NEW
Font size
WorksheetsSejarah Tingkatan 4 bab 1,2 & 3
Total questions: 70
Worksheet time: 35mins
Pernyataan berikut berkaitan dengan kehebatan negara bangsa kerajaan di Alam Melayu
Rakyat meminum air sumpah tanda kesetiaan kepada pemerintah.
Apakah kerajaan tersebut ?
Funan
Champa
Majapahit
Srivijaya
Pentadbiran Kerajaan Melayu Tradisional diperkukuhkan dengan
pengenalan sistem demokrasi
kejayaan kegiatan penjelajahan
ketinggian tatasusila masyarakat
pelantikan pembesar
Di manakah undang-undang berikut dikuatkuasakan ?
Kutara Manawa
Kerajaan Angkor
Kerajaan Majapahit
Kerajaan Kedah Tua
Kerajaan Langkasuka
Maklumat berikut berkaitan dengan pentadbiran tertinggi kerajaan Alam Melayu
Raja dikaitkan dengan Dewa Siwa
Kerajaan tersebut merujuk kepada
Kerajaan Funan
Kerajaan Chenla
Kerajaan Maurya
Kerajaan Champa
Keunggulan Kesultanan Melayu Melaka disebabkan oleh kesetiaan rakyat yang terdiri daripada
Orang Laut
Orang Arab
Orang Bugis
Orang Jawa
Apakah bukti yang menunjukkan bahawa KMM merupakan sebuah kerajaan yang berdaulat ?
Pelantikan Yang di-pertuan Agong
Pewujudan Majlis Raja-Raja Melayu
Pengiktirafan empayar Turki Uthmanitah
Penghantaran utusan Dinasti Ming ke Melaka
Maklumat berikut berkaitan dengan kegemilangan KMM.
Laksamana Cheng Ho mengetuai kedatangan utusan dari China ke Melaka.
Apakah implikasi kedatangan tersebut ?
konflik perebutan wilayah ditamatkan
kerjasama ekonomi dapat diperkukuhkan
kedaulatan KMM diiktiraf
KMM mengiktiraf negara China
Mengapakah KMM mewujudkan Hukum kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka ?
mengelakkan penjajahan British
menjadi identiti sesebuah negara
menghalang pemberontakan
melindungi rakyat jelata
Sultan merupakan pemerintah tertinggi KMM yang berperanan sebagai
ketua agama
pentadbiran berempat
mengawal keamanan
menguruskan protokol
Mengapakah KMM memperkenalkan jawatan Laksamana ?
menjadi ketua kehakiman
menyebarkan agama Islam
memastikan keamanan di laut
menguruskan keselamatan kota
Apakah tanggungjawab Penghulu Bendahari ?
menjadi duta kerajaan
menggubal adat resam
menguruskan kewangan
mengetuai angkatan tentera
Siapakah yang dipertanggungjawab memastikan keamanan kota Melaka sentiasa terpelihara ?
Temenggung
Syahbandar
Laksamana
Hulubalang
Apakah bukti yang menunjukkan sistem perundangan dalam KMM dipengaruhi hukum Syariah ?
pengamalan musyawarah
pengharaman amalan riba
penghapusan adat resam
pembayaran zakat perniagaan
Apakah kepentingan Ufti dan Cukai kepada KMM ?
menggalakkan aktiviti ekonomi
membuka peluang pekerjaan
menarik kedatangan kuasa asing
mengukuhkan aspek pertahanan
Maklumat berikut berkaitan dengan sistem perundangan KMM
*Mempunyai 44 Fasal
*membincangkan hal jenayah
Apakah undang-undang tersebut ?
Kutara Manawa
Kanun Mahkota Alam
Hukum Kanun Melaka
Undang-undang Laut Melaka
Antara berikut, yang manakah terkandung dalam Hukum Kanun Melaka ?
pemilihan diplomat asing
pelaksanaan sistem cukai
pelantikan nahkoda kapal
peranan penghulu Bendahari
*Nahkoda Diri
*Nahkoda Sahak
Apakah persamaan kedua-dua tokog tersebut ?
menjadi ketua hakim di penjara
mengetuai upacara keagamaan
memperkenan undang-undang
merangka undang-undang
Saipakah yang bertanggungjawab menyusun undang-undang Laut Melaka ?
Sultan Mahmud Syah
Nahkoda Jenal
Parameswara
Bendahara
Bagaimanakah Kerajaan Champa mengukuhkan kesetiaan rakyat ?
sultan menjadi punca kedaulatan
pengenalan upacara adat istiadat
menjajah seluruh Sungai Mekong
Raja dikaitkan dengan Dewa Siva
Antara berikut, kerajaan manakah yang bernaung di bawah empayar KMM ?
kerajaan Siak
Kerajaan Sulu
Kerajaan Kedah
Kerajaan Kelantan
Bagaimanakah Lingga dan Kedah diperoleh oleh KMM ?
Manipulasi
persahabatan
serangan fizikal
kematian pemimpin
*merupakan penasihat sultan
*menjadi pemangku sultan
pembesar tersebut ialah
Bendahara
Bendahari
kerabat diraja
ketua nahkoda
Apakah peranan pembesar peringkat jajahan KMM ?
menentukan jenis cukai
mengekalkan keamanan
menyediakan hulubalang
mengumpul pedagang luar
Maksud Nasionalisme
*perasaan cinta yang mendalam terhadap bangsa dan negara
* X
Apakah X
Semangat cinta akan negara
semangat muhibbah rakyat
semangat kebangsaan
semangat kekitaan
pernyataan manakah yang tepat berkenaan konsep nasionalisme ?
idea nasionalisme tidak sama antara negara
meletakkan kesetiaan terhadap pentadbiran asing
kuasa besar menguasai negara kecil
rakyat mengiktiraf kuasa penjajah
Apakah pandangan Hans Kohn terhadap konsep nasionalisme ?
kesetiaan terhadap negara
kerjasama politik antara rakyat
perjuangan melalui pertubuhan
pengiktirafan hak terhadap sesuatu bangsa
Bagaimanakah Profesor William R. Roff mentafsirkan maksud nasionalisme ?
penolakan unsur sekularisme
penerimaan ketuanan Melayu
pengurangan kuasa penjajah
pemberian hak kewarganegaraan
* Ingin menzahirkan bangsa yang tegap
Siapakah tokoh yang memberi pandangan tentang nasionalisme tersebut ?
Tun Hussein Onn
Dato' onn Jaafar
Ibnu Khaldun
Hans Kohn
Pernyataan berikut berkaitan dengan tafsiran tokoh sejarawan terhadap gerakan nasionalisme di negara kita.
"perjuangan orang Melayu bagi mendapatkan kembali kedudukan unggul"
Siapakah tokoh tersebut ?
Tun Dr. Mahathir Muhammad
Tunku Abdul Rahman
Prof. emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim
Namwee
Apakah faktor yang membawa kepada perkembangan nasionalisme di Barat sejak abad ke-17 ?
kejatuhan empayar Rom Barat
perkembangan aktiviti penerokaan
tercetusnya Perang Dunia Pertama
penentangan pemerintahan monarki
Pada tahun 1688, telah berlaku krisis di England yang membawa kepada tercetusnya revolusi. Apakah punca tercetusnya revolusi ?
perjuangan menuntut hak mentadbir
hak untuk jual nasi ayam
keinginan menegakkan hak asasi rakyat
menghalang campur tangan kuasa asing
Apakah kesan berlakunya Revolusi Keagungan ?
kemerdekaan dipercepatkan
pemerintahan beraja ditamatkan
dasar dekolonisasi dikuat kuasa
raja berperlembagaan diperkukuh
Apakah persamaan Revolusi Keagungan dan Revolusi Perancis ?
menamatkan perang 100 tahun
menuntut hak perwakilan rakyat
menentang pemerintahan beraja
membatalkan keputusan parlimen
Mengapakah berlaku peristiwa Dahagi India pada tahun 1857 ?
konflik keagamaan
rusuhan antara kaum
kemerdekaan dicapai
penolakan imperialisme
mengapakah golongan nasionalis China tidak menyokong dasar pemerintahan Dinasti Manchu ?
menyokong ideologi sosialis
dianggap sebagai orang luar
dipengaruhi oleh kuasa Barat
menolak pemusatan kuasa raja
Berikut merupakan tokoh pejuang Islam yang terkenal
Sheikh Muhammad Abduh
Apakah sumbangan tokoh tersebut ?
menjadi khalifah negara Islam
melancarkan gerakan revolusi
membentuk kesatuan negara Arab
memperjuangkan pemulihan Islam
mengapakah Gerakan Islah diperkenalkan ?
mengatasi ancaman Barat
memperkasa aspek ekonomi
memperbaiki kehidupan umat
mengukuhkan pentadbiran negara
Apakah sumbangan Sergio Osmena dalam menggerakkan nasionalisme di Filipina ?
dilantik sebagai perdana menteri
melancarkan revolusi bersenjata
menyertai dewan perhimpunan
menerbitkan akhbar Kalayan
Pada peringkat awal perjuangan nasionalisme di Indonesia, matlamatnya lebih kepada
pemodenan asas pentadbiran
pelaksanaan sistem birokrasi
mewujudkan sekolah Inggeris
membaiki tahap pendidikan
Apakah sumbangan Raja Chulalongkorn di Thailand ?
menyertai perlumbaan senjata
membuat pertunjukan akua
mengekalkan kedaulatan negara
menggalakkan penghijrahan rakyat
Antara berikut, yang manakah merupakan penyebab tercetusnya Perang Dunia Pertama ?
pengeboman pangkalan tentera
pembunuhan pemerintah Belgium
pembentukan Perjanjian Versailles
persaingan kuasa imperialis Barat
Perang Dunia Pertama telah memberi kesan besar terhadap sistem politik di Rusia iaitu
sistem monarki ditamatkan
dikenakan sekatan ekonomi
sistem khalifah diperkasakan
dipangsa menandatangani perjanjian
Mengapakah Adolf Hitler mengingkari Perjanjian Versailles ?
menuntut pemeteraian perjanjian baru
membantah campur tangan dalam pentadbiran
menolak penjajahan asing di Jerman
memulihkan semangat nasionalisme
Apakah tujuan tentera Jepun datang menjajah Tanah Melayu ?
menyelesaikan isu politik
jemputan parti politik radikal
kekejaman tentera komunis
mendapatkan bahan mentah
kedatangan tentera Jepun ke negara kita pada tahun 1941 disebabkan oleh beberapa faktor, iaitu
mengukuhkan dasar terbuka
memenuhi keperluan industri
menyebarkan ideologi komunis
menekankan konsep kesamaan
Pakatan Perang
1. X
2. Kuasa Bersekutu
Apakah negara yang menganggotai Pakatan " X " ?
Rusia
Poland
Jerman
Tunisia
Senarai berikut merupakan negara yang terdapat di Eropah.
Perancis, Britain, Rusia
Apakah persamaan negara-negara tersebut ?
menyertai pakatan Bertiga
menubuhkan Kuasa Paksi
mencetuskan krisis di Balkan
menganggotai Kuasa Tengah
Apakah peranan Dato' Onn Jaafar dalam mewujudkan keamanan selepas pengunduran tentera Jepun di negara kita ?
menganggotai kabinet negeri
mengatur proses perundingan
menubuhkan mahkamah rakyat
menerbitkan akhbar dan majalah
Apakah tindakan yang dilaksanakan oleh pasukan tentera Bersekutu dalam mewujudkan keamanan di Sarawak selepas pengunduran tentera Jepun ?
melantik Residen British pertama
mengeluarkan surat pekeliling
mengenakan perintah berkurung
melaksanakan proses pilihan raya
maklumat berikut merupakan reaksi orang Melayu semasa penguasaan Bintang Tiga di Tanah Melayu.
Gerakan Fi-Sabilillah
Memgapakah orang Melayu mewujudkan gerakan tersebut ?
menghapuskan ancaman Barat
mengukuhkan pegangan agama
menolak penjajahan kuasa asing
mempertahankan maruah bangsa
Berikut merupakan slogan yang diperkenalkan oleh tebtera Jepun
*Asia untuk Asia
* Lingkungan Sekemakmuran Asia Timur Raya
Mengapakah terdapat nasionalis Melayu menyokong slogan tersebut ?
peluang kemerdekaan
dendam terhadap British
menerima penjajahan Jepun
terikat dengan perjanjian Jepun
Bagaimanakah MPAJA berjaya meluaskan pengaruh di Tanah Melayu ?
bantuan latihan tentera British
kerjasama dengan orang Melayu
Jepun memberi bantuan senjata
kemasukkan tentera elit Taiwan
Apakah tujuan Jepun memperkenalkan "Koa Kunrenjo" ?
menyebarkan budaya Jepun
menyekat kebudayaan China
menolak penularan sekularisme
melatih pemimpin muda tempatan
Apakah peranan Raja-raja Melayu semasa penjajahan tentera Jepun di negara kita ?
diberikan bayaran elaun dan pencen
kuasa mutlak raja Melayu dipulihkan
berperanan menggubal rang undang-undang
diletakkan di bawah pengawasan Gabenor
Apakah tindakan yang diambil oleh tentera Jepun bagi mengatasi masalah kekurangan pegawai dalam pentadbiran di TM ?
memperkasakan institusi pendidikan Melayu
membawa masuk golongan Mandarin
menggalakkan kemasukan golongan profesional
memberi peluang kenaikan pangkat kepada pemimpin tempatan
Jepun berjaya menakluki Korea,Manchuria, China dan Indochina sebelum meletusnya Perang Dunia Kedua. Apakah reaksi Barat terhadap tindakan Jepun ?
menyingkirkan diplomat Jepun
melancarkan serangan nuklear
membentuk Pakatan Bersekutu
melancarkan sekatan ekonomi
Mengapakah Operasi D-Day dianggap kejayaan terbesar pakatan Kuasa Bersekutu dalam Perang Dunia kedua ?
pemimpin tentera Jerman telah menyerah kalah
pengeboman bandar Berlin dengan bom atom
kawalan pantai dikuasai tentera Bersekutu
Tentera Jerman telah diperaya
Bagaimanakan berakhirnya Perang Dunia Ke-2 di Eropah ?
keberkesanan strategi pertahanan
pengeboman Bandaraya Paris
kegagalan pendaratan tentera
penubuhan Liga Bangsa-bangsa
Apakah bukti yang menunjukkan bahawa Perang Dunia Pertama turut memberi kesan kepada negara kita ?
pejuang Melayu dijatuhi hukuman penjara
tentera Jepun menguasai negara kita
penggubalan undang-undang perang
pelaksanaan pentadbiran tentera British
Pernyataan berikut berkaitan dengan konflik di Eropah
Pembunuhan Putera Mahkota Austria-Hungary
Apakah kesan pembunuhan tersebut ?
meletusnya perang saudara
tercetusnya Perang Dunia Pertama
Revolusi Perindustrian dimansuhkan
Eropah dilanda Perang Dunia Kedua.
Mengapakah Amerika Syarikat menghentikan perdagangan dengan Jepun pada tahun 1940 ?
membantah peluasan kuasa Jepun
mengatasi masalah inflasi di Amerika Syarikat
menentang isu penindasan kaum imigran di Jepun
mendesak Jepun menyertai pakatan Bersekutu
Pada Julai 1914, Austria-Hungary telah mengisytiharkan perang terhadap Serbia.
Mengapakah Austria-hungary bertindak demikian ?
pembunuhan raja Serbia
penularan ideologi fasisme
pembunuhan pewaris takhta
Perjanjian Versailes dicabuli
Apakah tujuan British menubuhkan Force 136 pada tahun 1943 ?
membekalkan ubat-ubatan
melancarkan perang saraf
menubuhkan gerila anti Jepun
menyerang pangkalan tentera Jepun
Gurchan Singh merupakan tokoh yang gigih memperjuangakn gerakan anti-jepun di negara kita. Bagaimanakah beliau melakukan penentangan terhadap tentera Jepun ?
menyertai pasukan Force 136
menyekat bekalan makanan
memberikan maklumat palsu
mendalangi sabotaj di landasan
Apakah kesan Perang China-Jepun terhadap masyarakat Cina di Tanah Melayu ?
menerima layanan yang kejam dari pada tentera Jepun
orang Cina melancarkan revolusi
gencatan senjata dikuatkuasakan
layanan yang sama rata diberikan
Apakah mesej yang ingin disampaikan dalam novel Nyawa di Hujung Pedang senasa penjajahan Jepun di negara kita ?
kerjasama Jepun
kekejaman Jepun
kebudayaan asing
krisis kepimpinan
Maklumat berikut berkaitan dengan dasar ekonomi Jepun di negara kita.
*Rancangan Pengeluaran Lima Tahun
* Jawatankuasa Penyelidikan Bahan
mengapakah Jepun memperkenalkan dasar tersebut ?
permintaan terhadap bijih timah
penyelidikan sumber tempatan
menggalakkan pelaburan asing
membangunkan industri tempatan
Antara berikut, yang manakah menjadi pencetus kepada pelaksanaan dasar peluasan kuasa Jepun di rantau Asia ?
pengaruh golongan tentera
kemajuan sektor pertanian
hasutan pihak berhaluan kiri
pengaruh revolusi Amrika
Kekalahan pakatan Kuasa Tengah dalam perang dunia pertama telah membawa kepada kemunculan negara baharu di Asia. Apakah negara tersebut ?
Iraq
Poland
Ireland
India
Sybil Kathigasu telah dianugerahi Pingat King George di Istana Buckingham. Mengapakah beliau dianugerahi pingat tersebut ?
menyertai misi kemanusiaan
mengebom ibu pejabat Jepun
memberikan bantuan perubatan kepada penentang Jepun
melancarkan bantahan besar-besaran
