wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

MPU 3103 [Bab 1-3 Quiz] 15Qs

Total questions: 15

Worksheet time: 15mins

Name
Class
Date
1.

Terma 'Etika' berasal dari perkataan Yunani, iaitu ethos yang bermaksud seperti beberapa pemahaman di bawah, KECUALI:


a)

sikap

b)

peraturan moral

c)

kepintaran

d)

keperibadian

e)

akhlak

2.

Salah satu kategori dalam adat ialah Adat Resam. Pilih 2 pernyataan yang BENAR berkaitan dengan Adat Resam?


a)

Perbuatan yang menjadi kebiasaan harian bagi sesuatu kaumPerbuatan yang diatur oleh protokol

b)

Perbuatan yang menjadi kebiasaan harian bagi sesuatu kaum

c)

Perbuatan berunsurkan amalan keagamaan

d)

Ali makan nasi menggunakan tangan kanan

e)

Perbuatan berdasarkan undang-undang Negara

3.

Pernyataan manakah yang menggambarkan ciri-ciri Adat Istiadat?

a)

Kaum Cina makan menggunakan penyepit

b)

Muthu menanggalkan kasut sebelum masuk rumah

c)

Pertabalan raja/sultan

d)

Sambutan Hari Raya Aidilfitri

4.

Pilih krononogi pembentukan susur masa etika dan peradaban yang paling tepat.

a)

Kolonial > Pra Kolonial > Pasca Kolonial

b)

Kolonial > Pasca Kolonial > Pra- Kolonial

c)

Pra-kolonial > Kolonial > Pasca Kolonial

d)

Pasca kolonial > Kolonial > Pra Kolonial

5.

"Warna merah melambangkan tuah dalam kebudayaan Kaum Cina" - pernyataan ini merujuk kepada konsep?

a)

Agama

b)

Adab

c)

Kepercayaan

d)

Kebenaran

e)

Kebetulan

6.

Elemen peradabaan terawal menjelaskan hubungan masyarakat dengan sistem kepercayaan dan penyebaran agama. Antara 2 penyebaran agama terawal yang muncul di Kepulauan Melayu adalah ____

a)

Kristianiti

b)

Islam

c)

Hindu-Buddha

d)

Jainisme

e)

Shintoisme

7.

Pilih pernyaataan yang BETUL berkaitan dengan istilah Sekularisme:

a)

Pendidikan agama dan tradisi diutamakan

b)

Sebuah proses permodenan

c)

Pemisahan agama dari urusan pentadbiran

d)

Mewujudkan rasisme

e)

Manusia lebih taat beragama

8.

Hukum karma; balasan balik terhadap tindakan manusia menunjukkan penekanan terhadap aspek etika dan moral dalam kehidupan - pernyataan ini mewakili perspektif etika menurut agama _____

a)

Buddhisme

b)

Hinduisme

c)

Islam

d)

Shintoisme

9.

 "menolak kewujudan tuhan dalam agamanya dan menumpukan aspek etika serta moral" - pernyataan ini mewakili konsep dalam agama ___

a)

Animisme

b)

Hinduisme

c)

Buddhisme

d)

Islam

10.

Antara beberapa perubahan yang berlaku pada era Kolonial adalah seperti yang berikut, KECUALI:

a)

pemikiran sekularisme

b)

kewujudan stereotaip perkauman

c)

amalan tradisi dipelihara

d)

eksploitasi sumber manusia & alam

11.

Pernyataan "Kaum Cina kaki judi / Kaum Melayu pemalas/Kaum India pemabuk" adalah termasuk dalam kategori:

a)

Diskriminasi

b)

Prejudis

c)

Integrasi

d)

stereotaip ras

e)

Jenaka sosial

12.

Etika & peradaban dalam masyarakat kepelbagaian dibentuk berasaskan beberapa elemen. Pilih pernyataan yang SALAH berkaitan dengan hal ini:

a)

sistem komunikasi [bahasa & tulisan]

b)

sistem kepercayaan

c)

sistem ramalan

d)

sistem perundangan

13.

Pernyataan manakah yang SALAH berkaitan faktor pembentukan masyarakat sejak dari zaman Pra Kolonialisme?

a)

Perkahwinan silang

b)

Perdagangan

c)

Penyebaran agama

d)

Perperangan

14.

"Masyarakat Cina Kelantan mengamalkan cara hidup seperti masyarakat Melayu tempatan" - fenomena ini menggambarkan hasil dari proses ___

a)

Amalgamasi

b)

Akulturasi

c)

Akomodasi

d)

Asimilasi

e)

Segrigasi

15.

Pilih 2 pernyataan yang BENAR berkaitan dengan proses Amalgamasi:

a)

Perkahwinan Ah Chong dengan Siti

b)

Perkawinan Etnik Cina Hokkien + Kantonis

c)

Kewujudan Etnik Chitti

d)

Muthu suka makan nasi lemak dan mee wantan

e)

Persahabatan Ali, Muthu dan Ah Hock