangan

18.

Pendekatan yang terbaik dalam melakukan kebaikkan dan mencegah kemungkaran serta berkeyakinan teguh pada Allah s.w.t

a)

Kesederhanaan

b)

Kecemerlangan

c)

Keadilan

d)

Keseimbangan

19.

Sikap kerendahan hati kepada Allah s.w.t dan sesama manusia 

a)

Taqwa

b)

Beriman

c)

Istiqamah

d)

Tawaduk

20.

Ketaatan yang berterusan dalam melaksanakan suruhan Allah s.w.t dan menjauhi laranganNya 

a)

Taqwa

b)

Beriman

c)

Istiqamah

d)

Tawaduk

21.

Sifat dan tingkah laku keji yang berlawanan dengan syarak

a)

Riyak

b)

Mazmumah

c)

Hasad

d)

Ujub

22.

Melakukan amalan untuk dilihat dan dipuji oleh orang lain

a)

Riyak

b)

Mazmumah

c)

Hasad

d)

Ujub

23.

Berasa bangga dengan amalan dan kelebihan yang ada pada diri sendiri

a)

Riyak

b)

Mazmumah

c)

Hasad

d)

Ujub

24.

Perasaan dengki melihat kelebihan yang ada pada seseorang dan berharap supaya kelebihan tersebut hilang daripadanya

a)

Riyak

b)

Mazmumah

c)

Hasad

d)

Ujub

25.

Sebarang pemberian atau suapan yang bertujuan memalsukan kebenaran dan membenarkan kepalsuan

a)

Hubungan Seks Luar Tabi'ie

b)

Sumbang Mahram

c)

zina

d)

Rasuah

26.

Melakukan persetubuhan haram tanpa nikah yang sah antara lelaki dengan perempuan

a)

Hubungan Seks Luar Tabi'ie

b)

Sumbang Mahram

c)

zina

d)

Rasuah

27.

Melakukan persetubuhan haram antara lelaki dengan perempuan yang diharamkan berkahwin kerana faktor keturunan, penyusuan dan persemendaan

a)

Hubungan Seks Luar Tabi'ie

b)

Sumbang Mahram

c)

zina

d)

Rasuah

28.

Melakukan persetubuhan haram dengan cara yang bertentangan dengan tabiat semula jadi manusia

a)

Hubungan Seks Luar Tabi'ie

b)

Sumbang Mahram

c)

zina

d)

Rasuah

29.

Sistem dan peraturan yang ditetapkan oleh Allah s.w.t terhadap semua makhluk dan tiada siapa yang boleh menghalang atau mengubah ketetapan tersebut.

a)

Sunnatullah

b)

Fiqh Al-Awlawiyat

c)

Amalan soleh

d)

Dakwah

30.

Perbuatan baik yang dilakukan mengikut panduan al-Quran dan Sunnah dengan niat untuk mendekatkan diri kepada Allah s.w.t

a)

Sunnatullah

b)

Fiqh Al-Awlawiyat

c)

Amalan soleh

d)

Dakwah

31.

Menyeru supaya melakukan perkara yang diperintahkan oleh Allah s.w.t dan meninggalkan laranganNya

a)

Sunnatullah

b)

Fiqh Al-Awlawiyat

c)

Amalan soleh

d)

Dakwah

32.

Mengutamakan perkara  yang sepatutnya didahulukan berdasarkan prinsip syarak

a)

Sunnatullah

b)

Fiqh Al-Awlawiyat

c)

Amalan soleh

d)

Dakwah

33.

Menyekutukan Allah s.w.t dengan sesuatu pada zat, sifat dan af’al

a)

Khurafat

b)

Sihir

c)

Syirik jali

d)

Syirik khafi

34.

Melakukan sesuatu amalan bukan tujuan kerana Allah s.w.t

a)

Khurafat

b)

Sihir

c)

Syirik jali

d)

Syirik khafi

35.

Perbuatan yang memudaratkan orang lain dengan bantuan jin

a)

Khurafat

b)

Sihir

c)

Syirik jali

d)

Syirik khafi

36.

Perbuatan menghilangkan nyawa seseorang

a)

Lari dari medan Perang

b)

Membunuh

c)

Merompak

d)

Makan Riba

37.

Pertambahan bayaran dalam urusan pertukaran barang dan hutang-piutang

a)

Lari dari medan Perang

b)

Membunuh

c)

Merompak

d)

Makan Riba

38.

Menggunakan harta anak yatim dengan cara yang tidak dibenarkan oleh syarak

a)

Makan Harta anak yatim

b)

Membunuh

c)

Merompak

d)

Makan Riba

39.

Meninggalkan medan peperangan menghadapi musuh

a)

Qazaf

b)

Nusyuz

c)

Lari dari peperangan

d)

Lari dari medan perang

40.

Menuduh wanita Islam yang baik melakukan perzinaan tanpa membawa saksi.

a)

Qazaf

b)

Nusyuz

c)

Lari dari peperangan

d)

Lari dari medan perang

41.

Berusaha sendiri dan tidak bergantung pada bantuan orang lain.

a)

Istiqamah

b)

Berdikari

c)

Tawaduk

d)

Wasatiyyah