wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Bijak Fizik 2 - Elektronik (Pancaran Termion)

Total questions: 16

Worksheet time: 11mins

Name
Class
Date
1.

Rajah menunjukkan proses elektron terbebas daripada permukaan logam yang dipanaskan. Apakah proses ini?

a)

Radiasi

b)

Penyejatan

c)

Rektifikasi

d)

Pancaran termion

2.

Pancaran termion melibatkan

a)

pengionan udara persekitaran oleh haba.

b)

pembebasan elektron dari permukaan logam yang dipanaskan.

c)

pesongan sinar elektron oleh plat-Y.

d)

pembentukan bintik cerah apabila elektron melanggar skrin berpendaflour.

3.

Zarah manakah yang terbebas dari permukaan logam apabila dipanaskan pada suhu tinggi?

a)

Proton

b)

Nukleon

c)

Neutron

d)

Elektron

4.

Zarah manakah adalah sinar katod?

a)

Alur elektron

b)

Sinar gama

c)

Neutron

d)

Zarah alfa

5.

Rajah menunjukkan satu tiub vakum digunakan untuk menyiasat pancaran termion. Apakah fungsi katod?

a)

Untuk menghasilkan elektron apabila ia dipanaskan oleh filamen

b)

Untuk memecut elektron pada kelajuan tinggi

c)

Untuk mengawal keamatan alur elektron

d)

Untuk memesongkan alur elektron secara menegak

6.

Antara berikut yang manakah salah tentang sinar katod?

a)

Ia bercas positif

b)

Ia merambat dalam garis lurus

c)

Ia dipesongkan dalam medan elektrik

d)

Ia merambat dalam laju yang sangat tinggi

7.

Apakah yang akan terjadi kepada elektron yang berada di dalam logam apabila logam dipanaskan?

a)

Elektron akan terbebas dari permukaan logam

b)

Proton akan terbebas dari permukaan logam

c)

Elektron akan terhasil di dalam logam

d)

Proton akan terhasil di dalam logam

8.

Sinar katod adalah...

a)

zarah pendaflor

b)

sinar cahaya dari skrin

c)

sinar cahaya dari filamen panas

d)

alur elektron yang berkelajuan tinggi

9.

Antara berikut, yang manakah ciri-ciri sinar katod?

(Pilih 3 jawapan)

a)

Sinar katod bercas negatif

b)

Boleh dipesongkan oleh medan magnet

c)

Boleh dipesongkan oleh medan elektrik

d)

Bergerak melengkung

10.

Rajah menunjukkan tiub pemesongan plat Y. Mengapakkah sinar katod bergerak ke plat positif?

a)

Sinar katod bercas negatif

b)

Sinar katod bercas neutral

c)

Sinar katod bercas positif

11.

Rajah menunjukkan sistem pemesongan plat Y. Antara berikut, manakah pesongan elektron oleh plat Y ini?

a)
b)
c)
d)
12.

Pernyataan manakah yang betul tentang faktor yng mempengaruhi kadar pancaran termion?

a)

Kadar pancaran termion meningkat apabila luas permukaan berkurang

b)

Kadar pancaran termion meningkat apabila suhu logam meningkat

c)

Logam yang berbeza mempunyai kadar pancaran termion yang sama

d)

Kadar pancaran termion menurun apabila suhu logam meningkat

13.

Rajah menunjukkan suatu tiub palang Maltese. Bayang yang terbentuk atas skrin menunjukkan bahawa sinar katod

a)

bergerak dari katod ke anod

b)

boleh dihentikan oleh

sekeping logam

c)

bergerak dengan laju tinggi

d)

bercas negatif

14.

Gambar rajah yang manakah menunjukkan pergerakan yang betul bagi alur elektron dalam medan elektrik?

a)

A

b)

B

c)

C

15.

Rajah menunjukkan satu bayang terbentuk di atas skrin Tiub Palang Maltese. Bayang itu dipesongkan oleh magnet.

Arah pesongan itu ditentukan dengan menggunakan

a)

petua tangan Fleming

b)

petua tangan kanan Fleming

c)

petua tangan kiri Fleming

d)

petua genggaman tangan kanan

16.

Rajah menunjukkan tiub palang Maltese yang disambung ke bekalan kuasa Voltan Lampau Tinggi (V.L.T).

Apakah yang diperhati bila S1 dibuka?

a)

Tidak ada sinaran pada skrin berpendarfluor

b)

Sinar katod bergerak dengan halaju lebih rendah

c)

Sinar katod bergerak dengan halaju lebih tinggi

d)

Bayang-bayang palang Maltese menjadi lebih terang