NEW
Font size
WorksheetsPROGRAM e-K1 VOL 2.0 FINAL ROAD TO PPC
Total questions: 40
Worksheet time: 20mins
1. Rakyat dalam kerajaan Srivijaya meminum air tadahan daripada Inskripsi Telaga Batu. Mengapakah upacara tersebut dijalankan?
A. Mengikut arahan
B. Memperteguh janji
C. Menunjukkan komitmen
D. Membuktikan kesetiaan
2. Apakah yang ditakuti oleh masyarakat jika mereka tidak mematuhi arahan pemerintah pada zaman Kesultanan Melayu Melaka?
A. Tulah
B. Waadat
C. Derhaka
D. Sumpah
3. Apakah prinsip perjuangan Satyagraha yang diperjuangkan oleh Mahatma Gandhi di India?
A. Keberanian
B. Kebenaran
C. Ketabahan
D. Keganasan
4.Pihak Bersekutu telah mengenakan sekatan ekonomi terhadap Jepun.
Bagaimanakah Jepun menangani perkara tersebut?
A. Merancang menguasai Asia Tenggara
B. Menyerang wilayah jajahan pihak Bersekutu
C. Melancarkan imperialisme di rantau Asia Pasifik
D. Mewujudkan pakatan ketenteraan dengan Jerman
5. Apakah tujuan Operasi Barbarossa yang dilancarkan Adolf Hitler semasa Perang Dunia Kedua?
A. Menguasai seluruh Eropah
B. Menjejaskan ekonomi Britain
C. Mendapatkan kembali wilayah
D. Mengeksploitasi bahan mentah
6. Mengapakah Tentera Jepun memberikan layanan yang kejam kepada kaum Cina di Tanah Melayu?
A. Sistem sosial yang berbeza
B. Sejarah permusuhan perang
C. Mengelakkan penyatuan kaum
D. Melaksanakan dasar pecah perintah
7. Maklumat berkaitan penentangan terhadap Malayan Union 1946.
"Bantahan terhadap Malayan Union telah dibuat melalui akhbar"
Apakah akbar tersebut?
A. Warta Malaya
B. Fajar Sarawak
C. The Malay Mail
D. Utusan Melayu
8. Apakah kesan penyerahan Sabah kepada kerajaan British pada 26 Jun 1946?
A. Penentangan terhadap penjajah
B. Sempadan negeri bertambah
C. Kemunduran pentadbiran
D. Berstatus tanah jajahan
9. Mengapakah Jepun dianggap sebagai kuasa besar pada tahun 1930-an?
A. Menguasai Korea
B. Menakluki Indochina
C. Menduduki Manchuria
D. Memenangi perang Rusia-Jepun
10. Maklumat berkaitan dasar perluasan kuasa oleh Jepun.
- ORDE BAHARU -
Apakah kepentingan pengenalan dasar tersebut?
A. Menguasai Asia Pasifik
B. Menamatkan sistem beraja
C. Mencapai kemajuan teknologi
D. Mengalahkan kuasa Bersekutu
11. Kedatangan Jepun ke negara kita ialah untuk memenuhi keperluan ekonomi dan kepentingan ketenteraan. Apakah tindakan Jepun untuk mencapai misi tersebut?
A. Melakukan tipu helah
B. Memalsukan dokumen
C. Melaksanakan provokasi
D. Menggunakan propaganda
12. Dasar pendudukan Jepun meninggalkan pelbagai kesan kesengsaraan dan penderitaan kepada rakyat. Apakah iktibar daripada peristiwa tersebut?
I Bertolak ansur
II Berfikiran terbuka
III Sentiasa berwaspada
IV Semangat bekerjasama
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
13. Maklumat berkaitan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC).
MOTO CLC - "Kesamaan dan Keadilan Untuk Penduduk Tanah Melayu"
Apakah implikasi moto tersebut?
A. Penyelesaian masalah melalui perundingan
B. Perpaduan kaum ke arah berkerajaan sendiri
C. Kestabilan politik menjamin kedaulatan negara
D. Keteguhan sistem kehakiman menjamin keadilan
14. Maklumat berkaitan parti politik di negara kita selepas Perang Dunia Kedua.
PEOPLE PROGRESSIVE PARTY (PPP)
Siapakah pemimpin parti tersebut?
A. Mohamad Sirat Yaman
B. Dr. S. Kanapathippilai
C. K.L Devaser
D. John Thivy
15. Jawatankuasa Pilihan Raya telah mengeluarkan dua bentuk penyata susunan Majlis Perundangan Persekutuan (MPP) yang dinamakan Bentuk A dan Bentuk B.
Apakah persamaan kedua-dua bentuk tersebut?
I Dua orang ahli yang dilantik
II Sebelas orang wakil negeri
III Tiga orang mewakili golongan minoriti
IV Empat puluh orang dipilih melalui pilihan raya
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
16. Maklumat berkaitan ahli kabinet pertama Persekutuan Tanah Melayu
* Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj
* Dato' Abdul Razak Hussien
* Dr. Ismail Abdul Rahman
Bagaimanakah ahli kabinet tersebut dilantik?
A. Melalui pilihan raya
B. Cadangan Ketua Menteri
C. Arahan Pesuruhjaya Tinggi
D. Perkenan Yang Dipertuan Agong
17. Tokoh di bawah mempunyai pengalaman dalam Sistem Perundangan Komanwel
Apakah suruhanjaya yang dianggotai oleh mereka?
A. Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan
B. Suruhanjaya Hak Asasi Manusia
C. Suruhanjaya Pilihan Raya
D. Suruhanjaya Cobbold
18. Apakah reaksi Parti Islam Se-Malaya (PAS) terhadap draf Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu?
A. Bahasa Mandarin sebagai bahasa kebangsaan
B. Bahasa Inggeris digunakan dalam parlimen
C. Bahasa Melayu dijadikan bahasa rasmi
D. Bahasa Tamil perlu diberikan perhatian
19. Apakah definisi kemerdekaan menurut Nelson Mandela?
A. Urus sendiri negara
B. Pertahan maruah diri
C. Hapus ikatan perkauman
D. Bebas daripada perhambaan
20. Maklumat berkaitan prinsip kedaulatan Persekutuan Tanah Melayu 1957.
"Warganegara mempunyai hak asasi iaitu hak yang dimiliki oleh seseorang individu disisi undang-undang seperti kebebasan bersuara dan mengeluarkan pendapat"
Apakah prinsip yang dimaksudkan?
A. Pengiktirafan sebagai rakyat
B. Penetapan wilayah pengaruh
C. Pengenalan lambang kebangsaan
D. Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
21. Mengapakah kedaulatan negara bangsa kita dikenali sebagai Persekutuan Tanah Melayu 1957 dan Persekutuan Malaysia 1963?
A. Penyatuan parti politik
B. Penggabungan negeri
C. Perpaduan antara kaum
D. Pelaksanaan pilihan raya
22. Senarai berikut berkaitan dengan pelaksanaan dasar sosial negara untuk kesejahteraan rakyat.
* Rukun Negara
* Sukan
* Kebudayaan
Apakah matlamat utama dasar tersebut?
A. Menstabilkan politik
B. Memantapkan ekonomi
C. Mengukuhkan perpaduan
D. Menghapuskan kemiskinan
23. Apakah ciri Model Westminster yang diperkenalkan dalam Persekutuan Tanah Melayu?
I Bermula selepas merdeka
II Sebuah perlembagaan bertulis
III Penetapan sempadan negara
IV Undang-undang lisan
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
24. Mengapakah Perlembagaan Persekutuan penting kepada negara kita?
A. Menentukan jumlah penduduk
B. Menetapkan sempadan negeri
C. Mengekalkan kesejahteraan rakyat
D. Meningkatkan semangat nasionalisme
25. Mengapakah Durbar ditubuhkan pada tahun 1897?
I Majlis Persidangan Raja-raja Melayu
II Membincangkan hal pentadbiran
III Majlis Perundangan Persekutuan
IV Menguruskan sumber ekonomi
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
26. Apakah peranan institusi tersebut?
-PARLIMEN-
-DEWAN NEGARA-
-DEWAN RAKYAT-
A. Merangka dasar
B. Mentafsir perlembagaan
C. Menggubal undang-undang
D. Melaksanakan perlembagaan
27. Apakah maksud Persekutuan?
A. Pentadbiran secara diktator
B. Penyatuan beberapa negeri
C. Pembentukan Jemaah Negeri
D. Pemerintahan secara demokrasi
28. Apakah tujuan penubuhan Taman-Taman Sabah oleh Kerajaan Negeri Sabah?
A. Menjaga perairan negara
B. Melindungi kawasan marin
C. Mengeluarkan lesen skuba
D. Menyelenggara sistem saliran
29. Apakah faktor yang menyebabkan Thailand menyokong dan menerima idea pembentukan Malaysia?
A. Meningkatkan keselamatan
B. Memajukan perdagangan
C. Mengukuhkan ekonomi
D. Mewujudkan keamanan
30. Apakah faktor yang menamatkan konfrontasi Indonesia terhadap Malaysia?
A. Perubahan kepimpinan
B. Desakan antarabangsa
C. Kejatuhan ekonomi
D. Rundingan damai
31. Apakah tuntutan Lee Kuan Yew dalam kempen tersebut?
MALAYSIAN MALAYSIA
A. Pembukaan pasaran bersama
B. Cadangan tambahan cukai
C. Kadar faedah pinjaman
D. Hak sama rata
32. Bagaimanakah kerajaan dapat mengatasi isu kebergantungan pada eksport getah dan bijih timah?
A. Mendapatkan bantuan kewangan
B. Membangunkan kemudahan asas
C. Memajukan industri pemprosesan
D. Mempelbagaikan penggunaan teknologi
33. Apakah usaha kerajaan dalam memperkasa perpaduan kaum dari aspek sosial?
I Penubuhan Jabatan Perpaduan
II Pengenalan prinsip Rukun Negara
III Penggunaan bahasa kebangsaan
IV Pewartaan Majlis Muhibah Negara
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
34. Apakah institusi pendidikan yang ditubuhkan untuk mempergiatkan penggunaan Bahasa melayu sebagai bahasa pengantar?
I Sekolah Seri Puteri
II Kolej Islam Kluang
III Sekolah Shah Alam
IV Kolej Sultan Abdul Halim
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
35. Dasar Ekonomi Baru bertujuan untuk membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat. Bagaimanakah dasar tersebut dilaksanakan?
A. Menambah saham milik asing
B. Meningkatkan kemasukan imigran
C. Membuka kawasan kampung baharu
D. Melaksanakan pembangunan wilayah
36. Pasangan manakah yang menunjukkan usaha kerajaan dalam membasmi kemiskinan?
A
B
C
D
37. Rajah berkaitan perkembangan dasar luar Malaysia. Mengapakah perubahan dasar tersebut berlaku?
A. Mengikut perkembangan industri
B. Melindungi kepentingan nasional
C. Mendukung arahan kuasa besar
D. Mengelakkan ancaman komunis
38. Rajah berkaitan anggota negara ASEAN.
Apakah tujuan gabungan negara tersebut?
A. Menetapkan wilayah pengaruh
B. Mengelakkan ancaman komunis
C. Menunjukkan semangat setia kawan
D. Memastikan keselamatan sempadan
39. Maklumat berkaitan Penubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang terlibat dalam isu kemanusiaan.
CINTA GAZA MALAYSIA (CGM)
Apakah sumbangan pertubuhan tersebut?
A. Membuat rundingan damai
B. Menghantar pasukan tentera
C. Menangani masalah pelarian
D. Memberi bantuan perubatan
40. Senarai berikut berkaitan strategi jangka panjang Malaysia.
Apakah matlamat strategi tersebut?
A. Memperkukuh pertahanan negara
B. Menghalang kegiatan pengganas
C. Menjamin kesejahteraan rakyat
D. Membentuk hubungan politik
