wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SISTEM BAHASA

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Fahizal dan Hafiz ialah sukarelawan di pusat pemberian vaksin COVID-19. ______ bertugas pada hari Sabtu dan Ahad.

a)

Mereka

b)

Kalian

c)

Dia

d)

Kamu

2.

Hafiz menjadi johan dalam acara _______ lembing semasa Kejohanan Sukan Sekolah-sekolah Malaysia di Kedah.

a)

melempar

b)

melontar

c)

merejam

d)

membaling

3.

Muka Salina berkerut sewaktu meminum kopi yang terlalu _____ itu.

a)

sedap

b)

pahit

c)

masin

d)

masam

4.

Kedua-dua orang sahabat itu bersalaman _______ hampir 20 tahun tidak bertemu.

a)

lalu

b)

ketika

c)

apabila

d)

setelah

5.

"Harga set televisyen itu ______?" tanya ayah kepada jurujual.

a)

apa

b)

apakah

c)

berapa

d)

berapakah

6.

"______ berlari-lari di sini kerana lantai kantin ini licin," tegur pengawas itu.

a)

Sila

b)

Jangan

c)

Tolong

d)

Minta

7.

Encik Jalil _____ melancong ke negara Turki bersama-sama keluarganya dua tahun lepas.

a)

mesti

b)

akan

c)

pernah

d)

mahu

8.

Ibu memotong sayur _____ menggunakan pisau yang baru dibeli di pasar pagi.

a)

bagi

b)

oleh

c)

demi

d)

dengan

9.

Adik Fatin mendapat pujian daripada guru-gurunya kerana berjaya mendapat tempat _______ dalam pertandingan mewarna peringkat daerah.

a)

seratus

b)

satu

c)

segenap

d)

pertama

10.

Ramzi menerima __________ kerana tidak hadir ke tempat kerja selama sebulan.

a)

surat akuan

b)

surat aduan

c)

surat amaran

d)

surat sumpah

11.

Dalam ________, Azmeer telah menyambung pelajarannya di sebuah universiti terkemuka di luar negara.

a)

bila-bila

b)

curi-curi

c)

sorok-sorok

d)

diam-diam

12.

Penglibatan beliau dalam bidang _________ telah memeriahkan industri muzik tanah air.

a)

seni suara

b)

seni merdu

c)

suara lagu

d)

suara emas

13.

Kajian yang dilakukan oleh penyelidik itu mendapati bencana alam yang berlaku kini berpunca _____ sikap tamak manusia yang memanipulasikan alam.

a)

dari

b)

daripada

c)

oleh

d)

kepada

14.

Keropok yang dibeli oleh kakak di Pulau Pangkor itu sedap dimakan kerana ______.

a)

rangup

b)

lemau

c)

rapuh

d)

retas

15.

"_____, lambat betul bas datang!' rungut Mah Jah.

a)

Eh

b)

Wah

c)

Oh

d)

Aduhai