wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BUKU TUNAI RUNCIT

Total questions: 15

Worksheet time: 3mins

Name
Class
Date
1.

Apakah tujuan penyediaan Buku Tunai Runcit?

a)

Untuk merekod sistem panjar

b)

Untuk merekod perbelanjaan yang kecil

c)

Untuk merekod perbelanjaan yang besar

2.

Yang manakah antara berikut direkodkan ke dalam Buku Tunai Runcit?

a)

Beli setem bernilai RM 1.00

b)

Bayar rak buku kepada Ali bernilai RM 250

c)

Bayar gaji pekerja bernilai RM 800

3.

Yang manakah antara berikut dimasukkan di ruangan analisis bagi Belanja Pos?

a)

Beli pos laju bernilai RM 4.50

b)

Beli sampul surat bernilai RM 3.00

c)

Beli kertas pencetak bernilai RM 14.00

4.

Nyatakan contoh belanja bagi analisis Pelbagai?

a)

Beli penyapu

b)

Bayar derma kepada Rumah Anak Yatim Al Falah

c)

Upah mengemas pejabat

5.

Hitung jumlah bagi analisis Belanja Minuman berikut:

Beli penyapu RM 12.00

Beli setem bernilai RM 2.00

Beli air tin bernilai RM 5.00

Beli kopi Zus bernilai RM 5.00

Beli gula bernilai RM 2.50

a)

RM12.50

b)

RM 10.00

c)

RM 7.50

6.

Pilih ruangan yang terdapat dalam format Buku Tunai Runcit?

a)

Tarikh, Butiran, Pendapatan, Perbelanjaan, Analisis

b)

Tarikh ,Butiran, Penerimaan, Pembayaran, Analisis

c)

Tarikh, Nama , Penerimaan, Perbelanjaan, Analisis

7.

Hitung jumlah pembayaran tunai runcit berdasarkan maklumat berikut:

Bayar tol bernilai RM 2.00

Beli kertas pencetak bernilai RM 12.00

Bayar upah mencuci tingkap bernilai RM 5.00

Beli mesin pencetak bernilai RM 200.00

a)

RM 219

b)

RM 19

c)

RM 17

8.

Sistem panjar biasanya diamalkan dalam penyediaan ....

a)

Buku Tunai

b)

Akaun Bank

c)

Penyata Bank

d)

Buku Tunai Runcit

9.

Antara butiran yang berikut, manakah yang akan dicatatkan dalam lajur belanja am Buku Tunai Runcit?

a)

gaji pengurus RM 2000

b)

alatan Pejabat RM 3000

c)

sabun pencuci pinggan RM 10

10.

Dalam ruangan lajur analisis yang manakah, sesuai bagi belanja kertas & dakwat direkod dalam buku tunai runcit?

a)

Alat tulis

b)

Pos

c)

Belanja Am

d)

pelbagai

11.

Lajur analisis yang manakah belanja surat berdaftar atau pos laju direkod dalam buku tunai runcit ?

a)

Alat tulis

b)

Pos

c)

Belanja Am

d)

Pelbagai

12.

Dalam ruangan analisis manakah ,sesuai belanja baiki mentol lampu direkod dalam buku tunai runcit ?

a)

Alat tulis

b)

Pos

c)

Belanja Am

d)

Tambang

13.

1 Jan 20x7

Jumlah penerimaan RM 250


1-31 Jan 20x7

Jumlah pembayaran RM 225


1 Feb 20x7

Baki akhir RM 25


Berapakah jumlah wang yang perlu dituntut daripada juruwang mengikut sistem panjar?

a)

RM 250

b)

RM 25

c)

RM 275

d)

RM 225

14.

Mana belanja di bawah analisis Alat tulis?

a)

Upah baiki kunci

b)

Kertas A4

c)

Surat khabar

15.

Bayaran TOL PLUS kategori belanja apa?

a)

Belanja pejabat

b)

Alat tulis

c)

Tambang